Sunday, January 30, 2011

Rosmah Flom pandai, Flom bijak ~ Datuk Anifah Aman

· 0 comments

Kalau subsidi minyak masih menjadi beban kerajaan, mintak tolong saja dengan Flom dapatkan derma dari kerajaan asing.

Mengikut Menteri Luar, Datin Seri Flom seorang yang pandai. Selain itu dia juga seorang yang bijak. Di sisi Najib ada sang isteri yang amat membantu.


Flom yang bijak pandai - pix malaysianinsider

Papan tanda mengenai lawatan Najib ke Maliau Basin dalam rangka lawatan kerja ke negeri Sabah pun dipaparkan gambar dua merpati sejoli ini. Gambar PM dan Flom yang pandai dan bijak. Pendek cerita memang tepat Flom amat membantu.

Anifah mungkin merujuk kepada perkembangan terbaru Flom yang baru-baru ini telah 'membantu' Najib 'mengukuhkan' hubungan dua hala dengan melakukan lawatan ke Oman. Menurut Flom sendiri, lawatan berkenaan ditaja oleh kerajaan Oman.

Kalau benar begitu, memang Flom pandai dan bijak.

Akan tetapi pujian ini belum cukup. Ia masih belum cukup rasa bagi menggambarkan kehebatan beliau.

Mungkin Anifah lupa menyebutkan juga bahawa Flom hebat dalam cari penaja lawatan. Tak lama lagi tak payah naikkan harga minyak. Mulai sekarang kalau subsidi minyak masih menjadi beban kerajaan, mintak tolong saja dengan Flom dapatkan derma dari kerajaan asing. Atau mungkin perbelanjaan bahagian Flom di Jabatan Perdana Menteri pada masa akan datang ditaja oleh mana-mana pihak yang boleh dipujuk. Juga, program permata beliau tidak memerlukan beratus-ratus juta lagi dari saku kerajaan mulai tahun hadapan.

Pandai. Bijak.

Cuma persoalan utama sebenarnya bukan setakat pandai dan bijak saja. Sebenarnya ia juga menyangkut beberapa perkara yang tidak begitu selesa diperkatakan oleh masyarakat Malaysia.

Seperti kata Najib, Flom tidak ada dalam perlembagaan negara. Oleh itui seorang Flom tidak mempunyai urusan secara langsung dalam pentadbiran rasmi kerajaan.

Jika dalam mana-mana urusan PM tidak dapat pergi menyempurnakan, orang paling utama yang menjadi wakil kerajaan selepas beliau ialah Timbalan Perdana Menteri. Tatacara ini meliputi juga lawatan ke Oman yang sibuk diperkatakan sehingga sekarang.

Bagi urusan yang menyentuh perkara luar negara dan Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri tidak dapat menghadirinya, maka itu akan secara langsung menjadi tugas Menteri Luar dan Duta yang dipacak berkampung di negara berkenaan.

Bukan begitukah, Anifah?

Kita teruskan lagi dengan urusan-urusan kerajaan dalam negara. Jika Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri tidak dapat menghadirinya, maka itu akan secara langsung menjadi tugas menteri-menteri lain yang berkenaan menanganinya.

Di Malaysia, tiada seorang pun yang lebih berpengalaman menjadi isteri PM selain dari Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Beliau menjadi Isteri Perdana Menteri [bukan Flom] selama 23 tahun. Selama tempoh itulah juga Tun Dr. Mahathir digambarkan sama ada sebagai wira atau jembalang bergantung kepada pihak mana yang membuat gelaran. Tetapi, seingat saya tidak pernah ada yang tergamak memberi gambaran buruk kepada Dr. Siti Hasmah. Hendak dikata tidak pandai dan tidak bijak, tidak tepat juga kerana beliau pun seorang doktor perubatan sama seperti suaminya.

Tindakan Flom yang seperti ini adalah tidak wajar serta menuntut penjelasan rakyat. Lebih tidak wajar jika kerajaan terus menerus menikus kemudian senyap-senyap memadamkan laman web bahagian F.L.O.M di Jabatan Perdana Menteri dengan harapan penyalahgunaan dana dan kakitangan kerajaan untuk menjaga urusan FLOM ini tidak lagi boleh dikesan.

Jangan lupa bahawa pada setiap ketika ada 74 juta bijik mata dari 37 juta rakyat Malaysia sedang memerhatikan tingkah dan laku yang sedang diaksikan di Putrajaya walau pun web berkenaan sudah lesap entah kemana.

