Tuesday, July 31, 2012

Bumburing & Lajim, Lepas Ni Siapa Lagi?

· 0 comments

Bumburing merupakan salah seorang pemimpin Sabah yang dikira senior. Sama seperti Lajim, kerjaya politik beliau adalah dicungkil daripada PBS. Lajim kemudian menyertai Umno dan Bumburing bersama-sama Upko sebelum bertindak keluar dan menyokong Pakatan Rakyat melalui Angkatan Perubahan Sabah.


Bukan sesuatu yang rahsia rakyat Sabah terutama pemimpin-pemimpin mereka tidak setia kepada mana-mana parti. Parti bagi ramai pemimpin Sabah sama ada dari pihak Barisan Nasional mahupun pihak pembangkang tidak lebih hanyalah alat untuk memangkin perjuangan. Ia bukan takdir, jodoh ataupun warisan yang memerlukan ketaksuban tanpa sempadan.

(Free Malaysia Today) Bumburing berkata, APS akan bergerak sebagai satu kumpulan jentera membantu Pakatan Rakyat meraih sokongan masyarakat Kadazandusun-Murut (KDM) dan bumiputera lain di Sabah.


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Monday, July 30, 2012

Pembangkang Sabah Bersatu? Langgar Saja Bah!

· 0 comments

"Kalau mahu bersatu, masuklah ke dalam BARISAN NAJIB  kerana di situ ada '1Malaysia'"




(Kemaskini pada 30 Julai, 2012 14.30)


Bertalu-talu dicanang saban hari. Gesaan supaya pembangkang bersatu untuk menghadapi BN di Sabah. Cadangan ini nampak mudah untuk diketengahkan. Idealnya supaya tidak memecahkan undi pembangkang dan akan meningkatkan kemungkinan untuk pembangkang menang dalam kawasan-kawasan yang ditandingi semasa pilihanraya umum nanti.


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Sunday, July 29, 2012

Barisan Nasional Bhg. 1: Politik Takdir, Jodoh dan Warisan

· 0 comments

"Anak-anak bangsa luar nikah tidak akan mendapat tender-tender berjuta-juta ringgit, diutamakan serta merta dalam segala urusan penyiasatan jenayah, salah laku dan rasuah serta dikutuk setiap masa oleh media arus perdana"


Terdapat tiga rona politik yang masih dominan dan ingin dipaksakan oleh Barisan Nasional terhadap rakyat Malaysia di Semenanjung. Rona yang dipalitkan oleh Barisan Nasional sebagai aliran pemikiran golongan tua ini sentiasa jelas tompok dan tonanya di segenap penjuru pemikiran mereka. Ya, tidak ramai yang ingin mengatakan hal ini secara terbuka. Kononnya sensitif. 


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Saturday, July 28, 2012

Sabah: Habuan Untuk Pemenang Pilihanraya

· 3 comments

1KEPUTUSAN: "Bilangan Kerusi Anda Didahulukan, Wang [mungkin] diutamakan"




Tak payah lah Najib dengan bibir nan merahnya bertempik mencanangkan di kaca TV betapa BN menghargai rakyat Sabah. Atau mendabik dada menyatakan betapa selamatnya kawasan simpanan tetap ini kepada mereka dan menyuruh rakyat di pedalaman Sabah untuk berbelanja di kedai rakyat 1Malaysia yang hendak dibuka seluruh ceruk rantau negeri ini.


Sabah bukan tempat simpanan tetap untuk siapa-siapa.


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Friday, July 27, 2012

Keluarga La Kunu, Musa?

· 0 comments

Banyaklah cerita semangat kekeluargaan. Kalau asyik-asyik seorang saja ahli keluarga yang makan sampai dianggap "vacuum cleaner", bagaimana pula perasaan yang lain? 


(BorneoPost) Musa juga telah menolak spekulasi bahawa masalah yang melanda BN Sabah boleh menjejaskan persediaan untuk pilihan raya akan datang, berkata BN akan menghadapinya sebagai sebuah keluarga.


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Thursday, July 26, 2012

Jeffrey - STAR : Nasionalisme A La Apartheid

· 0 comments

Jeffrey Kitingan bukan ketua pembangkang Sabah dan tidak boleh memaksa orang lain mengikut telunjuknya. 


