Wednesday, February 23, 2011

Saiful~Kelucahan Melampau!

· 5 comments

kelucahan melampau terus disiarkan juga walaupun demi anak-anak, berbuih-buih kita kata jangan

Peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menimbulkan sangsi ke atas laporan pemprofailan DNA oleh ahli kimia kerajaan.


pix - FreeMalaysiaToday

Mereka mendakwa ia gagal untuk memasukkan dua lagi profail DNA yang tidak diketahui. Memetik kata-kata Ramkarpal Singh, ibarat DNA sebesar separuh padang bola ditemui tetapi ahli kimia berkenaan memutus untuk tidak melaporkan.

Alang-alang dah lucah, biarlah sampai basah kita berblog.

Mengikut pasukan peguam bela terdapat air mani kepunyaan beberapa orang ditemui dalam liang dubur Saiful. Ini termasuklah air maninya sendiri. Jadi bila dah masuk dalam dubur, peguambela mempersoalkan bahawa ini bukan lagi cubaan, tapi dah betul-betul liwat.

-----------------------------------------------
2 Best Quotes So Far

Seah ~ "she was not in a position to comment on the matter"

Cheah, neither Saiful's semen was found in normal position!, unless his cock is long enough to reach his own anus at the back

Karpal Singh ~ “I put it to you that is it a logical conclusion that multiple DNA profiles in his anus would make him(Saiful) a passive homosexual?”

Mr. Singh, dunno about that. But Saiful's sperms are very active, sir. They climbed up the anus just like that and then dived into the rectum straight away.
-----------------------------------------------

Sudah dijangka, kelucahan melampau terus disiarkan juga walaupun demi anak-anak, berbuih-buih kita kata jangan.

Tolonglah selesaikan cepat.


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Tuesday, February 22, 2011

Guru-guru dari Semenanjung, Sampai Bila?

· 10 comments

Sampai bila pelajar-pelajar Sabah hendak dijadikan 'guinea pig'?

Datuk Pairin Kitingan menyuarakan pandangan supaya guru sandaran diwujudkan semula guna menangani masalah berterusan penghantaran guru-guru dari Semenanjung bertugas ke Sabah dan Sarawak yang telah berlarutan sekian lama. Tetapi mengadakan semula jawatan guru sandaran bukan penyelesaian yang betul untuk menyelesaikan masalah ini.



Dari 1963 - 2011 sudah 48 tahun masalah kekurangan guru dijadikan alasan untuk meneruskan program penghantaran guru-guru dari semenanjung untuk bertugas ke Sabah dan Sarawak. Balik-balik alasan kekurangan guru dijadikan sebab untuk menghantar beramai-ramai guru-guru dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak saban tahun. Sebarang percubaan oleh mana-mana pihak di Sabah dan Sarawak untuk bersuara dan mempersoalkan keadaan ini biasanya hampir serta-merta dianggap dan dilabel sebagai anti-semenanjung. Kononnya kita satu negara, jadi tidak harus wujud sentimen kenegerian.

Entah di bahagian mana dalam isu ini yang boleh dikategorikan sebagai sentimen anti-semenanjung. Tetapi biasa bila sudah dikaitkan sampai ke sini kebanyakan orang cuma akan memilih untuk berdiam diri sajalah. Siapa yang mahu dilabel sebagai tidak patriotik dan anti - integrasi nasional. Akan tetapi perkara ini adalah satu hakikat yang telah menghantui alam persekolahan di Sabah sekian lama tanpa sebarang penyelesaian dari pihak kerajaan selain daripada alasan yang sama dilaung-laungkan berulang kali.

Kenapa tidak ikuti contoh pasaran jururawat Malaysia?

Asas keseimbangan pasaran buruh dalam ekonomi moden ialah bersandarkan hukum permintaan dan penawaran buruh itu sendiri. Begitu juga keseimbangan pasaran guru adalah bergantung kepada permintaan dan penawaran guru. Jika permintaan terhadap guru melebihi bekalan penawaran semasa yang ada, apa yang perlu dilakukan ialah meningkatkan tingkat penawaran guru di kedua-dua negeri berkenaan dan perkara ini sebenarnya mudah untuk diselesaikan.

Lihat saja apa polisi kerajaan terhadap kerjaya jururawat. Entah bagaimana, tetapi mula-mula potensi 'niche' pasaran ini telah tiba-tiba dikenalpasti oleh orang-orang berkepentingan di dalam kerajaan dan boleh menjadi lubuk wang mereka. Kemudian bak cendawan tumbuh, timbul sebanyak 106 kolej menjadi kilang untuk mengeluarkan jururawat. Natijahnya berpuluh-puluh ribu anak muda lepasan bidang kejururawatan membanjiri pasaran kerja sehingga berlaku lebihan penawaran jururawat dalam negara. Nisbah jururawat per penduduk di Malaysia sekarang ialah 1:490, melebihi kadar yang disyorkan oleh WHO iaitu 1:200. Pada masa ini kerajaan terpaksa membekukan penubuhan sekolah kejururawatan yang baru.

Tetapi perkembangan peningkatan penawaran jururawat tidak terhenti di situ saja.

Alang-alang telah melabur membina kolej, orang-orang yang sama telah nampak cara baru untuk membesarkan pasaran jururawat dan terus mengisi wang ke dalam kantung yang ada. Mereka dengan otak geliganya telah mencadangkan pula 'career upgrades' melalui program pensiswazahan kepada jururawat yang sudah bekerja. Secara teorinya sekarang seorang jururawat juga sudah boleh memegang jawatan Pengarah Hospital.

Bila dah beransur-ansur naik pangkat dan hirarki bidang kejururawatan akan timbul sudah tentu peluang kerja kejururawatan bertambah dengan sendirinya kerana skop kerjaya kejururawatan sudah menjadi lebih besar. Pembantu jururawat akan menjadi jururawat, jururawat menjadi ketua jururawat, ketua jururawat menjadi matron; setiap kenaikan akan mewujudkan kekosongan untuk diisi. Pensiswazahan juga bermaksud satu bentuk jaminan bahawa kolej-kolej kejururawatan akan terus mempunyai pelajar dan akan membayar yuran yang lebih mahal pula kerana tahap kursus adalah semakin tinggi. Kerajaan tidak terfikir untuk eksport ke? Kalau Filipina dan Indonesia mampu mengeksport amah, tak kan kita tak boleh eksport jururawat pula.

Nampak jalannya yang mudah untuk meningkatkan penawaran bukan? Perkembangan mendadak kerjaya kejururawatan ini berlaku dalam tempoh kurang dari satu dekad. Jadi penambahan tingkat penawaran guru di Sabah sebenarnya bukan masalah sukar untuk diselesaikan.

Soalnya ialah sama ada kerajaan BN benar-benar mahu menyelesaikan masalah kekurangan guru di Sabah atau hendak mengekalkan status quo. Kelihatannya kerajaan melalui kementerian pelajaran bukan ingin menjadi sebahagian dari penyelesaian, tetapi ingin kekal menjadi sebahagian dari masalah (not part of the solution, but part of the problem).

Berpuluh-puluh ribu anak-anak muda dari Sabah sekarang ini berada di Semenanjung. Ramai yang bekerja sebagai buruh di restoran, kedai-kedai dan kilang-kilang. Mereka bukan semestinya golongan tercicir daripada alam persekolahan, tetapi merantau mencari sesuap nasi kerana negeri mereka miskin dan kurang peluang kerja. Jika 10% saja daripada mereka dilatih untuk menjadi guru setiap tahun, sudah lama kekurangan guru di Sabah boleh diatasi.

Jadi sampai bilakah pelajar-pelajar Sabah hendak dijadikan 'guinea pig'?