Dikata salah, didiamkan pun salah. Akan tetapi tingkah ini bersahutan dengan ungkapan tidak enak seperti

terhegeh-hegeh
memandai-mandai
lebih sudu dari kuah

Hendak diteruskan jugakah? Rasanya tentulah. Orang pandai dan bijak biasanya tidak akan mudah mengalah begitu saja. Jangan susah, tukang sorak pun tetap juga akan dapat habuan lumayan.


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Friday, January 28, 2011

1Malaysia, 1Flom, sekarang 1Flop!

· 2 comments

Flop. Dah tak ada.


1PM, 1FLOM - Pix freemalaysiatoday

Nampaknya laman Bahagian Flom di Pejabat Perdana Menteri telah dilesapkan oleh orang-orang Putrajaya.


FLOM dah lesap

Apa ni boss, iklan biskut chipsmore ke?

Sebelum ini laman berkenaan boleh dicapai di sini. Tidak usahlah hendak disembunyikan kerana laman FLOM masih disimpan oleh Lebai Google.


Google Cache masih ada!

Mungkin ada di kalangan orang-orang Putrajaya yang merasa tidak sedap badan sejak perkara ini menjadi umpatan masyarakat Malaysia. Apatah lagi Datin Seri Flom pun dah kembali dari Oman, grenti agak hangin satu badan.

Mengikut Ahli Parlimen pembangkang, Theresa Kok, kewujudan unit penuh ini merupakan bukti bahawa Najib telah berbohong di Dewan Rakyat apabila mengatakan bahawa isterinya tidak mempunyai kakitangan sendiri.

Tapi kalau setakat melesapkan laman web, tak ada bendanya sangat. Rasa-rasanya bahagian berkenaan masih wujud dan berfungsi seperti biasa.

Satu laporan mengatakan bahawa bahagian FLOM wujud sebagai unit penuh di Jabatan Perdana Menteri. Ia mengandungi enam kakitangan dan mempunyai struktur yang setara dengan bahagian Media, bahagian Kajian dan Polisi serta bahagian ICT yang dipanggil bahagian Sistem Maklumat dan Pengurusan Ketua Eksekutif. Malah FLOM lebih besar daripada bahagian Ekonomi yang sepatutnya mempunyai kepentingan tertinggi kepada Najib.

Perit apabila mengenangkan bahagian ini diketuai oleh seorang kakitangan berprofil tinggi bertaraf JUSA yang sebelum mengetuai bahagian FLOM pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha sebuah kementerian persekutuan.

Gambaran bagaimana segala imbuhan dan kelayakan seorang pemegang JUSA boleh dilihat pada gambar di bawah.


Gaji JUSA FLOM

Nampaknya segala kemahiran dan pengalaman yang beliau timba dari sepanjang perkhidmatan dan segala perbelanjaan kerajaan membayar imbuhan dan kelayakan yang diterimanya sekarang adalah cuma untuk satu perkara, iaitu menguruskan FLOM.


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Thursday, January 27, 2011

Rosmah, Bunga Serikandi Negara (FLOM)

· 0 comments

Najib, PM
Rosmah, FLOM



FLOM

Sokongan yang tidak berbelah bagi kepada isteri Najib, iaitu FLOM. Tepatnya FLOM yang pertama di Malaysia.

Ini bukan merujuk kepada pekan kecil bernama Flom yang terletak Minnesota, Amerika Syarikat.

Entahlah apa maksud sebenar FLOM ini. Mungkin ia bermaksud FLower Of Malaysia. Mungkin Bunga Rayalah, yakni bunga kebangsaan negara. Jadi dalam bahasa bakunya Rosmah adalah bunga serikandi negara, begitulah.

Status sebenar beliau belum lagi ditentukan, tapi setakat ini yang pasti memang FLOM.

Kalau tidak percaya sila tanyakan saja kepada 15 rakan-rakan beliau dari Afrika yang baru-baru ini bertandang ke Malaysia untuk menghadiri majlis FLOM.


Sebahagian Geng FLOM

Mengikut Najib, FLOM sebenarnya tiada dalam perlembagaan negara.

Lebih kurang maksudnya rekaan semata-matalah. Akan tetapi menurut Najib juga, kononnya taraf FLOM adalah lebih rendah daripada Raja Permaisuri Agong.

Maaflah, bukan hendak menghasut. Tapi dalam sistem nombor bulat arab (Arabic integer) nombor sebelum nombor 1 ialah 0!

