Showing posts with label Shafie Apdal. Show all posts
Showing posts with label Shafie Apdal. Show all posts

Monday, September 21, 2020

Shafie dan Filipina

"Orang ini memang mukanya lebih tebal dari kulit babi kalau pasal menembirang" 




WarisanPlus sekarang jauh mendahului Geng dotdot Nasional. 
 Agak-agak berapa jauh? Jauhlah. 

Sekarang sasarannya ialah majoriti dua pertiga. Begitulah jauhnya. 

 1. Pendekatan Dotdot Nasional setakat ini gagal. Menyedari hal ini, mereka mula menjalankan dua senjata terakhir. Senjata ampuh yang mereka biasa guna di semenanjung. 

 2. Pertama, mainkan sentimen bangsa. Mereka bermati-matian mengaitkan Shafie dengan Filipina, kerana keturunannya dan kerana bangsanya. 

 3. Bung Pakiu kata slogan "In God we trust" itu Filipina punya. Loyar buruk. Bung, Rukun Negara yang pertama bunyinya bukan "Kepercayaan Kepada Tuhan" kah? Tak bodoh, dungu. 

 4. Najib sang penyangak yang disabit bersalah (the convicted felon) kata masa BN memerintah, Filipina tidak berani membuat tuntutan kerana mereka hormat. Orang ini memang mukanya lebih tebal dari kulit babi kalau pasal menembirang. 

 5. Tuntutan ke atas Sabah paling rancak tahun 60an dan 70an. Masa Macapagal jadi presiden Filipina siapa memerintah Malaysia. Masa Marcos, sampai berlaku kejadian 'Jabidah massacre' tu siapa pulak memerintah, Warisankah? 

 6. Kalau pasal keturunan, Bapa Kemerdekaan Sabah Allahyarham Tun Mustapha tu apa pula bangsanya? Mustahil orang putih. 

 7. Agak-agaklah kalau mainkan sentimen bangsa. Sabah bukan semenanjung. Keturunan cina, suluk, orang putih, india, kadazan, pashtun dan bajau samah pun pernah jadi KM Sabah. Kalau bajau Semporna pulak yang jadi KM apa yang heran. Awak tak suka ada orang lain yang suka. Dotdot nasional akan gagal mengejar kempen WarisanPlus kalau terus pakai senjata ini. Jadi kalau gagal? 

 8. Ada senjata ampuh kedua dan terakhir boleh diguna. Kalau mahulah. Hambur duit. Malam sebelum mengundi pigi ketuk pintu dari rumah ke rumah. RM300 untuk simpan IC. Sejurus sebelum mengundi jamin akan dikembalikan. 

 Yang penting, bayar dulu duit tambangku mengundi arr... 

 Sudah tiga kali PRU orang UMNO ngap. Haha 

Friday, January 31, 2020

Mari Kongsi-kongsi Makan Kek Shafie


"Kerajaan negeri akan membuat yang terbaik bagi 'menyediakan kek yang lebih besar' untuk orang-orang Sabah demi mempastikan kemakmuran dikongsi oleh rakyat", kata Shafie Apdal.

Terima kasih Datuk Seri Panglima.

1. Perkataan kek maksudnya makanan. Rezeki. Juga bermaksud peluang pekerjaan, yakni peluang untuk menjana pendapatan.

Tapi belum habis tu. Yang paling menarik ialah perkataan selepas itu. Bilangnya untuk dikongsi. Siapa yang tidak mau kalau ada yang mangasi. Jadi semua orang akan dapat saturang sikit.

2. Syukurlah ada kerajaan yang perihatin.

Boleh makan kek.

Nak ulas sikit.

3. Kek lebih besar, kalau dikongsi diantara bilangan penduduk yang sama, maksudnya setiap rakyat akan dapat bahagian yang lebih besar.

Kalau sekarang ini masak seratus kilo kek untuk seratus orang, saturang akan dapat satu kilo.

Warisan masak dua ratus kilo kek lagi untuk seratus orang, saturang akan dapat dua kilo.
Ini adalah manfaat.

4. Tapi kalau masak lima ratus kilo dan tambah lagi 600,000 orang penduduk?

Makan pasir dilo.

----
Visit my online archive

Wednesday, January 22, 2020

Anak Buah Madius Tangau,Tulis Kenyatan Akhbar Pun Tidak Pandai

Anak buah Madius Tangau, tulis kenyataan akhbar pun inda pandai. Macamana mau urus isu PSS?