Guru-guru baru dari semenanjung merupakan lepasan universiti yang tidak berpengalaman sebaik ditugaskan ke Sabah dan Sarawak. Apabila tiba sebahagian besar daripada mereka akan berhempas pulas belajar memahami budaya, adat resam dan dialek tempatan dan mengasah kemahiran mengajar dari tahap sifar. Alangkah, setelah menimba pengalaman selama 5 - 10 tahun dan telah mahir serta masak dengan segala kerenah alam pendidikan kebanyakan mereka akan balik ke ke kampung halaman masing-masing di semenanjung.

Sudahnya, manaafaat yang besar diperolehi oleh pelajar di semananjung kerana diajar oleh guru-guru berpengalaman yang telah menajamkan karier perguruan di Sabah dan Sarawak selama berdekad-dekad. Sementara para pelajar di Sabah dan Sarawak pula, kitaran pembelajaran mereka sekali lagi akan bermula dengan kehadiran guru-guru baru yang lain, juga dari semenanjung dan sifar pengalaman. Tidak hairan jika jurang tahap mutu pendidikan Sabah & Sarawak dengan Semenanjung tidak berjaya dirapatkan sehingga sekarang.

Jadi apakah manafaatnya perkara seperti ini kepada alam pembelajaran di Sabah untuk jangka masa panjang?


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Saturday, February 19, 2011

Asoe 2 ~ Betulkah pernah ada Raja Lun Bawang (Lun Dayeh)?

· 1 comments

Untuk yang mengejar mimpi kesultanan Sulu, belajarlah menerima hakikat kerajaan feudal kamurang sudah luput tempoh laku [expired] sejak abad ke-18 lagi.

Juga jangan kata apa-apa tentang Sultan Sulu hendak membela agama Islam. Sebenarnya seorang sultan Sulu iaitu Sultan Azim ud-Din I (juga ditulis sebagai Alimuddin 1 yang memerintah dari 1735-1748 dan 1764-1774) dengan keluarganya sekali sukarela menjadi murtad dan menganut agama kristian. Selepas pembaptisan baginda dikenali sebagai Don Fernando De Alimuddin dan Nama pendeknya dikenali sebagai Ferdinand I.


Gadis Lundayeh Ba Kelalan

Kesultanan Brunei sendiri hampir-hampir lenyap dari muka bumi, apatah lagi hendak mengiktiraf orang lain.

Jadi mengambilkira semua ini, kenapa pula Raja Lun Bawang tidak mungkin wujud?

Tiada tanda kewujudan sekarang bukan bermaksud ia sesuatu yang tidak pernah wujud di muka bumi. Sekali-sekala menghimbau tiada salahnya. Cuma bak kata orang yang lepas tu biarlah berlalu, hendak diungkit sangat pun tiada gunanya. Apabila Indonesia merdeka pada tahun 1945 terdapat 42 kerajaan feudal pelbagai saiz besar kecilnya berselerak di seluruh negara mereka. Pada 1947 di India pula, dianggarkan terdapat lebih dari seribu kerajaan monarki . Kerajaan-kerajaan ini tidak diiktiraf wujud di dalam perlembagaan mereka sekarang. Namun begitu keturunan mereka masih boleh dikesan di serata tempat.

Borneo pada masa lalu bukan semundur yang ada pada fikiran kebanyakan orang Malaysia moden. Ia merupakan tempat yang serba mungkin. Merujuk kepada pulau Jawa, dalam peta tua latin Borneo adalah dicartakan sebagai pulau Jawa Besar (Iava Magna) sementara pulau Jawa sebenar disebut sebagai Jawa Kecil.


Lun dayeh, bukan Lun Dayak - pix ralphmag.org

Seorang pakar bahasa profesor James T.Collin mengusulkan bahawa perkembangan bahasa melayu awal sebelum Riau Lingga sebenarnya adalah bermula dari bahagian barat daya pulau Borneo sebelum berkembang ke Sumatera.

Apabila melibatkan Borneo, bingkai kerja dan skop sejarah Malaysia tidak harus hanya berkisar kepada kerajaan dan kesultanan Islam semata-mata. Kerajaan hindu tertua di Indonesia iaitu Kutai Martadipura adalah bertapak di sungai Makaham (muara Kaman), Borneo. Ia dikesan telah wujud pada abad ke 5. Kerajaan Kutai Martadipura ini beserta dengan kerajaan Kutai Kartanegara besar kemungkinan merupakan bapa kepada orang-orang kadayan moden berdasarkan susur galur linguistik yang belum dibuktikan sepenuhnya.

Terdapat lebih dari 20 kerajaan yang pernah bertapak di Borneo, bukan hanya kerajaan Kutai, Brunei dan Banjar.

Pada waktu-waktu yang lebih ke hadapan, pada abad ke 18 orang-orang bugis masuk berkampung di Borneo dan menubuhkan kerajaan Samarinda. Pekerja-pekerja cina juga sempat menubuhkan sebuah republik yang bernama Republik Lanfang di Kalimantan barat dan bertahan selama 107 tahun (1777-1884).

Penumpuan tamadun Borneo bagaimana pun tertumpu di bahagian selatan dan barat daya pulau dan ini difahami dengan baik oleh pihak belanda. Sebab itulah semasa menandatangani perjanjian persempadanan kekuasaan Inggeris-Belanda pada tahun 1824 yang merupakan asas sempadan moden Indonesia-Malaysia mereka dengan rela hati menyerahkan bahagian pulau yang sekarang dikenali sebagai Sarawak, Sabah dan Negara Brunei Darusalam kepada Inggeris. Kegiatan lanun bermaharaja lela di perairan kawasan ini selain hasil buminya paling kurang berpotensi untuk dijarah.

Di darat pula penuh dengan pengayau-pengayau tegar. Mereka ini mengamalkan 'ngayau' bukan semata-mata berani tetapi juga kerana desakan hidup masyarakat pada zaman itu. Contohnya setiap lelaki yang hendak melangsungkan perkahwinan haruslah mempersembahkan beberapa kepala manusia sebagai berian. Jadi, mengatakan bahawa kesultanan-kesultanan yang ada termasuk sultan Brunei dan Sulu pernah menjajah bahagian darat [pedalaman] Borneo sepenuhnya hatta semasa zaman kegemilangan mereka adalah satu pembohongan. Kesemua mereka hanya menumpukan penguasaan di kawasan pesisiran pantai, bukan di darat.

Apa yang membentuk raja dan kerajaan?


Lundayeh -pix vivaborneo.com

Terdapat lima senarai semak (checklist) asas yang menjadikan menjadikan sesebuah kawasan [dipanggil negeri atau negara] dianggap berkerajaan tersendiri dan pemimpinnya dianggap raja yang bertanggungjawab ke atas hidup mati rakyatnya.

Senarai semak yang berkenaan adalah seperti berikut:-

1. Terdapat penduduk yang tertakluk kepada penguasaan seseorang pemimpin.

2. Terdapat pemimpin yang berkuasa ke atas penduduk yang berkenaan. Di zaman dahulu, perkara ini dipanggil sebagai 'daulat'.

3. Pengiktirafan daripada pihak luar yang mengakui kekuasaan pemimpin serta kawasan yang dikuasainya. Pengiktirafan ini dipanggil sebagai kedaulatan. Tetapi ia tidak semestinya merupakan hubungan dan pengiktirafan setara. Contohnya, kerajaan Kelantan dan Kedah adalah diiktraf oleh kerajaan Siam, tetapi mereka harus membayar pengiktirafan ini dalam bentuk ufti tahunan. Jadi pengiktirafan yang dimaksudkan boleh datang dalam bentuk hubungan diplomatik atau pembayaran dan atau penerimaan ufti daripada pihak asing.