Jadi ada dua pilihan.

Pertama, kalau F bermaksud first dan 0 = Zero, maka gelaran untuk Raja permaisuri ialah ZLOM?

Mungkin tidaklah. Masakan Bunga Serikandi Negara a.k.a Flom a.ka, Rosmah, akan tergamak memberi gelaran Zero Lady of Malaysia kepada permaisurinya sendiri. Ini kerana beliau bukan saja bunga serikandi kebanggaan rakyat, tetapi adalah sumber permata di negara kita dan bernilai RM111 juta pada tahun 2011.
----------------------------------------------------
Lawak FLOM:
(Seorang Apek bertanya kepada JUSA FLOM)
Apek: Whee ah you flom?
JUSA FLOM: Well, I'm just back flom Oman ....





ngehngehngeh....



wakakakakaka....




---------------------------------------------------

Pilihan kedua ialah mengadakan dua kelas FLOM, iaitu flom kelas pertama dan flom kelas kedua. Alahh, gelaran datuk pun ada dua tiga kelas takkanlah flom tak boleh pula. Esok bila dah ada berkelas-kelas FLOM, adakan pula FLOM peringkat negeri. Dengan itu nanti bolehlah buat persidangan FLOM tanpa perlu memanggil kawan-kawan dari Afrika, belanja pun jimat sikit.

Sebenarnya sekarang ini telah ada Bahagian FLOM di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya, sekadar hendak mengingatkan anda yang hampir-hampir lupa mengenainya.



Maksud F.L.O.M mengikut warga Putrajaya adalah rahsia. Percubaan dua blogger di sini dan sini untuk meminta penjelasan mengenainya disambut dengan gaya penuh akta rahsia rasmi oleh pegawai yang menyambut panggilan mereka. Suara menjawab pun bunyinya mengalahkan tengkingan pagi sesetengah jururawat di hospital kerajaan.

Ehemm, berahsialah sepuas hati. Tapi kang kena sebut Bahagian Fat Lady Of Malaysia tak ke naya.

Bahagian FLOM ini diketuai oleh Bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Siti Azizah Abod, sekadar hendak mengingatkan anda betapa maha pentingnya bahagian ini bagi Najib menguruskan masalah negara. Bukan calang-calang kakitangan yang menerajui FLOM. Azizah merupakan seorang yang pemegang Jawatan Utama Sektor Awam atau pendeknya dipanggil JUSA.


JUSA FLOM

Khabarnya dek kerana tempik blogger sana sini, Bahagian F.L.O.M Jabatan Perdana Menteri telah dipadam dari laman web Jabatan Perdana Menteri. Janganlah begitu, baik-baik FLOM, sekarang dah jadi floP.

Begini.

Kerajaan pernah mewujudkan Akta Pencen Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1971 khusus untuk menangani kebajikan Perdana Menteri Malaysia yang pertama selepas bersara. Maksudnya bukan mustahil untuk mewujudkan akta untuk memenuhi kepentingan seseorang individu penting kebanggaan negara kerana ia pernah dilakukan sebelum ini. Jadi untuk bunga Serikandi Negara ini, jangan lengah-lengahkan lagi.

Kerajaan BN harus mewujudkan Akta FLOM. Tapi kalau diputuskan negara akan mempunyai cuma seorang FLOM, adalah dicadang bahawa lebih baik wujudkan saja Akta Rosmah Mansor 2011.


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Wednesday, January 19, 2011

PBS - Parti Buli Singer

· 1 comments

Parti Bersatu Sabah - PBS - trully don't rap. They breakdance instead, straight into Kota Kinabalu Police Station.



I'm not a fan of Atama, but knew the fact that he is a local singer. A rapper, to be precise. Maybe I'm just too old to like him. But, I did listen to his rap song sometime ago in a friend's car and he admitted that it was a pirated CD copy. By the way I like the song.

I don't blame Webley who-is-he and PBS gang that marched to police station due to Atama allegedly slanders state leaders. Well, they are just pawns. When the boss ask them to tango, they tango; the boss ask them to joget, they joget. Sometimes strange things happen, too. Their boss didn't say a word but they tango and they joget. Instinct driven perhaps, feeling that boss may be pleased by what they do. But it was about tango and joget. Now that Atama raps, I dunno. Maybe the boss ask them to rap later.