SAPP  telah melalui penjenamaan semula dan sekarang berdiri sebagai parti yang majmuk  untuk mengembalikan hak-hak dan kepentingan politik rakyat Sabah. 


Perjuangan berteraskan nasionalisme sempit mengikut acuan Perikatan / Barisan Nasional yang didominasi oleh Umno telah memenuhi ruang politik negara sejak merdeka.  Gaya ini sebenarnya cenderung dan mirip kepada sistem Apartheid yang pernah diamalkan di Afrika Selatan. Ia merujuk kepada pembingkaian makna kebangsaan, bangsa, perkauman ke dalam ruang pengasingan yang telah ditetapkan. Dasar ini seolah olah mengurung pergerakan politik sesuatu bangsa hanya pada parti-parti yang telah ditetapkan di dalam komponennya. 


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Wednesday, July 25, 2012

Khairy Patut Risaukan Masa Depan Politiknya Sendiri

· 0 comments

"Bapak mantua ekau dah tak Pee Eem dah Kerry, Madey laie satu hal bukan suko ekau jugak"

Membuat andaian prestasi sesebuah parti yang belum pernah memerintah dengan  prestasi sebenar UMNO/BN adalah umpama meludah ke langit, akan kena batang hidung sendiri. Congak sana sini akan membawa satu kesimpulan yang jelas. 

Umno lah yang paling banyak merosakkan negara selama ini. Berbilion-bilion duit negara hilang lesap entah ke mana. 


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Tuesday, July 24, 2012

Menyumbang Kepada Malaysia dengan Membangkang

· 0 comments

Bagaimana pula kalau pembangkang menjadi terlalu kuat? Oii mangkuk! Kalau terlalu kuat, jadilah namanya kerajaan, bukan lagi pembangkang!


Media arus perdana terutamanya alat propaganda kerajaan seperti Utusan Melayu, TV1, TV2 dan  TV3 semakin tidak releven dengan pembangunan negara sekarang ini. Perkara ini bukan soal idealisme, tetapi lebih kepada praktikaliti. Tidak praktikal membelanjakan beratus juta ringgit setiap tahun mempertahankan prasarana media yang hanya menghasilkan berita dengan mutu tercorot di dunia.  Ya, corot tanpa nilai etika kewartawanan yang sepatutnya dengan berita senget sepanjang masa. Gambaran seolah-olah segala-gala yang buruk adalah kepunyaan pembangkang dan hanya kerajaan yang suci, bersih lemak berkrim. 


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Kurang Cerdik, Jeff?

· 0 comments

Kuat sudah bah si Jeff sikarang. Orang-orang STAR merupakan ahli politik Facebook sepenuh masa. Twitter kurang sikit. Tapi orang-orang PBS lebih tau tahu Jeffrey cerdik atau tidak, kan? Politik Jeffrey lahir di PBS. Warna seluar dalam dia masa mula-mula masuk politik pun orang-orang lama PBS seperti Henrynus masih ingat mungkin. Jadi hanya jauhari yang mengenal manikam. Kalau orang PBS kata dia kurang cerdik, maksudnya dia kurang cerdiklah.



(Sabahkini) Henrynus berkata mana-mana ahli politik yang berfikiran waras akan memberikan pujian apabila wajar dipuji dan mengkritik apabila perlu dikritik, bergantung kepada keadaannya. 


Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Lajim & Bumburing Buka langkah

· 0 comments

Silat pulut ka buah silat, kita tengok sapa yang kena. Asal jangan buka langkah seribu nanti. Ehem..., Kak Mah mana, Musa? 



KUALA LUMPUR (Harakah) Tindakan dua tokoh penting politik Sabah membuat pergerakan penting semalam disifatkan bakal menggoncangkan keampuhan kuasa politik Barisan Nasional (BN) di Sabah.




Read more ... / Baca Selanjutnya ...

Siarkan Artikel / Post Article

Anda boleh menyiarkan artikel ke blog ini. Sila hantar sebarang maklumat dan artikel kepada SAYA. Nama samaran dan kerahsiaan dibolehkan, sehingga ke tahap yang dibenarkan oleh undang-undang.
You can post article on this blog, please send info or article to ME. Pseudonym and anonymity are allowed to the extend of which is permissible by law.

Arimi's Followers

Trending Topics

Most Viewed

Arimi ShoutBOX

Arimi BlogList