Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Thursday, January 30, 2020

Siapa teras Warisan? Parti kena jaga penyokong teras tanpa kompromi.

Siapa teras Warisan? Parti kena jaga penyokong teras tanpa kompromi.


1. Ini namanya lantak mati. Kalau tak terima, kami lari.

DAP tidak teragak-agak meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan jika tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), kata Nga Kor Ming.

2. Ini pula lantak azali. Kalau tak undi nanti dah mati kena siksa.

Haji Hadi bersetuju bahawa adalah haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud.

3. Cerita sini pendek saja. Maksudnya parti wajib menjaga penyokong terasnya. Core supporters. Tanpa teras, parti mati. Jadi pada masa-masa tertentu, kenalah lantak mati nak tunjuk bahawa kepentingan teras tetap dijaga.

4. Pas ada penyokong teras.
Itu kena jaga tanpa kompromi.

DAP ada penyokong teras.
Itu kena jaga tanpa kompromi.

UMNO ada penyokong teras.
Itu kena jaga tanpa kompromi.

5. Siapa teras Pas? Orang melayu pas.
Siapa teras DAP? Orang Cina.
Siapa teras UMNO? Orang melayu UMNO.

Nah, itu maksud teras.

6. Sambung ke Sabah pula.

Warisan ada penyokong teras.
Itu kena jaga tanpa kompromi.

Siapa teras Warisan?

Tanya jak. Jangan marah.

 ---
Visit my online archive

Sunday, June 10, 2018

Anwar Ibrahim part 3 - Kisah Gagal Sang Orator

Aku cakap terus terang saja. Ibarat main bola, Anwar pandai mgelecek satu padang. Tapi dia tidak pernah menjaringkan gol. Kamu mungkin tidak suka, tapi aku bercakap dengan fakta.

Anwar tidak pernah sembunyikan hasrat mahu jadi PM. Orang Malaysia juga tahu dia sentiasa merancang untuk menjadi PM. Tetapi selama 3 dekad, rancangannya tidak pernah menjadi. Gagal, gagal, gagal, gagal, gagal, gagal, gagal, gagal dan gagal.

11. Kalau gagal ujian memandu sebanyak 9 kali, orang akan kata Anwar tubal, slow, tidak faham-faham. Tapi kerana dia ialah sang orator ulung orang akan memaafkan setiap kelemahannya.

10. Dek petahnya berkata2, Sang Orator tidak kisah melakukan kesilapan atau kalau perancangannya tidak menjadi. Semua kelemahan itu akan tenggelam dgn kemahirannya menggoncang emosi penyokongnya. Dia buat alasan baru, buat huru hara baru,  itu kemahiran sejati seorang orator ulung.

9. 17 tahun bersama UMNO BN. Besar pengaruh Anwar lebih kurang Tun M. Masa tu di UMNO ceritanya cuma dua. Kalau bukan orang Tun M, itu ialah orang Anwar. Anwar tidak syak lagi ialah calon PM. Itu 20 tahun yg lepas, 1998. Calon PM.

8. Tahun itu dia DITENDANG oleh Tun. Itu ialah kali yg pertama. Gagal.

7. Tahun itu juga, 1998 Anwar mencetuskan gerakan reformasi menentang Tun M. Kalau berjaya, dia bakal menjadi PM. Gagal lagi. Dua kali gagal dengan BN sebagai asas kuasa.

6. Selama 18 tahun berikutnya Anwar berada di pihak pembangkang. Tidak siapa dapat menafikan kehebatan karisma Anwar menyatukan DAP dan Pas di bawah satu pakatan. Gelecek super hebat tetapi tetap tiada jaringan gol.

5. 1999, PRU-10 Anwar Gagal. 2004,  PRU-11 Gagal. 2008,  PRU-12. Gagal. 16 Sep 2008 juga dia mengumumkan bakal mengambil alih kuasa melalui lompatan besar-besaran wakil rakyat BN. Gagal. 2013, PRU-13. Gagal lagi.

4. Tahun 2015, sebelum dipenjara kali kedua Anwar mencuba sasaran yg lebih rendah. Kali ini beliau mahu menjadi Menteri Besar Selangor. Gagal juga.

3. 2018, PRU - 14. Anwar gagal ikut serta kerana berada di penjara. Gagal untuk kali ke-9!

2. Tapi setelah 20 tahun dari 2018, kitaran politiknya lengkap menjadi satu pusingan. 1998, tak ikut cakap, Tun M TENDANG Anwar. 2018, Tun M JANJIKAN Anwar jawatan PM. Dari sini saja orang boleh nampak siapa bos siapa bukan.

1. Ingat, satu pusingan lengkap dalam 20 tahun. Kelemahan Anwar ialah tidak boleh jaringkan gol. Sebaliknya Tun M boleh tendang dia dari jadi PM dan boleh pula janjikan dia jawatan PM.

Sekarang setelah gagal 9 kali betulkah hendak cuba lagi mahu rampas kuasa? Tidak risau kalau kali ini tak ikut cakap Tun,  akan gagal lagi kali ke 10?

Bersambung.

Tolong Share ya. Sharing is DARING :)