Masidi was quoted a quote of "it takes a monkey to call another person monkey". Literally it isn't possible. It must be a person to call another person monkey because, monkey can't speak human language.

Oh yeah.

Atama is a rapper and he raps (actually the bruhaha by PBS youth is about sketches that he uploaded on FACEBOOK) on Pairin, Musa and Masidi ~ my, the trio trully don't rap. They breakdance straight into police station instead.

I never had a chance of becoming a public figure. Therefore, I wanna ask something. Did a public figure personally rewarding any member of public who praise him openly, either in cash or in kind everytime?

I don't think so, so get it even. Do not punish them simply because they mock at you or the karma will haunts you later. If you allow and like people to praise and to say good things upon you; blame nobody if later there will be echoed by curses and bad rumours. It is just the other side of a coin.

If someone can't understand this, then please withdraw gracefully from being a public figure. Shame, shame, shame on them.


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Tuesday, January 18, 2011

Najib is now "Bapa Kemiskinan"

· 2 comments

Remember Barisan Nasional
Remember Barang Naik


And Sabahans status of living is going to slip further down. Way too low, to down under. It is the confirmation of being the poorest, among the poorest states in Malaysia, i.e. widening gap behind Perlis and Kelantan.


Ingat BN, ingat Gambar ini bah!
Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional


Make no mistake about it. I'm not spreading lies around, only harsh and abusive words. If you don't believe of what I say, then ask Idris Jala. Last year he was quoted as saying that "Malaysia must cut subsidies, debt by 2019 or risk bankruptcy".Just asking ok, because if you want Jala to become your driver, he will cost you billions of ringgit.

First, Sabah is already being the poorest state in Malaysia due to BN trickery and empty promises for almost 17 years now. But no matter how bad, BN keep on winning in every election.

Secondly, for years, Consumer Price Index (CPI) of Sabah is the highest in Malaysia. It is generally somewhere between 12% - 20% in comparison to Peninsula. So the juxtaposition of RM1,000 monthly salary of Ahmad who works in KL and Asoe in Kota kinabalu means, the real income of Ahmad is RM1,000 but Asoe gets only somewhere at RM800 - RM880.

Lower, isn't it.

Now Najib keep on increasing fuel price. An increase at a time, but frequently. It doesn't require you to be a rocket scientist to understand that the price of other goods in the country will increase almost instantly. Means, the inflation rate will be higher as the result.

Guess where will the impact of inflation be more severe if it isn't in Sabah.

Najib's government, like Pak Lah's, hates subsidies too much. A bunch of e-CON-nomists in his planning department simply can't keep off their finger from the most important determinant of instant inflation of the country, the fuel price a.k.a fuel subsidies. And ugh, in order to generate additional income for the country, every year they go the easy way. It is the matter of increasing just liquors and tobacco tax.

But what if BN purposely keeping Sabahans poor, forever poor? Because for 17 year they had learned something very useful. That is, whatever bad things that they caused in Sabah, BN won in nearly every election so far. The key is to keep majority Sabahans living bin poverty, as simple as an a-b-c.. Simply offer nominal RM, nominal development, "now everyone can fly sawit", "fingers sawit lickin' good" Pak Kadok's style palm oil agro-transformation as disguise tokens, Sabahans are certain to grab them off at the first glance.

Gerenti tungap punya.

Poor people don't have much choice, don't they?

Najib has the 13 billion dollar head of 'kiJA' - the most fluent inglis (sic) speaking, subsidy fed orang ulu turns subsidy hater - on his side. A good combination of Orang Bandar + Orang Ulu, but at the same time he had just made the poorest Sabahan, poorer, *duh*.

Perhaps a kind of newly found glory beside his father, "Bapa Pembangunan", as he is now "Bapa Kemiskinan".


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Saturday, January 15, 2011

Ummi Hafilda Ali, Grocery Owner

· 2 comments

As a superbling, her siblings are non other Azwan Ali and Azmin Ali. Just look at their nose and you will sure agree.

Its Ummi Hafilda Ali, again.



Just in case that you don't remember, she was quite famous back in 1997 thanks to then Mahathir-Anwar liwat blingbling circus.

There are already countless blogs reporting on what she did since the last few days, therefore I don't want to mess up with heavy things on the blog anymore, as it will becomes a streotype and blog readers normally hate streotypes. Can't blame them though, if they wanna read that kind of articles they knew where to find, MSM are abundant with streotype news.

But now she is about to sue everybody around for the amount of RM700 millions.

So for a start, just focus on the picture above.