4. Sebarang peninggalan yang berbentuk fizikal yang boleh dilihat sehingga ke hari ini. Ini termasuklah seperti istana dan runtuhan bangunan-bangunan yang berkaitan, kubur-kubur dan peralatan kebesaran kerajaan berkenaan. Termasuk juga sebutan dan catatan mengenai kerajaan yang boleh disemak sama ada di kawasan berkenaan atau dari pihak luar.

5. Kelima, peninggalan keturunan, kebudayaan, bahasa dan sebagainya.

Dari senarai semak di atas, Asoe boleh melepasi perkara 1, 2 dan 5 dengan mudah. Bagaimanapun, jawapan kepada perkara 3 dan 4 hanya akan boleh anda baca diakhir posting ini.

Jika diteliti pada cerita Asoe sebelum ini, terdapat petunjuk yang membolehkan kita membuat anggaran bila ia berlaku. Ada pengelibatan Native Chief (NC) dalam kisah berkenaan. Oleh itu ia adalah pasti berlaku semasa tempoh pemerintahan Rajah Brooke di Sarawak dimana pemerintahannya bermula daripada tahun 1842.

Ini menjadikannya sangat manasabah untuk terjadi. Pada masa itu, kerajaan besar di Borneo yang paling hampir dengan Trusan iaitu kesultanan Brunei sudah hampir-hampir tidak lagi wujud dari peta dunia. Tiada lagi sebarang bentuk kerajaan yang berkesan kecuali ia masih mempunyai raja dan sebuah kampung. Kesultanan Brunei hanya wujud semula serta menjadi kukuh selepas 1905 dengan penemuan telaga minyak di kawasan jajahannya.

Kehancuran kerajaan Brunei bermaksud tiada lagi kerajaan yang boleh bertanggungjawab kepada rakyat walaupun ia terletak tidak terlalu jauh dari pusat pemerintahan Brunei (Jarak Trusan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah 76.1km). Pada zaman malap ini kesultanan hanya tinggal nama nama tanpa mahkamah, pasukan polis dan sistem pemerintahan yang berkesan. Setiap kelompok masyarakat termasuk lundayeh harus, malah berhak menjaga diri sendiri bagi kelangsungan hidup mereka. Sebab itu bagi penduduk Trusan yang majoritinya orang Lun Bawang, Asoe merupakan raja yang boleh disandarkan. Keadaan serupa berlaku di semenanjung Malaysia pada masa yang hampir sama. Dek kerana tiada kerajaan yang berkuasa di kawasan Negri Sembilan pekerja-pekerja lombong dari Sumatera telah menjemput Raja Melewar dari negeri asal untuk menjadi raja bagi komuniti mereka. Di Selangor pula, Raja Lumu seorang bugis telah naik takhta untuk memimpin komuniti bugis yang ada di sana sebelum berkembang tumbuh menjadi kesultanan Selangor sekarang ini.

Akan tetapi dianggarkan juga bahawa tempoh jurai pemerintahan keluarga baginda Asoe juga tidak melangkaui sehingga abad ke 20, kerana Brooke pada tahun 1851 menimbulkan kontroversi di England kerana terlalu menindas orang-orang pribumi Sarawak dan rasanya kawasan Trusan sendiri tidak terkecuali dari penjarahan dan petualangannya.

Apabila dicampur tolak 20 tahun sebelum dan selepasnya, dasar penindasan Brooke pada 1851 serta mengambilkira generasi keempat Asoe yang bertebaran di seluruh Malaysia sekarang, adalah dianggarkan bahawa kisah kelahiran Akim anak Asoe ini berlaku di antara tahun 1822- 1862, tidak lebih awal daripada itu.

Jadi berbalik kepada perkara 3. Kerajaan Lun Bawang ini sepatutnya diiktiraf oleh kerajaan Brunei kerana ia merupakan kerajaan yang paling hampir. Tidak kiralah dalam bentuk hubungan diplomatik, pembayaran ufti ataupun peperangan antara keduanya yang akan memberikannya asas kewujudan sebagai kerajaan. Tetapi ketika itu pengiktirafan berkenaan adalah tidak mungkin berlaku di antara Brunei dan Trusan. Ini kerana pada masa tersebut berlakunya lompang kuasa yang amat ketara (vacuum of power). Kesultanan Brunei yang hebat sendiri hampir-hampir lenyap dari muka bumi, apatah lagi hendak mengiktiraf orang lain.

Mengenai perkara 4, ia mungkin ada jika kajian yang mendalam dan bersungguh-sungguh dibuat. Setakat ini belum pernah ada usaha yang bersungguh-sungguh dibuat untuk membukukannya.

Raja Asoe memang wujud. Sampai sekarang cerita mengenainya masih sekali sekala diperkatakan orang-orang yang berkenaan baik dari kalangan orang Kadayan dan Lun Bawang di kawasan Sipitang dan Trusan terutamanya bagi yang berumur 40an ke atas. Cuma menjadi semakin kabur kerana hubungan mereka dengan peristiwa ini telah semakin renggang. Perkara yang berlaku di luar negara lebih dikenali berbanding dengan sejarah yang hampir dengan dunia mereka sendiri.

Bersambung. Akan datang: Asoe 3 ~ Aku Lundayeh, Juga Kadayan


Bacaan-bacaan dalam siri ini

Asoe 1 ~ Raja Lun Bawang

Asoe 2~ Betulkah Pernah Ada Raja Lun Bawang (Lun Dayeh)?

Asoe 3~ Aku Lundayeh, Juga Kadayan


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Friday, February 18, 2011

Kesultanan Sulu ~ Berapa Lama Hendak Meneran?

· 3 comments

Bidang kuasa kerajaan persekutuan dan negeri adalah jelas dan soal kedaulatan negara BUKAN salah satu daripada urusan kerajaan negeri.


Tidak iktiraf 'kesultanan Sulu'~PiX FreeMalaysiaToday

Mengenai perlantikan Datu Akjan sebagai 'Sultan Sulu' yang terbaru, akhirnya Musa membuat kenyataan bahawa Kerajaan negeri tidak iktiraf kesultanan Sulu. Macamlah kenyataan yang sangat mengejutkan. Tidak dapat dipastikan kenapa kerajaan negeri harus mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan pengiktirafan kesultanan sulu, sedangkan negara mereka sendiri iaitu kerajaan Filipina tidak mengiktiraf mereka.

Hendak mengumumkan perkara yang sangat jelas inipun kerajaan berlengah berminggu-minggu. Ibarat hendak mencecah keting mahu mengharung sungai tengok riak di air dulu. Kalau pembangkang boleh mengocak permukaan air menjadi ombak gadang barulah ikut bergegas mencari dayung.

Akan tetapi dek kerana tidak tahu mendayung, kocak air menggunung
dayung remuk redam, harik mengilai-ngilai lalu perahu meliuk pincang.

Pembangkang buat laporan polis barulah BN tumpang sekaki buat laporan, lewat 4 jam pun tidak mengapa. Pembangkang bising sana sini dan rakyat sendiri gusar barulah dengan sumbang cuba mengatakan sesuatu.

Di mana dasar proaktif kerajaan menangani masalah rakyat? Ohh, maaf kerana tersilap tanya. Kalau sememangnya BN proaktif, Sabah tentunya tidak menjadi negeri yang termiskin hingga sekarang.

Teragak-agak? Sedangkan Sabah adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia dan persekutuan ini mempunyai kedaulatan yang diakui oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu [PBB].

