Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman mengatakan ketua isirumah termiskin di negeri ini hanya tinggal 7,455 orang saja. Dengan ini ucapan setinggi tahniah dituju kepada kerajaan BN di bawah pimpinan beliau kerana berjaya meningkatkan taraf hidup penduduk negeri dengan begitu cepat sekali.
Meeting untuk melenyapkan orang miskin
pic taken from Daily Express.
Mengikut Datuk Yong Teck Lee pula isirumah termiskin di Sabah adalah di sekitar 60, 000 orang. Anggaran Presiden SAPP ini dibuat berasaskan laporan Bank Dunia dan Datuk Noh Omar.
Ketua Menteri cakap, tinggal 7, 455 orang. Bekas Ketua Menteri pula berkata, 60, 000 orang. Anggap sajalah kedua-duanya berkata benar. Kalau tidak bikin malu saja. Sudahlah negeri termiskin, ketua-ketua menteri pula macam-macam. Ada yang kaki judi ada pula kaki bohong.
Jadi, 60, 000 - 7, 455 orang, bermaksud 52, 545 orang miskin telah lenyap dari bumi sabah dalam masa 11 bulan.Tiada jalan lain, selain dari mengakui kepakaran Musa Aman dalam berhadapan dengan isu kemiskinan di negeri Sabah Darul Miskin. Jika beliau berjaya mengekalkan prestasi begini, suatu hari nanti rakyat Sabah tidak akan teragak-agak mengurniakan gelaran bukan saja "Bapa" tetapi "Dewa Kekayaan Sabah" kepadanya.
Kejadian mala petaka pun tidak akan berupaya melenyapkan begitu ramai orang miskin di dalam sekelip mata. Umpamanya, jika berlaku mala petaka sehingga gunung Kinabalu runtuh tentulah di kawasan-kawasan sekitarnya dari Telupid, Ranau, Kundasang menghala ke Kota Belud, Tamparuli dan Tuaran ramai penduduk akan mati akibatnya. Ramai orang miskin pun turut juga mati. Tetapi pada tahun berikutnya negeri Sabah akan mendapat lebih ramai lagi orang miskin kerana pendapatan, peluang perniagaan dari aktiviti pelancungan dan pertanian serta jaringan perhubungan jalanraya, elektrik dan komunikasi khasnya di kawasan berkenaan dan di seluruh negeri ini amnya akan turut terjejas dengan teruk.
Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said the number of hardcore poor and poor in Sabah had been reduced significantly.
Based on e-Kasih current data, he said as of Nov. 29, this year, the number of hardcore poor household heads (KIRMT) in the State was only 7,455 compared to 24,100 end of last year. Daily Express
Adakah Musa Aman menggunakan khidmat jin untuk melenyapkan seramai 52 ribu orang miskin di Sabah?
Rasanya itu sahaja satu-satunya cara yang boleh melenyapkan orang miskin dengan begitu cepat dari muka bumi, menggunakan jin.
Setelah 16 tahun kerajaan BN negeri ini kerajaan negeri masih bertatih-tatih bertongkatkan program PPRT, tongkat yang pincang. Senarai PPRT masih menjadi kitab suci mereka menghadapi orang miskin, kitab yang buruk.
Apabila PPRT menemui jalan buntu, namanya dikomersilkan menjadi e-kasih.
PPRT bukan baru. Ia adalah program lama yang tidak berjaya selama lebih 16 tahun BN memerintah Sabah. Tetapi PPRT ini disukai oleh kerajaan kerana ia baik untuk statistik yang perlu disogokkan di kaca TV saluran kerajaan saban malam dan menjadi bacaan suratkhabar kepada rakyat yang separuh buta.
PPRT melibatkan senarai yang dirombak beberapa kali.
Di dalam senarai berkenaan penuh dengan isirumah "termiskin" yang termasuk saudara-mara JKK, penyokong parti, mereka yang inginkan rumah percuma walaupun sebenarnya mampu membina sendiri, mereka yang inginkan enjin dan bot walaupun boleh membeli sendiri, mereka yang inginkan wang tunai dan sebagainya.