As you can see, there she is in 2011. A middle age woman wears half tudung, holding an old news paper in a place that appears to be some kind of grocery store with racks of grocery things.

Ohh, several bottles of kicap can also be seen. This is her battleground in a latest bid to save the nation. For RM700 million bid, isn't it looks like quite a cheap place?

An old paper, grocery racks, botol kicap, and herself in a picture; they are all but look dull and old. Wonder what she has been doing all this years. Is she a grocery owner or does she work in a grocery?

Ummi, as much as some of you may not like her,is quite blings herself. As a superbling, her siblings are non other Azwan Ali - a hyper TV-bling cum diva, and Azmin Ali - a PKR's bling. Just look at their similar, near perfect triangle shape nose and I think you will sure agree with that.

Thats how economic thing gets around, you need to become blingbling to get trough it. But whether it is blings that generate money, or money creates blings I am still not sure though.

The conspiracy theory goes around that Ummi made money out of it 13 years ago. But it was a long time ago. By now, it stand a good chance that the money already dries up. Hence she is nerve broken with the hell lot of insecurity feeling on how she feed herself in years to come. If thats being the case, wonder who generously become her sponsor this time ...

Save the nation as you please, powerpuff auntie. Even though with just an old newspaper as your weapon. Better save yourself la.


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Thursday, January 13, 2011

Debat Pasal 100 Hari Khairy Jamaluddin? Poodah!

· 0 comments

Opps.

Lebih baiklah Khairy duduk diam-diam di Rembau mengabih boras. Duit pun dah banyak bertepek sampai anak cucu 7 keturunan tidak akan habis.

Kemahiran berdebat graduan Oxford ini di Dewan Rakyat cumalah mampu menempik ungkapan "Siapa Babi Negara". Sumbangan terbesar beliau pula ialah membantu menurunkan bapa mertuanya yang dianggap suka tidur dari jawatan PM, itu saja.



Mencabar Anwar berdebat.

Tajuk yang dicadang pula amat pelik sekali, berdebat mengenai perkara yang belumpun wujud iaitu Program 100 Hari Pakatan Rakyat.

Dasar budak hingusan. Takder maknanyer...

Kalau berdebat tentang pencapaian 100 hari yang sudah berlaku adalah makna sikit untuk perkembangan minda dan dasar pembangunan negara. Takkanlah hendak menjaga tepi kain Pakatan rakyat mengenai perkara yang belum berlaku. Ikut suka oranglah nak buat perancangan apa pun, yang dia sibuk menatang alah apanya. Entah PKR dan Pakatan Rakyatan akan menang ke tidak dalam PRU 13 pun hanya Allah swt yang tahu.

Jadi 100 harilah yer? Nak juga 100 hari.

Oleh kerana 100 hari ini sangat penting, bagaimana kalau tajuk debat ini diubah kepada "Janji-janji BN untuk membangunkan negeri Sabah dalam Masa 100 hari" pada 1994 dahulu. Ini jauh lebih realistik dari perkara yang belum pun wujud. Bagaimana fikir sekalipun, perkara ini pun telah berlaku tanpa syak, wasangka dan waham walau sekelumit hama.

Lebih tepatnya, sudah 16 tahun Barisan Nasional berjanji dan belum berjaya memenuhi janjinya yang sangat jelas malah dimasukkan di dalam manifesto pilihanrayanya pada tahun berkenaan. Tidak kiralah samada graduan Oxford atau graduan OUM, janji ini boleh disifatkan sebagai telah begitu jauh tersasar dari jadual. Malah jika diukur dengan hari, 5,840 hari sudah berlalu dan Sabah masih merupakan negeri termiskin di Malaysia.

Kalau "kehebatan" Khairy Jamaluddin (KJ) diukur dari keupayaannya berbahas di Dewan Rakyat, lebih baiklah dia duduk diam-diam di Rembau mengabih boras. Duit pun dah banyak bertepek sampai anak cucu 7 keturunan tak akan habis.


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Ibrahim Ali, Pembela Raja-raja Melayu

· 0 comments

Adakah perbuatan durhaka mempunyai tarikh luput? Tahanan ISA patut dikenakan kepada Ibrahim Ali kerana perbuatan menghasut.



Siapa yang tidak kenal dengan Ibrahim Ali. Dia merupakan pembela raja-raja melayu nombor wahid. Dia pembila rakyat pribumi Malaysia yang gagah berani.