Apabila suruhanjaya Cabbold dihantar ke Sabah pada tahun 1962, tujuannya ialah untuk meninjau pendapat penduduk Sabah untuk menyertai Malaysia, BUKAN untuk berunding dengan kerajaan Sulu. Hasil tinjauan berkenaan menunjukkan bahawa pendapat penduduk Sabah adalah jelas. Mereka mahu menyertai Malaysia. Tentunya ini langsung tidak berkenaan dengan perihal hendak menjadi rakyat kesultanan Sulu atau tidak.

Pendapat penduduk Sabah pada tahun 1962 ini perlu dihormati. Ia dilayan oleh kerajaan British sebagai suatu referendum dan menjadi asas kepada pembentukan Malaysia. Maksudnya itu adalah kehendak penduduk Sabah dan tiada lain daripada itu. Aspirasi ini sepatutnya sudah mampu melucutkan apa-apa tuntutan dan hubungan sejarah yang tinggal sebelumnya termasuklah perjanjian Bulan Bintang tahun 1878.

Apa lagi yang lebih besar daripada keputusan tinjauan bahawa penduduk Sabah hendak menentukan hidup mereka sendiri melalui Malaysia. Pula, mana batu bersurat dan tanda sempadan kerajaan Sulu di Sabah. Siapa wakil kerajaan Sulu [gabenor, wizurai, wazir] yang memimpin Sabah sebelum 1881, tiada. Apa rupa pentadbiran kerajaan Sulu Sabah, tidak wujud.

Kalau setakat mengaku Sabah kepunyaan mereka, siapa-siapa pun boleh. Sulu disatu pihak mengaku-ngaku saja sementara pedagang Eropah di pihak yang satu lagi merupakan penyamun tarbus yang tamak dengan igauan mencanak-canak hendak menjarah bumi Borneo Utara. Kemudian kedua-duanya menandatangani perjanjian ganjil, apa hal orang Sabah hendak dibawa-bawa.

Jangan biarkan rakyat Malaysia di Sabah menjadi gusar dalam rumah mereka sendiri. Sultan Sulukah apa sultan sekalipun jika nak sangat bertakhta, bertaktha saja dalam mimpi kamurang.

Dalam soal KEDAULATAN negara Musa Aman boleh senang-senang keluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mengiktiraf kesultanan Sulu.

Bidang kuasa kerajaan persekutuan dan negeri adalah jelas dan soal kedaulatan negara BUKAN salah satu daripada urusan kerajaan negeri. Kerajaan pimpinan Najib nampaknya menggalakkan orang yang berkebolehan rencam (multipurpose, handyman). Semenjak Najib mengambilalih kuasa isterinya yang mengaku sebagai FLOM dibenar untuk memandai-mandai mengambilalih tugas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Luar dan mana-mana menteri yang dia suka.

Sekarang Musa Aman tidak mengiktiraf 'Sultan Sulu'. Kerja iktiraf-mengiktiraf ini merupakan kerja kerajaan persekutuan. Apahal pula ketua kerajaan negeri hendak mengiktiraf atau tidak sebuah negeri yang memang tidak wujud dan berada pula di luar negara.



Bacaan Tambahan yang disarankan

1. Ketegangan di Lahad Datu: Teruskan Melayan Penyamun

2. Sultan Sabah ke 23!
3. Negeri Termiskin Dengan 22 Orang Sultan
4. PTI 'Warga Sultan Sulu' Dipenjara dan 3 Sebatan


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Thursday, February 17, 2011

Wan Azizah Pembohong, Klassen Temberang

· 5 comments

Kau punya 'Facebook Friends' baaru 2,298 orang.



Wan Azizah dilaporkan sebagai berkata bahawa jawatan Pengarah Komunikasi PKR Sabah yang selama ini disandang oleh Ronnie Robert Klassen sebenarnya tidak wujud dan cuma karangannya sendiri saja.

Klassen naik berang, lalu mengatakan Wan Azizah sebagai berbohong. Mengikut Klassen pada 2 Ogos 2009 Azmin Ali yang mengumumkan perlantikannya sebagai pengarah komunikasi berdasarkan nasihat ketua de facto PKR, Anwar Ibrahim.

Okey, Wan Azizah bohong. Tapi Klassen sendiri temberang, tau?

Dia kata setakat ini dia telah berjaya mengumpulkan hampir 100,000 pengikut online. Konon dakwa Klassen lagi bila-bila saja sekarang ada satu juta orang yang boleh menerima apa-apa mesej darinya melalui Facebook, blog dan e-mail.

Bukan saja satu juta Klassen, malah ratus-ratus juta orang pun ada. Masalahnya jangan anggap mereka semua itu merupakan pengikutmu. Kau punya 'Facebook Friends' baaru 2,298 orang. Dari manalah itu satu juta orang datang?

Tak apa, kita cuba sokong Klassen. Katalah setiap orang 'Facebook Friends' beliau mempunyai purata 200 orang 'friends'. Jadi 2,298 x 200 = 459,600 orang. Pun belum cukup satu juta bah. Itu belum tolak dengan orang yang mempunyai lebih dari satu akaun Facebook, tolak lagi pula dengan 'mutual friend' Klassen dengan kawan-kawannya.

Saya menyokong perjuangan Pakatan Rakyat [PR] dan sesiapa saja yang boleh menumbangkan pemerintahan BN. BN terutamanya UMNO selama inipun ibarat cakap saja berdegar-degar, tapi bulu penuh taik saja. Sekarang telah memerintah Sabah selama 17 tahun tetapi tidak berupaya mengeluarkan negeri ini dari belenggu kemiskinan. Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia. Ya, termiskin, termiskin dan termiskin.

Sebagai anggota Pakatan Rakyat, PKR merupakan parti yang paling tidak berdisiplin. Di Sabah pula selain daripada perbalahan dalaman parti yang tidak kunjung padam, ia dikuasai oleh orang-orang pencen. Ada di antara mereka yang BN sendiri pun sudah tidak mahu lagi jadi sebab itulah sekarang kelihatan bertenggek di PKR. Malah bukan sembarang tenggek tetapi berada di barisan hadapan. Inilah salah satu sebab kenapa saya tidak berminat dengan PKR sehingga sekarang. Yang muda-muda pula kuat jual minyak. Padanlah juga jual minyak sebab kalau ahli politik terlalu merendah diri siapa pula yang nak pandang.


Akaun twitter pun Klassen tak ada?
#1 Katakunci 'ronnie klassen'



#2 Katakunci 'charles klassen' pun tak ada


#3 Kata kunci 'ronnie charles klassen'? TIADA


Twitter saya pengikut tidak sampai 100! Ada

Tapi entahlah, ada yang mengatakan situasi PKR sekarang sebenarnya begini. Ramai pemimpin KDM berkira-kira dan mencongak-congak pilihan yang ada di tangan. Tidak kurang yang berkeinginan untuk keluar parti dan menyertai Dr. Jeffrey Kitingan yang setakat ini menggunakan UBF sebagai asas perjuangannya. Jadi mana-mana yang tinggal pula memberanikan diri untuk bertegang urat dengan pucuk pimpinan kerana mahu mengisi mana-mana jawatan yang tiba-tiba menjadi kosong akibat pemimpin yang keluar parti. Jika berjaya, itu sudah tentu akan menjadi bonus peribadi.

Jika tidak Dr. Jeffrey kan ada...


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Wednesday, February 16, 2011

Dubur Saiful: Dubur Tersohor Malaysia

· 2 comments

"Abahh, apa seks oral tu... dia macam oral-B ke"

Hubaya-hubayalah Semua. Saya sekadar hendak mengingatkan terutama jika anda mempunyai anak-anak kecil, sedang meningkat remaja atau yang sedang-sedang remaja.


Selain daripada dubur yang tersohor, Saiful juga mempunyai tanda
hitam di dahi.
~ PahangDaily.blogspot.com

Berita-berita lucah akan kembali terpampang tidak lama lagi.