Kontraktor-kontraktor tajaan BN kemudian mendapat untung dari peruntukan PPRT dengan menjadi pembekal atau sekurang-kurangnya mendapat komisen dari pembekal peralatan dan barang-barang perkakasan untuk orang "termiskin" yang terdapat dalam senarai berkenaan. Pendeknya, harta tuhan bagi-bagilah.
Dengan adanya PPRT semua pnyokong BN dapat sedikit seorang, hati kuman PPRT sama di cubit, hati gajah projek besar dilapah bolotlah seorang diri.
Jadi orang yang telah dapat rumah dikeluarkan dari senarai, kalau sudah dapat enjin bot begitu juga. Dapat pukat tidak dikira miskin lagi. Dapat wang kerajaan dikira tidak miskin lagi. Apa saja bantuan yang diterima akan jadi alasan untuk mengeluarkan nama yang berada di dalam senarai berkenaan.
Jadi bilangan yang terdapat dalam senarai tentulah semakin berkurang dengan begitu drastik. Tidak hairanlah sekarang tinggal 7,455 orang. Inipun kalau dikira dah lambat sangat. Asyik bagi bantuan selama 16 tahun ini rupa-rupanya masih ada 7, 455 orang uncit dalam senarai!
Soalnya, apakah ertinya program sebegini untuk jangka panjang. Ianya cuma untuk statistik tanpa "substance".
Kerajaan BN Sabah tidak serius menangani isu kemiskinan rakyatnya.
Kerajaan pura-pura tidak memahami bahawa kemiskinan bukan boleh diukur pada titik masa tertentu seperti mengira stok barangan pada hujung tahun. Kemiskinan adalah satu proses dan ia melibatkan aliran. Aliran kemiskinan ini adalah berbentuk pusingan, namanya pusingan kemiskinan. Pusingan ini pula ganas dan tiada belas kasihan, sebab itu istilah perancangannya dikenali sebagai "the vicious circle of poverty".
Alangkah senangnya jika setelah mendapat rumah orang miskin dianggap tidak lagi miskin. Dapat 10 rumah, tentulah orang ini telah boleh dianggap sebagai jutawan. Kalau begini kerajaan negeri bina sajalah 74, 550 unit rumah pangsa untuk orang termiskin ....
Menurut Yong Teck Lee lagi,
In fact, on the ground, ‘e-Kasih’ has already been discredited as being ‘p-Kasih’ meaning ‘pilih kasih’ (favouritism) because e-Kasih involves cash handouts to selected persons. Not all poor people are registered under e-Kasih. Any grass roots leader who walks around a poor village will come across many hard core poor villagers who said they have been excluded from the e-Kasih programme.
The Chief Minister also said that the number of poor families stand at 24,247. The World Bank report on poverty in Malaysia had stated that 40% of Malaysia’s poor people live in Sabah, the poorest state in the country. Further, according to the federal minister of Agriculture and Agro-based Industry (Datuk Seri Noh Omar) recently, 150,000 families in Malaysia receive ‘rice subsidy coupons worth RM 10 each every month’. Obviously, these are poor families.
If 40% of these families are in Sabah, it gives a figure of 60,000 such families. Even if the figures by Noh Omar or the World Bank were not 100% accurate, still the figure of poor people is way above the 24,247. The 9th Malaysia Plan mid-term report by the federal Economic Planning Unit had listed Sabah as the poorest State at 23% poverty level, the highest in Malaysia. These are hard facts. (SabahKini)

Inilah antara sebab kenapa selepas 16 tahun, Sabah masih menjadi negeri termiskin di Malaysia. Kerajaan negeri hanya berminat mencantikkan laporan statistik berbanding tujuan sebenar membangunkan negeri ini.
Read more ... / Baca Selanjutnya ...