Pendek kata dia PERKASA.

Sayang kerana lidah beliau penuh dengan retorik untuk memenuhi selera dan survival politik peribadi dengan memperkutak katikkan perasaan anak bangsanya sendiri.

Jangan lupa. Pada 18 Jan 1993, Ibrahim pernah mengutuk dan mengancam durhaka kepada raja-raja yang menjadi tempatnya berpaut sekarang.

Ini kata-kata beliau sendiri ...

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bawa satu pementasan rakyat sempena dengan sidang Dewan yang mulia pada hari inikerana Raja-Raja telah menunjuk sikap seolah-olah hendak meletakkan kredibiliti kerajaan dalam keadaan serba-salah.

...

Keris di tangan ini Keris Taming Sari,
Kami datang tidak dijemput,
Pergi kami tidak perlu disuruh,
Kami datang menuntut janji,
Janji diikat antara Demang Lebar

...

Ingatlah,-Jebat menikam dengan Taming Sari,
Jebat tertikam oleh Taming Sari.
Taming Sari yang terlangir darah satu wama,
Bagaimana kalau Taming Sari menuntut darah kelainan warna,
Taming Sari di tangan inilah menentukan segala.

...

Ingat sebelum terlambat,
Sebelum bangkit sehingga menjadi singgahsana dipersoalkan oleh rakyat,
Sebelum rakyat bangkit maka ianya menjadi pahit dan hina.

...

Aku akan pergi dengan seribu Jebat si anak tani,
Sekian lama kita mati dalam setia,
Kali ini kita hidup dalam durhaka.

Jelas menunjukkan sifat kronfrontasi, mengungkit, mengancam durhaka terhadap raja-rajanya sendiri. Adakah perbuatan durhaka mempunyai tarikh luput? Tahanan ISA patut dikenakan kepada beliau kerana menghasut.

Teks penuh Hansard Parlimen (Dewan Rakyat)Jilid II bil 67 bertarikh 18 Jan 1993 boleh anda download di sini.


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Tuesday, January 11, 2011

Kubur "Misteri" Di perkarangan Masjid Kampung Gum-gum Bt.16, Sandakan.

· 3 comments

Masjid Darul Aman yang terletak di Kampung Gum-gum Batu (bt) 16, Sandakan Sabah.


Video Kubur "Misteri".

Besar, agak baru dibina dan tersergam di pinggir jalan utama bandar Sandakan. Namun Masjid ini mengundang kontroversinya sendiri di kalangan penduduk setempat. Mana tidaknya, tiba-tiba dijadikan tapak perkuburan.

Video di atas diperolehi daripada youtube, mengenai kubur yang dimaksudkan.Tonton terus dari youtube.

Kontroversi kerana perkarangan masjid ini bukan tanah perkuburan.
Kontroversi kerana di kawasan sekitar kampung juga ada tanah perkaburan yang sepatutnya boleh dijadikan tapak pengkebumian.

"Misteri" kerana kerana jenazah seorang wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan seseorang yang berpengaruh di kawasan berkenaan dikebumikan tanpa pengetahuan penduduk kampung di sekitar bulan Jun, 2009 yang lepas.

Mengikut seorang penduduk kampung yang tidak mahu dikenali, pengkebumian berkenaan telah dibuat di waktu malam ketika orang kampung sedang nyenyak tidur. Berikutan itu, aduan demi aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa mengenainya. Berita mengenai kubur ini dan kemungkinan berlaku perkara-perkara yang tidak beres telah pernah diceritakan di sini.

Malangnya sehingga kini tiada sebarang tindakan dibuat. Adalah disaran supaya pihak berkuasa membuka mata dan lebih pro-aktif untuk menangani masalah ini.


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Monday, January 10, 2011

Sabahans need better roads, not BOATS

· 2 comments

Whether it is boat clinics or something else.

Just leave the boat clinic matter to Sarawak alone, please.


klinik najib

It is true that Sabah and Sarawak located in the same island of Borneo. But Sabahans never establish rivers as an important mode of transportation, far and wide, to the level of what Sarawakians is doing for as long as I can remember.

KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, the architect of the GTP, recently said the government would introduce the hybrid mobile boat clinic to the people in villages that were connected by rivers in Sabah and Sara­wak to provide medical checkups, medicine and advice to those living in areas inaccessible by land. Read here.