Beberapa hari lepas doktor yang memberi keterangan dalam perbicaraan liwat Anwar Ibrahim menyatakan bahawa sampel putik kapas diambil dari mulut Saiful kerana dia diminta untuk melakukan seks oral.

"Abahh, apa seks oral tu... dia macam oral-B ke", tiba-tiba anak anda bertanya. Hah, pandai-pandailah anda sebagai bapa menjawab.

Terdahulu sebelum ini, kita dimaklumkan bahawa seluar Saiful semasa diliwat adalah berwarna hitam dan seluar dalamnya pula berwarna kelabu jenama Levi. Bunyinya tidaklah romantik sangat, sepatutnya pakailah yang berwarna pink atau polka-dot.

Mahu tidak mahu, saya setuju sangat dengan kenyataan Rais Yatim bahawa penulis blog perlu beretika dan bertanggungjawab dalam melapor atau memberi komen berhubung perbicaraan kes liwat Saiful.

Setuju Rais, setuju sangat. Cuma janganlah hendak melampiaskan penulis blog sahaja sebagai kambing hitam yang tidak beretika dan bertanggungjawab.

Jangan hipokrit Rais.

Rakyat Malaysia yang waras bukan tidak tahu bahawa yang paling tidak beretika dalam melaporkan perihal dubur Saiful ini sebenarnya tidak lain dan tidak bukan selain daripada akhbar kepunyaan UMNO iaitu Utusan Malaysia. Berikut ini merupakan laporan-laporan yang pernah disiar oleh Utusan Malaysia, para pembaca nilaikanlah sendiri.

Mohd. Saiful Bukhari berasa marah dan takut apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanya, "can I fuck you today".

Anwar menjadi marah apabila pelawaannya itu ditolak dan mengarahkan beliau masuk ke bilik tidur utama dan membersihkan diri.

Selepas keluar dari bilik mandi, Anwar sedang memakai tuala putih dan mengarahkan Saiful supaya datang ke arahnya sebelum memeluk bekas pembantu khasnya itu.


Saiful tidak mandi junub selama dua hari kerana 'dalam keadaan darurat' selepas diliwat oleh Anwar.

Selepas diliwat, mangsa akan menjadi tenang (mender punya pendapat daa). Dia kemudian membuat laporan polis kerana kerelaan sendiri. Saiful menggunakan borang standard pemeriksaan bagi mangsa rogol.

Laporan-laporan yang dikeluarkan adakalanya begitu terperinci dan terang benderang tak ubah seperti tulisan novel porno picisan. Di Utusan berita dubur Saiful digarap dengan mantap saban hari seolah-olah mengarang cerita percintaan terlarang demi melonjakkan jualan akhbar. Lebih daripada itu, untuk berkhidmat kepada UMNO demi agenda yang hanya Tuhan dan diri mereka sendiri yang tahu.


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Saturday, February 12, 2011

Sabah's Poverty~ How's the calculation like, Musa Aman?

· 0 comments

Are KIRMTs a.k.a poor families in Sabah going to be in negative number next year, sir?

This posting brings about boring calculations, don't say that you weren't forewarned.


Daily Express, 03.02.10

Recently Musa Aman was quoted in news that, based on e-Kasih System the state government detected only a total of 1,415 new hardcore poor households (KIRMTs) with 1,252 categorised as Productive KIRMTs and the rest under the Non-Productive category.

The figure is for the end of 2010. Obviously it is much, much smaller in comparison with the previous year. As he explained further, in 2009 there were about 18,294 of KIRMTs. This is way to small, really. Small enough that it digresses myself into confusion. Yes, confuse.

The 1,415 are the newly found KIRMTs in 2010, right?

In order to made yearly comparison possible, similarly the 2009 data of KIRMT, too, are the newly found KIRMTs for the year. Otherwise, the two sets of data ought to be treated separately. For instance, if the 18,294 are the existing KIRMTs as of 2009 and 1,415 are those of newly found, then the correct equation will be 18,294 + 1,415. This brings the right answer to the total of 19, 709. Obviously this is not some kind of reduction but, an increase.

So, back to the first assumption. If the 18,294 are of the newly found KIRMTs in 2009 and 1,415 is for the following year of 2010, then all I can say is 'wow'. Jin or not, Musa is truly a newly found Gods of Wealth of Sabah, 'Dewa Kekayaan'. Musa was talking about 93% reduction, or, a reduction of 16,879 newly found kIRMTs in just a year.

Considering the state government claims that the 'poverty goal is on target' as per the headline. Then it is safe to assume that the decline, or, the healthy trend continues for this year, if not even better.

So,
2009 = 18,294
2010 = 1,415 (18,294-16,879)
2011 = (-15,464) ( 1,415-16,879)

The estimated figure for the end of 2011 will be -15,464!


Are KIRMTs a.k.a poor families in Sabah going to be in negative number next year, sir?

There is of course, another thing to ponder upon. Last year Musa said that the state government managed to significantly reduce the hard core poor families into a mere 7,455 of them. I suppose 2010 data is an addition into this, so it give us 7,455 + 1,415 = 8,870.

As far as the KIRMT or e-Kasih are concerncd, these are the very core of poor people that government is looking on. And in 2011 state government is going to spent RM85,000,000 via 1Azam program.

Musa said that poverty goal on target, but the state government actually allocates RM85,000,000 for 8,870 KIRMTs. Means, the average is a mere RM9,582 per family. In real sense, is this enough to uplift the economic status of poor families?


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Wednesday, February 9, 2011

Asoe 1 ~ Raja Lun Bawang

· 2 comments

Pada suatu masa dahulu, bersemayam seorang raja Lun Bawang bernama Asoe anak Rangit



Nota: Posting kali ini adalah lain daripada kebiasaan. Jika anda merasa ia membosankan, layan sajalah. Silalah bertandang semula nanti untuk posting yang lebih menarik dan berbentuk semasa.

Asyik-asyik Raja Sulu, bila nak habis.

Kali ini saya ingin bercerita mengenai Raja Lun Bawang. Ini merupakan kisah lagenda keluarga yang diceritakan turun-temurun selama empat generasi oleh sebahagian masyarakat kadayan dan lun bawang di Sipitang (Sabah) dan Trusan (Sarawak). Ceritanya begini, kisah seorang raja pribumi di daerah Trusan, Sarawak.


Raja Asoe

"Pada suatu masa dahulu, bersemayam seorang raja Lun Bawang (disebut sebagai Aaja Muut di dalam bahasa Kadayan) bernama Asoe anak Rangit [Asoe]. Bagi orang-orangnya etnik Lun Bawang di kawasan Trusan, Sarawak yang luas itu [juga disebut secara umum sebagai Lun Dayeh di Sabah dan 'oang muut' oleh kadayan] baginda merupakan raja sebenar mereka.

Asoe merupakan raja yang disegani. Juga raja dalam segala aspek kehidupan yang sepatutnya bagi seorang pemimpin feudal pada zaman itu. Kuasa baginda termasuklah juga sebagai pemimpin bangsanya (chieftain), menjadi menentukan hukuman [sagit] (hakim), pelindung keselamatan terutama dari ancaman 'ngayau' yang berterusan dari kawasan sekitar (panglima) serta mengatur kemasylahatan komunitinya (pentadbir eksekutif).


Adalah difahamkan bahawa komuniti Lun Bawang ini tinggal berhampiran dan berhubungan baik dengan orang-orang kadayan, satu lagi etnik pribumi pulau Borneo yang telah menerima kedatangan agama Islam sezaman atau awal sedikit daripada rakyat Melaka. Hubungan dan demografi penempatan sedemikian berterusan sehingga ke hari ini.

