Tuesday, May 29, 2012

Debat Ayam Harris vs Jeffrey Tak Akan Terjadi

· 3 comments

Sejak dijatuhkan oleh abang Jeffrey, Harris dipencenkan sehingga kini oleh rakyat Sabah dan tidak pernah menang dalam mana-mana jua pun kawasan yang ditandinginya, atas parti apa pun jua. Jeffrey pula  melompat dari satu parti ke satu parti dalam usahanya sendiri untuk mencipta "Kolonialisasi Jeffrey ke atas rakyat Sabah" sebagai Ketua Menteri, juga belum berjaya sehingga ke saat ini.



Kiriman Oleh Awang Tongkol

Tak payahlah hendak dicanangkan lagi kerana debat kedua-dua ahli politik ini tidak akan terjadi. Bak kata orang putih, "NEVER, in zillion years".


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Thursday, May 24, 2012

Betulkah perarakan Bersih 3.0 tempohari menarik 250,000 orang?

· 4 comments

Kalau betul ada, sudah tiba masanya penyokong Bersih mendidik peniaga-peniaga kecil palsu yang telah berminggu-minggu membuat kerja bodoh membuli perempuan ini. Bukan peniaga kecil namanya jika boleh menawarkan cabutan bertuah berhadiahkan dua kereta mewah bernilai lebih sejuta setengah. Menyamarlah sebagai peniaga kecil, 'taiko-taiko' yang di belakang tetap boleh diteka. Ibarat longkang di belakang rumah, dengan menyusuri bau hamis dan hapak ke hulunya, anda akan sampai ke punca paling hujung iaitu Umno, sang desperado. 


Sehingga sekarang tidak ada pula yang berhimpun, menjual burger atau membuat senaman punggung di hadapan rumah Anwar Ibrahim atau Nik Aziz sedangkan mereka juga terlibat dengan perarakan Bersih 3.0. Hendak membuli pun berpilih-pilih, disasarkan kepada mangsa yang paling lemah, seorang wanita Malaysia berbangsa India.


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Saturday, May 12, 2012

Pakatan Rakyat Menang PRU 13, ADUN BN Sabah Melompat Parti

· 7 comments

Pakatan Rakyat dijangka memenangi Pilihanraya Umum Ke-13 di Semenanjung. Ahli-ahli politik BN Sabah akan melompat parti.


Kesimpulan di atas adalah diperolehi berdasarkan satu siri tinjauan di Kota Kinabalu sepanjang minggu lepas.

Tinjauan berkenaan dibuat untuk mengetahui persepsi dan sentimen umum mengenai perkembangan politik semasa di negeri ini di ambang pilihanraya umum Ke-13. Penemuan-penemuan menarik lain adalah seperti yang diperincikan berikut.

1. Pakatan Rakyat (PR) dijangka memenangi Pilihanraya Umum Ke-13 di Semenanjung. 


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

PRU13 SABAH~Undilah Ikut Calon, Bukan Ikut Parti Politik

· 0 comments

Kalau betul-betul Umno BN tumbang di Semenanjung, muka-muka 'malays' Sabah inilah yang akan bersama-sama PR. 

Ke mana terbang bangau kalau bukan ke belakang kerbau.
Ke mana terbang Umno kalau bukan ke FELDA. 



Kubu-kubu kuat Umno yang tinggal ialah kawasan-kawasan Felda. Nampak? Sebab itulah dengan tidak samena-mena keluarkan RM15,000 untuk setiap keluarga Felda. 

Umno sekarang bukan lagi ketua tetapi pengikut.

Pembangkang buat perhimpunan datang 250,000 tanpa menghiraukan sama ada keselamatan terjamin, tidak hirau kena tangkap kah tidak. Umno kemudian mengikut buntut. Buat perhimpunan 'raksaksa' mengingati '66 tahun'. 

Mabukkah apa? 'Umno BARU' didaftar 1987. Usianya baru 25 tahun. 


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Friday, May 11, 2012

Pertama salak, kemudian rayu. Kalau tak boleh juga auta lah~ Umno

· 0 comments

Adakah Malaysia sebenarnya "negara haram"? 

Kalau dari segi politik Machiavelli, UMNO adalah yang terbaik. Sekarang pada peringkat menipu, lantaklah dengan agama atau lain-lain. Yang penting jalan. 


Mula-mula mereka tidak membenarkan perhimpunan. Kemudian memujuk, "ini bukan budaya kita". Akhirnya perhimpunan tersebut berjalan juga jadi kini mereka menipu dengan mengeluarkan fatwa, hukum agama. 

Kenyataan dari mufti-mufti

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah. 

Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria - kewajipan rakyat mentaati titah sultan. 


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Siarkan Artikel / Post Article

Anda boleh menyiarkan artikel ke blog ini. Sila hantar sebarang maklumat dan artikel kepada SAYA. Nama samaran dan kerahsiaan dibolehkan, sehingga ke tahap yang dibenarkan oleh undang-undang.
You can post article on this blog, please send info or article to ME. Pseudonym and anonymity are allowed to the extend of which is permissible by law.

Arimi's Followers

Trending Topics

Most Viewed

Arimi ShoutBOX

Arimi BlogList