It maybe true to some part of the state i.e. in Kinabatangan area to some extend. Still, what those people there need after being part of Malaysia for nearly 48 years is actually a good road condition and permanent clinics, not boat clinics. Ask Yayasan Sabah first before pursuing with boat clinic briliant idea. If it deems suitable, wonder why on earth did they, 40 years ago until recently, came up with helicopter-clinics instead.

Or some maybe talking about the needs for boat clinics for Banggi inhibitants. But first, it will never be a river boat clinic, its a sea boat clinic. Thus it may requires a different kind of boats. Again, if someone is talking about boat clinics for Banggi, I hereby recall that some other leaders had been talking about on transforming Banggi into an agro-politan, the first, and one of a kind in Malaysia. And as a standard bearer of an agro-politan of Malaysia, doesn't it deserves more than just boat clinics?

Still the "architect of GTP" wanna talk about boat clinics onto the area such as in Nabawan, Sipitang or Kota Marudu? Please do come and pay us a visit first sir ...

Thats why, not boat clinics.
Shoo away boat clinics.




Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Sunday, January 9, 2011

Kalau Iyapun Hantu, Ambillah Gambar Hantu Betul-Betul

· 3 comments


Sampai bilalah masyarakat kita ni berselubung dengan hantu-hantu.

Sejadah sembahyanglah, hantulah. Sesi memanggil jin pun dah jadi berita komersial di TV. Kalau betul tidak mengapalah juga, ini gambar yang kena edit pun boleh mendapat tempat di dada akhbar dan disensasikan. Terbaru ialah gambar ini, yang disiarkan dengan tajuk "Hantu Malam Jumaat" oleh Harian Kosmo. Kononnya hantu, iyalah tu. Hantu Photoshop.



Pix 1. Gambar Hantu Malam Jumaat


Perhatikan gambar di atas betul-betul. Pemerhatian kasar pun tak lepas, apa lagi kalau diperincikan.

Ada seorang wanita muda mengambil gambar.

Di belakangnya terdapat sebuah TV berwarna hitam dalam jarak 10 - 15 kaki ke belakang dan kelihatan kelabu kerana simbahan cahaya lampu bilik.

Sekarang, perhatikan gambar lembaga berselubung hitam di sebelah kiri. Berbanding TV, jarak kedudukannya juga lebih kurang sama di antara 10 - 15 kaki, tetapi tona warna hitamnya terlalu terang untuk menjadi lembaga misteri. Sama ada hantu ataupun bukan, hukum cahaya tetap sama.

Nak tengok lebih terperinci?



Pix 2. Sempadan selubung hantu

Lihat gambar ini, perhatikan betapa tajamnya garisan sempadan hitam di hujung selubung selubung "hantu" ini. Bahagian ini sepatutnya lebih kabur dari mana-mana bahagian lain kerana ia paling kurang terkena simbahan cahaya lampu bilik atau lampu flash kamera.

Masih tak percaya?

Kita buat acid test, menggunakan kaedah zoom in dan mencari pixel yang hilang.

Pix 3 menunjukkan bahagian-bahagian yang bakal dizoom in menjadi pix 4, 5 dan 6. Pada pix 3 juga, perhatikan tona warna hitam bahagian telefon bimbit yang digunakan oleh perempuan ini sama dengan selubung lembaga hitam.



Pix 3. Bahagian yang di zoom in.

Sila lihat kehilangan pixel pelbagai warna (multicolor pixel) yang tertera pada pix 4 dan pix 5. Warna pixel yang hilang ini ditanda kuning pada kedua-dua gambar berkenaan. Ia senang dicari kerana ia wujud disebabkan oleh aktiviti cut and paste dan bucket fill (opps... ini rahsia jurueditlah)


Pix 4. Kehilangan Pixel Pelbagai Warna


Pix 5. Kehilangan Pixel Pelbagai Warna

Bagaimana pula lembaga ini yang dikatakan berselubung tanpa muka?



Pix 6. Selubung "tanpa muka"?

Inilah yang paling menarik, bahagian "tanpa muka" berkenaan tidak lain dan tidak bukan merupakan gambar dinding bilik / sesuatu objek yang tergantung pada dinding bilik sebelum dilapis dengan layer selubung.

Ha ha ha....

Lain kali jangan menipu lagi. Cukuplah tu, hari tu heboh dengan sejadah ajaib yang pandai solat
Tukang buat pun menipu, akbar pun menipu untuk melariskan jualan. Asyik bersikap masabodoh, asal ada cerita sensasi siarkan tanpa soal selidik.