Di masa lampau, lun bawang, kadayan bersama beberapa lagi etnik minoriti telah digelar oleh orang-orang brunei sebagai 'orang darat'. (Sila cari siri Aku Oang Daat siri 1 - 20 dalam entri kadayan universe untuk mengetahui kehidupan seharian mereka). Para pengkaji awal Eropah pula mengkategorikan mereka sebagai etnik Klemantan walaupun berbeza bahasa dan agama di antara satu dengan yang lain kerana sebab-sebab tertentu. Di antara sebabnya termasuklah kerana mereka merupakan etnik minoriti di Sarawak. Selain itu mereka tidak boleh dikelaskan dengan mana-mana etnik majoriti kerana perbezaan gaya hidup dan bahasa yang ketara.


Berbalik kepada Raja Asoe, suatu hari isteri baginda mengandung dan sampai masa untuk melahirkan cahaya mata. Sudah tentulah sang raja merasa gembira kerana bakal menimang zuriat yang akan menjadi penggantinya suatu masa kelak.

Kemudian ditakdirkan lahir seorang putera. Malang sekali, sampai masanya anak yang ditunggu-tunggu ini telah dilahirkan songsang. Bertepatan pula dengan segala kemunduran dunia perubatan pada masa itu, akibat fatal yang berlaku tentulah boleh dijangka. Ajaib kerana bayi itu hidup, tetapi permaisuri baginda meninggal dunia semasa melahirkan.

Konon mengikut adat mereka, kelahiran bayi sedemikian rupa tidak diterima kerana kelak mengundang nasib yang tidak baik. Lagi pula bila lahir saja dia telahpun 'membunuh' ibunya sendiri.

Berat mata memandang lagi berat bahu memikul. Membuang anak anjing pun sukar dilakukan, apatah lagi membuang anak sendiri. Sang permaisuri pula baru pergi meninggalkan baginda untuk selama-lamanya, ibarat jatuh ditimpa tangga.

Tetapi biar mati anak daripada mati adat. Lalu sang raja bermesyuarat dengan para pembesar baginda. Kesudahannya keputusan telah sepakat diambil dengan berat hati. Putera ini harus 'dibuang' jauh dari keluarga untuk mengelakkan badi yang akan berlaku.


Lalu keesokan paginya, sang putera yang baru lahir ini dengan persalinannya diletakkan di atas talam. Kemudian bayi kecil dengan tangisan hiba yang tidak tahu apa-apa ini dibawa turun ke halaman.

Diletakkan di kepala tangga bersama persalinannya, sebuah meriam kecil dan seorang hamba sahaya yang menjadi penjaga dan hanya dikenali oleh orang kadayan dengan nama 'Si Badil', mungkin bersempena dengan meriam kecil yang disertakan.
Tujuannya ialah, dia akan 'dibuang' secara diserahkan kepada sesiapa saja yang menjadi orang pertama melintas di kawasan istana raja dan terserempak dengan bayi berkenaan.

Hendak dijadikan cerita. Pada pagi kejadian itu berlangsung, orang yang mula-mula berjalan dan terserempak dengan bayi ini ialah seorang pemimpin masyarakat kadayan yang hanya dikenali sebagai Orang Kaya Kaya [OKK] Tok (datu, datuk, atok) Janggut. Beliau adalah Native Chief [NC] dari kawasan berhampiran. Pada masa lampau, NC [sekarang dipanggil Ketua Anak Negeri - KAN] merupakan jawatan pentadbir yang paling tinggi boleh dipegang oleh seseorang pribumi bagi kawasan pulau Borneo yang dijajah oleh British. Tidaklah dapat dipastikan sama ada beliau pada ketika itu sudah merupakan seorang NC atau hanya dilantik menjadi NC kemudiannya. Apa yang pasti ialah, Tok Janggut merupakan kawan baik Raja Asoe.

Sang raja yang menghadapi masalah, sudah tentulah beritanya sudah dicanang ke merata pelusuk rantau bumi Trusan. Dari sumber yang lain, diceritakan bahawa Raja Asoe sebenarnya telah terlebih dahulu memberitahu Tok Janggut tentang apa yang bakal berlaku kepada bayinya. Lagipun orang kadayan yang beragama Islam tidak terikat dengan adat yang sedemikian rupa.

Oleh itu kehadiran Tok Janggut sebagai orang pertama yang bertembung lalu memungut bayinya pada pagi berkenaan bukanlah suatu kebetulan, tetapi sebaliknya merupakan sesuatu yang telah dirancang rapi demi kebaikan semua pihak yang terlibat.
Akim, anak Asoe a.k.a Abdul Hakim

Dipendekkan cerita, putera ini membesar sebagai orang kadayan. Beragama Islam dan dikenali selama hayatnya dengan nama Akim (Abdul Hakim). Sampai jodohnya, dikahwinkan oleh ayah angkatnya Tok Janggut dengan wanita kadayan bernama Murah, anak kepada OKK Bongsu, juga seorang lagi NC di Sarawak ketika itu.

Tetapi bak kata pepatah, air dicincang tidak akan putus. Begitulah juga hubungan Akim dengan bapa kandungnya, Asoe. Beliau tidak pernah menyembunyikan identiti sebenarnya sebagai seorang lun bawang. Ini jelas apabila kemudian Akim berpindah ke daerah Mangalong, Raja Asoe menitahkan beberapa orang rakyatnya berserta keluarga mereka untuk mengiringi dan membuka tanah untuk beliau di sana. Sumber cerita yang lain mengatakan seramai 40 keluarga, malah cukup dengan keluarga si anu si polan yang tidak akan disebut di sini kerana entah benar atau tidak tiada siapa lagi yang boleh memastikannya sampai bila-bila. Takut nanti salah sebut kena saman pula, tidakkah naya.


Diceritakan juga bahawa Akim pernah tinggal berkampung di beberapa tempat di Mangalong yang sekarang ini dikenali sebagai daerah Sipitang. Di antaranya ialah kawasan Marintaman, Banting dan Luagan. Merupakan seorang kadayan (sebenarnya seorang Lun Bawang!) yang berilmu dan mempunyai lagendanya yang tersendiri. Apabila disebut sebagai 'berilmu' mengikut definisi orang kadayan, ia bermaksud memiliki gabungan ilmu kesufian dan kebatinan yang saling berkait dengan begitu erat di antara satu dengan yang lain. Adunan ini amat popular di kalangan mereka sehingga ke akhir alaf yang lepas.

Mengikut cucunya yang bernama Tusop (beliau masih hidup sehingga ke hari ini - semasa artikel ini disiapkan), 'batu mainan' Akim yang beratnya bertan-tan masih boleh dilihat di sungai Marintaman, Sipitang. Adalah menjadi tabiat Akim untuk menimang batu berkenaan, selain dari diangkat untuk disorongkan sebagai titi kepada sesiapa yang kebetulan ingin menyeberang sungai semasa beliau mandi.
Bahar bin Akim


Salah seorang anak Akim bernama Bahar (Baha-uddin, Baharuddin), seorang jagoan Mengalong pada zamannya. Memiliki ilmu pendekar yang amat tinggi. Bahar disifatkan oleh seorang anaknya, Daud, sebagai seorang yang berjiwa bebas, panas baran dan tidak suka dikongkong. Mengikut Daud, bapanya pernah ditangkap oleh British dan dipenjarakan sebulan serta denda sebanyak $80 (dianggar berlaku pada sekitar lewat tahun 1920an) di Mempakul (sekarang Kuala Penyu) iaitu sebuah pusat pentadbiran Syarikat Borneo Utara British kerana suatu kesalahan yang dilakukannya di Sualai, Sarawak.