1. Sapa yg tulis ni? Nampak sangat kelam kabut. Apakah batal. Mana boleh kerajaan negeri batalkan rancangan kerajaan persekutuan. Bgtau la kerajaan negeri memutuskan untuk mencadang supaya rancangan ini tidak diteruskan.
2."Kerajaan Negeri Sabah Batalkan Cadangan Kementerian Dalam Negeri Berkenaan Pas Sementara Sabah
1. Sebentar tadi, YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal mengumumkan keputusan Kerajaan Negeri Sabah agar cadangan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) oleh Kementerian Dalam Negeri dibatalkan.
...
EWON BENEDICK
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah
ADUN Kadamaian
Naib Presiden UPKO"

3. See Bernama report below, and see how the professional writes.
KOTA KINABALU, Jan 22 — The Warisan government of Sabah will propose to the Home Ministry that a highly contentious travel document for foreign immigrants is cancelled.
...
4. See? The report says, to propose. Not to scrap. There is a line of juridiction between state and federal government's power.
5. Sembarang jak ko.
6. Err, takut ker sampai buat U-turn? Ha ha kipidap dongibab

---
Visit my online archive

STAR Sabah, UPKO & Pas: Kuasa Ketiga

Sumbangan Jeffrey Ialah Bikin Shafie Birak Kapur


Sumbangan Madius pula menumbuhkan Jambang Musa Aman

1. Dalam demokrasi kono. Kalau makin maju timbullah sistem dua parti. Di Amerika ada parti Republican, ada Demokrat. Di United Kingdom ada Convervative, ada Labour. Dua parti berkenaan ganti-gantilah, kadang memerintah, kadang membangkang. Malaysia juga dianggap bergerak ke arah dua parti. Barisan dan Pakatan. Gitu. Sekolah dewasa pasal demokrasi.

2. Ada idea yang lebih hebat. Bilangnya ialah wujud kuasa ketiga. The Third force. Apabila dua parti lebih kurang saja kuatnya, yang paling manang ialah kuasa ketiga. Sebab mana-mana yang disokongnya, itulah yang bakal memerintah.

3. Paling bahaya ini kuasa ketiga. Diorang tiada kesetiaan punya. Ibarat lelong, siapa bayar paling tinggi dialah yang punya. Kadang dia sokong sebelah sini, kadang dia sokong sana.

4. Belum faham lagi? Macam STAR Sabahlah. Dua kes sudah ni. Baru-baru ni dorang sokong Barisan. Sebelum tu macam yang kita nampak di PRU14, berabis lawan Barisan. Aii, tiba tiba Jeffrey bertepuk tampar dengan Musa Aman. Dia punya katawa lebarrr, sampai telinga. Terus Shafie malangap bah, macam ayam birak kapur.

5. Belum faham lagi? Macam UPKO bah. Belum habis lagi Musa punya kenduri aii, Madius tiba-tiba sama-sama Shafie. Tarus tabal Musa punya jambang ohh.

6. Belum faham lagi? Naa... untuk pelajaran seterusnya, skodeng lah tu perangai PAS. Selama ini berpakat dengan Barisan sampai dapat kono RM90 juta. Kemudian juta-juta lagi Barisan tolong bayar kos kes Hadi saman Clare di London. Nah, sekarang Hadi dan Dr. Mahathir sudah balik-balik jumpa.

7. Tidak tau lah apa yang dorang cerita. Mungkin mau cerita bagaimana mau daftar pertubuhan nanti kalau sudah sampai akhirat, kita tidak tahu. Tapi tidak syak lagi Pas adalah kuasa ketiga dalam pembikinan. The third force in the making.
---
Visit my online archive

Saturday, May 26, 2018

Pakaian Menteri Warisan Sabah

Menteri2 Sabah yg baru tolong jaga imej sikit ya. Muda, mudalah juga. Tapi pakailah pakaian rasmi semasa bertugas, apa lagi semasa melapor diri ke kementerian.  




Acai, sekarang kau adalah sebahagian dari kerajaan, bukan lagi aktivis parti. Boleh2 kah kerja dengan kemeja putih lepas, dgn seluar gelap body fit. Tiada org brief diakah pasal dress code? Mat Sabu yg sempoi pun tak berani pakai begini tau! 

Mohon terasa.

https://www.facebook.com/arimaubelang/posts/624719584542224