Berita mengenai "Hantu Malam Jumaat"- Kosmo



Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Suruhanjaya Diraja mengenai Teoh Beng Hock?

· 0 comments

Sepatutnya suruhanjaya ini dinamakan sebagai Suruhanjaya Diraja mengenai Kaedah-kaedah Penyiasatan SPRM, bukan mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Ini kerana pertama, ia tidak melibatkan penyiasatan mengenai punca kematian Beng Hock dan kedua ia menumpukan untuk mengkaji kaedah-kaedah yang diguna oleh SPRM di dalam penyiasatannya.


Daripada namanya saja Jawatankuasa Diraja yang ditubuhkan ini sudah amat mengelirukan masyarakat umum.

Percubaan untuk "menutup bangkai gajah dengan nyiru".

Gobind Singh Deo berkata, kekecewaan tersebut ekoran skop suruhanjaya tersebut yang tidak akan melibatkan bagaimana Teoh, 30, menemui ajalnya.

Berdasarkan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat, suruhanjaya itu akan mengkaji kaedah soal-siasat yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sekiranya berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap Teoh.
Berita penuh

Saya suka berfikir secara sembrono dan mudah. Kerajaan resah dengan desakan masyarakat yang mahu tahu kenapa Teoh Beng Hock tiba-tiba meninggal dunia semasa disiasat SPRM.

Suruhanjaya ini dibentuk supaya kerajaan kelihatan perihatin. Dinamakan sempena nama mendiang supaya menutup mulut para pendesak. Nama lain, tujuan lain ~ umpama lain bengkak lain bernanah.

Saya katakan, saya orang sembrono termasuk dalam membuat telahan. Agakan saya, ini mesti satu lagi helah konsultan yang mendapat durian runtuh sejak Najib menjadi PM.



Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Saturday, January 8, 2011

Ted Williams - You Inspire Me

· 1 comments

Yes. his story inspires me a lot. Not the story of what he did from 1993 to 2010, it's the other one, the headlines he made from 04 Jan 2011 until now. That is what I'm talking about.



He was an ex-radio announcer "who has fallen the hard times", that what he said, but it is true. He got into alcohols, drugs, theif, robbery and forgery kind of things. All the dark paths he walked into, eventually left him as a homeless guy - begging on the street - asking for money from the passerby motorists.

Then a reporter from Colombus Dispatch by the name of Dorel Chenoweth found him and reported it on the news portal. Subsequently an anonymous youtube user known only as "Ritchey" posted the video on Youtube on 4 Jan 2011. The rest is history.

I came accross Ritchey's Youtube posting when the traffic hits was only at about 100k. I was busy trying to make my Thunderbird email client to retrieve Yahoo free email without having to login to Yahoo website as I dumped it for quite a while. Thunderbird can do this with the help of webmail addon / hotpops / ypops, but we need to do some workaround before that. I took a glance to it and did'nt bother to listen to what it is inside the video. Comes the next day, I was still strugling to find a way to get rid the "negative vibes" message from yahoo email. Then again, I bumped with the news, also on Yahoo. But that time, after 24 hours - Ted is already becomes internet celebrity with the video hits over than 7 millions.



On the third day, I read somewhere that Ritchey's original posting has been removed by youtube due to copyright claim from Colombus Dispatch. The hits was already around 13 millions when this happened. Right, the Dispatch owns the video. But I believe they made a huge mistake by turning down a lifetime opportunity to made their brand known to the whole world ~ nobody knows about Colombus Dispatch on this side of the world, I'm sure. And since the original video has been removed, I wonder how Colombus Dispatch goes on pursuing the copyright claim on thousands of subsequent postings of Ted William videos on the internet.



Whatever.

But Ted William's life will never be the same again, I suppose. Financially, whatever he is getting in the last 72 hours may be able to compensate the lost of income he experienced since 1996. So whenever your life hit the rock bottom, just remember Ted William.

God Bless you all. And happy new year 2011



Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Siarkan Artikel / Post Article

Anda boleh menyiarkan artikel ke blog ini. Sila hantar sebarang maklumat dan artikel kepada SAYA. Nama samaran dan kerahsiaan dibolehkan, sehingga ke tahap yang dibenarkan oleh undang-undang.
You can post article on this blog, please send info or article to ME. Pseudonym and anonymity are allowed to the extend of which is permissible by law.

Arimi's Followers

Trending Topics

Most Viewed

Arimi ShoutBOX

Arimi BlogList