Gandingannya ialah sepupunya yang juga bernama Bahar [OT (Orang Tua / Ketua Kampung) Bahar bin Bangkul ~ Info daripada Sdr. Kadayan Mangalung, terima kasih]. Pasangan '2 Bahar' ini juga dikenali sebagai 'Bahar Muut-Bahar Kadayan'. Gelaran lain ialah 'Bahar Kaya-Bahar Miskin'. Bahar kaya ialah sepupunya, manakala Bahar miskin pula ialah Bahar bin Akim. Miskin kerana jiwanya yang bebas dan tidak endah untuk bercucuk tanam serta bekerja mengumpul harta seperti orang lain. Kegemarannya ialah bergelandangan ke sana ke mari tanpa tujuan tertentu untuk tempoh yang lama sebelum kembali ke Mangalong. Antara tempat yang pernah beliau menetap ialah di sekitar Lingkungan, Marintaman, Labuan, Mempakul, Marapok, Lawas, Miri dan sudah tentulah Trusan untuk bertemu sanak saudaranya.

Kedua-duanya memiliki upacara sendiri apabila bersua. Sebaik berjumpa masing-masing akan menghunus parang panjang lalu bertarung dengan ilmu yang dimiliki. Setelah terselamat selepas tujuh langkah pertarungan, konon barulah dianggap bersaudara semula.

Bahar kemudian mengambil keputusan menetap di kampong Pantai, Sipitang setelah didesak oleh sepupunya. Bahar kayalah yang menyuruh orang-orangnya memugar satu kawasan pamah di seberang halaman rumahnya untuk disediakan sebagai tapak rumah sepupunya. Kawasan ini masih didiami oleh anak-anak Bahar sehingga sekarang.

Akan tetapi walaupun telah menjadi orang kadayan; sama ada Akim, atau Bahar serta kemudian anak-anaknya tetap tidak putus hubungan dengan saudara-mara Lun Bawang. Kedua-dua mereka adalah disayangi (ditakuti?) oleh saudara-mara serta orang-orang sama ada daripada etnik kadayan dan lun bawang. Misalnya setiap kali apabila tiba musim padi, sawah kepunyaan Akim dan Bahar akan dibersihkan dan dipastikan sedia untuk ditanam. Apabila kenduri-kendara diadakan, mereka tetap dikunjungi oleh saudara-mara dari Trusan. Persaudaraan ini adalah terjalin dengan baik sehingga sekarang malah diperkukuhkan lagi dengan kahwin campur di antara beberapa keluarga yang berkenaan.

Cuma mengikut anak sulung Bahar, bapanya berpesan bahawa anak cucunya tidak lagi harus mengikuti adat pemberian berian dan menerima berian seumur hidup daripada saudara lun bawang. Entah apa sebabnya wasiat ini dikeluarkan tidaklah pula diketahui dengan pasti."


Inilah cerita yang menjadi buah mulut kami sejak kecil dulu.

Kisah ini merupakan cerita kegemaran dalam tradisi lisan keluarga. Ia adalah 'bed time story', cerita penggerak semangat, dan juga bahan kegemaran sesi bercerita selepas makan malam di zaman tanpa TV yang menjadi hiburan saban malam. Silih berganti dan berulang-ulang, dari mulut arwah ayah, pakcik-pakcik dan makcik-makcik sehingga ia merupakan cerita yang masih segar diingatan hingga ke hari ini.

Saya merasa bertanggungjawab untuk menulis cerita di atas bukan untuk apa-apa tujuan yang tersembunyi. Sebaliknya semata-mata untuk tatapan generasi akan datang supaya tidak melupakan asal-usul mereka. Jika tidak ia akan hilang begitu saja ditelan oleh arus zaman.

Ketepatan cerita lagenda ini tidak diketahui, kalau salah sila betulkan. Yang pasti keturunan Asoe pada hari ini telah pun bertebaran di seluruh pelusuk pulau Borneo.

Bersambung. Akan datang: Asoe 2 ~ Betulkah pernah ada Raja Lun Bawang (Lun Dayeh)?

Bacaan-bacaan dalam siri ini

Asoe 1 ~ Raja Lun Bawang

Asoe 2~ Betulkah Pernah Ada Raja Lun Bawang (Lun Dayeh)?

Asoe 3~ Aku Lundayeh, Juga Kadayan


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Tuesday, February 8, 2011

Sultan Sabah yang ke 23!

· 3 comments

Setiap benda pelik di Sabah mesti ada kaitan dengan UMNO!

Gelaran panjang baginda "DYMM Paduka Mahasari Maulana al-Sultan Sharif ul-Hashim II, Dr Sharif Mohammad Akjan Mu’izzuddin Waddaulah ibni al-Marhum Sultan Sharif Ali Muhammad Pulalun".

Gelaran pendek, “Sultan Shariful-Hashim II”.


Panggilan manja di Sabah, "Pilak" .


Pix - Malaysianinsider

Nama sebelum jadi sultan ialah Dr. Datu Akjan.

Ijazah PhD beliau diperoleh daripada Preston University. Besar kemungkinan datang dari gudang bekalan yang sama dengan ijazah sarjana pengurusan perniagaan kepunyaan Datuk Drs. Abdul Azeez Abdul Rahim, orang kuat Putera UMNO. Kabarnya Azeeez pun merupakan 'graduan' lepasan dari universiti Preston. Kononnya juga di sana di sana boleh ambil apa saja ijazah yang kita inginkan.


Mengikut cerita, Akjan dilahirkan di Jambangan, Nipah-Nipah, Sulu, pada 23 Nov 1957. Kemudian menyeludup secara haram ke kem Sibaud, Sandakan, Sabah pada 11 Nov 1962. Dia secara otomatik menjadi warganegara Malaysia apabila Sabah merdeka dengan menyertai persekutuan Malaysia pada 15 Sep 1963.

Maksudnya daripada usia 5 tahun sampai sekarang Akjan makan, berak, kencing, tidur, cari makan, cari bini dan cari 'ong' di Sabah yang merupakan negeri angkatnya.

Dipelihara sebagai sub-kontraktor dan kontraktor oleh UMNO hingga menjadi kaya.

Kekayaan serta kehidupan selesa yang dinikmatinya di Likas sekarang hampir pasti bukan datang daripada perbendaharaan keturunannya yang pernah memerintah dari istana Darul Jambangan di pulau Sulu, tetapi dari Sabah negeri di bawah bayu.

Tak cukup rupanya. Sekarang tak semena-mena dah jadi Sultan.

Itulah sebabnya para pembaca tidak perlu merasa hairan. Setiap benda pelik di Sabah mesti ada kaitan dengan UMNO!

Tuanku Akjan, rasanya moleklah tuanku berunding dengan sultan-sultan yang lain juga terlebih dulu memandangkan tuanku adalah sultan terbaru Kerajaan Sulu. Takut nanti 22 sultan yang lain murka akan tuanku. Beta [sebab saya pun sultan juga] harap tuanku pertimbangkan juga kesan 22 daulat kepunyaan baginda-baginda sekaliannya berbanding 1 daulat saja yang tuanku ada. Jika geruh datang bertamu lalu terkena tulah daulat, paling sikit tuanku akan disampuk oleh ceret birit yang berpanjangan.


Bacaan Tambahan yang disarankan

1. Ketegangan di Lahad Datu: Teruskan Melayan Penyamun
2. Kesultanan Sulu ~ Berapa Lama Hendak Meneran
3. Negeri Termiskin Dengan 22 Orang Sultan
4. PTI 'Warga Sultan Sulu' Dipenjara dan 3 Sebatan 


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Wednesday, February 2, 2011

Kerjarumah Matematik Untuk Jeffrey Kitingan

· 0 comments

Selama penubuhannya dari tahun 1994, hendak menjadi parti 'nyamuk' pun sebenarnya Setia tidak berdaya.



Tahun 1994 jugalah Suhaidin Langkap ditipu oleh UMNO melalui Allahyarham Tun Gafar Baba sehingga dia mengisytiharkan Parti Setia menarik diri dari bertanding dalam pilihanraya umum pada saat akhir. Kesilapan besar Suhaidin ini mengakibatkan calon-calon Setia menjadi terpinga-pinga seolah tidak percaya. Memanglah semua mereka telah bersedia untuk kalah, tetapi ia menjadi kekalahan dahsyat kerana tingkah tuan mereka, seorang ahli politik amatur.

Jadi memilih 'tuan' dalam politik kenalah dibuat dengan betul-betul.

Diharap Jeffrey Kitingan boleh memberikan sentuhan "maverick" beliau kepada Parti Setia dan mengubahnya menjadi parti politik yang disegani.

Perkembangan terbaru Jeffrey amat menarik untuk diikuti.

Ia berada di luar daripada perbincangan miskin politik seharian yang kadang kala memualkan untuk diperincikan di negeri ini. Sudahlah Sabah merupakan negeri termiskin, cerita politik pun melekat dengan bau-bauan papa.
--------------------------------
$$$ Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada semua rakan-rakan pembaca yang merayakan tahun baru Cina 2011 $$$ ~ arimi
--------------------------------

Teringin juga hendak belajar daripada pendeta lepasan Harvard, sebab aku ini sikul pun siini-sini seja.

Jadi Amai Jeffrey, berkenaan dengan kerja rumah matematik yang dipaparkan disini, harap-harap boleh disemak dan ditanda betul salahnya.

Kerja rumah #1



Berdasarkan kerja rumah #1 ini memang terdapat masalah. Zaid Ibrahim dan Jeffrey Kitingan. Ada dua 'maverick' berada dalam gerombolan baru yang bakal dikenali sebagai 'Kuasa Ketiga". Ia akan menimbulkan keadaan seperti satu kapal dua nakhoda kerana biasanya 'mustang' politik cuma akan setia kepada diri mereka sendiri.

Kemudian kelihatan pergerakan kumpulan politik yang baru ini adalah menjadikan SNAP dan Sarawak sebagai pengkalan kuasa mereka. Ini belum dikira dengan kemampuan sebenar SNAP di Sarawak ...

Jadi diharap Jeffrey boleh menyemak kerjarumah berikutnya yang lebih mudahi.

Kerjarumah #2



Boleh?

Kalau boleh saya akan tumpang semangkuk.


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Tuesday, February 1, 2011

Jeffrey Kitingan, mau ke mana?

· 0 comments


Sekarang dah sedia ada PBS, Pasok, PBRS; campur UBF ~ hendak dipecahkan lagikah kuasa politik KDM ini.

Nampaknya Dr. Jeffrey mula mengorak langkah melalui landasan politiknya yang baru iaitu United Borneo Front atau singkatannya, UBF.


Pix - freemalaysiatoday

Khabarnya, setakat ini seramai 875 termasuk 16 orang ketua cabang PKR di Sandakan mengikut jejaknya dan memilih untuk keluar parti secara beramai-ramai.

Dilaporkan juga bahawa beliau memilih bulan Mac depan untuk melancarkan partinya secara rasmi. Mengikut beliau “Nanti Mac ini kita akan lancar parti baru kita… parti baru akan bekerjasama dengan SNAP dan Barisan Borneo akan pegang 56 kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak".

Biasanya orang melakukan pecah tanah apabila semua kerja-kerja perancangan telah disediakan termasuk anggaran perbelanjaan dan keputusan sama ada sesuatu projek itu boleh dilaksana atau tidak. Dari hiruk pikuk yang sedang berdengung dengan tempik raung UBF ini, bolehlah dikatakan bahawa mereka sedang melakukan kerja-kerja pecah tanah bagi pembinaan parti baru yang kita belum tahu besar kecilnya serta tinggi rendahnya kelak. Kalau hendak tahu juga kenalah tunggu sehingga menjelangnya bulan Mac nanti.

Mengambilkira hal yang demikian, maka bolehlah ditanya soalan mudah kepada beliau. Mmanalah tahu kalau kena di telinga dan sesuai di mata, boleh juga tumpang semangkuk.

Jadi Amai, kamurang mo pigi mana baini?

Mengikut anggapan ramai, Jeffrey merupakan jenis ahli politik liar yang sukar dijinakkan (maverick politician). Dia berada dalam kelas yang sama seperti Zaid Ibrahim. Mereka hanya sesuai menjadi nombor satu, "numero uno". Sepatutnya dari 1994 lagi jeffrey sudah boleh memikirkan untuk menubuhkan partinya sendiri apabila keluar dari PBS. Ini tidak, beliau malah memilih untuk Akar dan kemudian seperti yang diketahui umum, ia berakhir dengan masalah. Selepas itu masuk sebuah parti lagi iaitu PBRS. Malang ia juga berakhir dengan masalah. Berkampung pula beberapa ketika dalam PKR, tetapi seperti biasa, "gerimis mengundang".

Congak punya congak, diakui menubuhkan parti sendiri adalah langkah terbaik untuk Jeffrey bertarung di arena politik Sabah. Bak kata orang Sabah, "Ni barulah". Bertarung dengan kekuatan sendiri, bersilat dengan bunga dan buah kuntau ciptaan sendiri serta bergentayangan di angkasa politik menggunakan tanpa bertopang dengan orang lain.

Terlalu awal juga jika hendak menilai besar kecilnya kesan impaknya kepada UBF dan PKR yang mungkin berlaku hasil daripada perkembangan terbaru ini.

Beliau merupakan ahli politik veteren yang penuh dengan pengalaman sepak terajang politik negeri Sabah. Seperti kebanyakan ahli politik veteren, sepak mula politik mereka termasuk beliau juga masih tidak terbabas dari acuan klasik sama seperti sepak mula parti PBS pada tahun 1986 dahulu. Seperti PBS, UBF kelihatannya bersinggung siku ke siku mengendeng masyarakat kadazan-dusun-murut KDM sebagai pengkalan kuasanya (powerbase). Ketika ini yang nampak ialah, UBF merupakan pertubuhan yang tertumpu kepada etnik tertentu (ethno-centric) yakni dikuasai dan disasar kepada KDM.

Jadi bagaimana orang lain hendak tumpang sekaki bos?

Tetapi berbanding PBS terdapat sedikit perbezaan juga. 'Letupan' UBF tidak meledak di kawasan Tambunan/ Keningau, tetapi di Sandakan ... kenapa ya?

Mungkin kerana kawasan Keningau-Sook-Tambunan masih merupakan kubu kuat PBS / PBRS. Ini berkaitan dengan pemilihan 'niche' baru pasaran pengkalan kuasanya. Tetapi masalahnya masih bertompok dalam kelompok KDM yang sudah agak tepu kerana ketika ini telah dihurung dengan pelbagai parti politik.

Telah sedia ada PBS, Pasok, PBRS; campur UBF ~ hendak dipecahkan lagikah kuasa politik KDM ini.

Harap-harap ada orang-orang UBF yang membaca artikel ini.
Convince me & I will be with you.


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Siarkan Artikel / Post Article

Anda boleh menyiarkan artikel ke blog ini. Sila hantar sebarang maklumat dan artikel kepada SAYA. Nama samaran dan kerahsiaan dibolehkan, sehingga ke tahap yang dibenarkan oleh undang-undang.
You can post article on this blog, please send info or article to ME. Pseudonym and anonymity are allowed to the extend of which is permissible by law.

Arimi's Followers

Trending Topics

Most Viewed

Arimi ShoutBOX

Arimi BlogList