Monday, September 21, 2020

Bung Mokhtar Dah Insaf, Musa Aman Kembali

"Bung Pakiu kata UMNO dah insaf. Pakiu lah, kalau insaf maksudnya memang penyamunlah dulu."

1. Dah seminggu berkempen. Tinggal seminggu lagi. 7 hari. WarisanPlus terus mara, jauh meninggalkan Geng Umno di belakang. Jauhlah, jauh. 

 2 Geng Umno menyedari silap besar membiarkan Bung Pakiu memimpin. Mau tidak mau Musa Aman terpaksa dipanggil balik. Musa pula mau kembali bukan kerana duit, kalau itu dia dah ada banyak. Tak pun TYT, kurang-kurang ADUN dilantik. Kalau menanglah. 



 3. Muhyiddin pula terpaksa berkampung di Sabah. Jalan keliling dengan mock cheque juta-juta. Menakut-nakutkan bahawa Sabah akan papa kedana kalau undi Warisan. 

 4. Ada aku kesahh? Sama ada Warisan atau Geng Umno, Sabah tetap juga akan jadi negeri kedua termiskin. Kelantan dipegang oleh Pas sejak 1990, dah 30 tahun. Negeri termiskin di Malaysia. Sabah pula diperintah oleh BN dari merdeka, dah 57 tahun tak juga maju-maju. Tetap negeri kedua termiskin. Baik cerita pasal lain. 

 5. Bung Pakiu cakap UMNO dah insaf. Pakiu lah, kalau dah insaf maksudnya memang penyamunlah dulu. Kalau sama-sama penyamun insaf, bagus undi Shafie Apdal, dia insaf duluan macam sudah 4 tahun. 

 6. Umno kali ini kena bawak duit lebih sikit. Ramai budak-budak markas UMNO merungut cuma kena bayar RM20 semalam, sana Warisan kena bayar RM200. 

 Duit tambang aku di UMNO pun kena kebas dah 3 kali PRU. Kitaii.. 

 ---- 

 Visit my online archive 

Shafie dan Filipina

"Orang ini memang mukanya lebih tebal dari kulit babi kalau pasal menembirang" 




WarisanPlus sekarang jauh mendahului Geng dotdot Nasional. 
 Agak-agak berapa jauh? Jauhlah. 

Sekarang sasarannya ialah majoriti dua pertiga. Begitulah jauhnya. 

 1. Pendekatan Dotdot Nasional setakat ini gagal. Menyedari hal ini, mereka mula menjalankan dua senjata terakhir. Senjata ampuh yang mereka biasa guna di semenanjung. 

 2. Pertama, mainkan sentimen bangsa. Mereka bermati-matian mengaitkan Shafie dengan Filipina, kerana keturunannya dan kerana bangsanya. 

 3. Bung Pakiu kata slogan "In God we trust" itu Filipina punya. Loyar buruk. Bung, Rukun Negara yang pertama bunyinya bukan "Kepercayaan Kepada Tuhan" kah? Tak bodoh, dungu. 

 4. Najib sang penyangak yang disabit bersalah (the convicted felon) kata masa BN memerintah, Filipina tidak berani membuat tuntutan kerana mereka hormat. Orang ini memang mukanya lebih tebal dari kulit babi kalau pasal menembirang. 

 5. Tuntutan ke atas Sabah paling rancak tahun 60an dan 70an. Masa Macapagal jadi presiden Filipina siapa memerintah Malaysia. Masa Marcos, sampai berlaku kejadian 'Jabidah massacre' tu siapa pulak memerintah, Warisankah? 

 6. Kalau pasal keturunan, Bapa Kemerdekaan Sabah Allahyarham Tun Mustapha tu apa pula bangsanya? Mustahil orang putih. 

 7. Agak-agaklah kalau mainkan sentimen bangsa. Sabah bukan semenanjung. Keturunan cina, suluk, orang putih, india, kadazan, pashtun dan bajau samah pun pernah jadi KM Sabah. Kalau bajau Semporna pulak yang jadi KM apa yang heran. Awak tak suka ada orang lain yang suka. Dotdot nasional akan gagal mengejar kempen WarisanPlus kalau terus pakai senjata ini. Jadi kalau gagal? 

 8. Ada senjata ampuh kedua dan terakhir boleh diguna. Kalau mahulah. Hambur duit. Malam sebelum mengundi pigi ketuk pintu dari rumah ke rumah. RM300 untuk simpan IC. Sejurus sebelum mengundi jamin akan dikembalikan. 

 Yang penting, bayar dulu duit tambangku mengundi arr... 

 Sudah tiga kali PRU orang UMNO ngap. Haha 

PRN Sabah 2020, Undi Perikatan Nasional Demi Pembangunah? Blahblahblah!

 "Yang paling berahi hendak membangun ialah kontraktor-kontraktor belaan Umno. Dah lebih dua tahun kebuluran"


Undilah Perikatan untuk pembangunan, kata Muhyiddin. 

Pembangunan apanya? 



 1. Kubu UMNO di Pitas dah berpuluh tahun pangkah timbangan biru. Dacing forever. Tapi nak masuk internet kena pula panjat pokok. Cadangan aku, pangkahlah kamu lagi sekali. Lepas itu, naik pokok lagi untuk 5 tahun yang akan datang. 

2. Hendak membangunkan Sabah, di semenanjung pun dok auta lagu tu laa. 

3. Kampung orang asli di Slim River, Perak baru dapat penjana elektrik tahun ini, 2020. Itupun pasal PN nak menang PRK. Sebelum tu kot kilatkan dacinglah untuk lampu. 

Dua hari lepas timbul berita. Penduduk Ladang UP di Kedah nak kena bubuh modem atas galah baru dapat internet. 

4. Aku rasa di Sabah sekarang yang paling berahi hendak membangun ialah kontraktor kontraktor belaan Umno. Dah lebih dua tahun kebuluran.

 5. Yang tak tahan lapar awal-awal dah lompat ke Warisan. Yang tak sanggup, lompat ke Bersatu. Dah lompat tak juga dapat-dapat. Lompat balik. Kesian, haha. 

Thursday, February 27, 2020

The Malaise Damaged This Country, Then They BLAME The Chinese.



The malaise damaged this country, then they BLAME the Chinese. But they forgot blaming themselves.

Now, this is malaise mind in majority of Malaysians. I mean the malaise Malaysians that maybe, including even myself.

Puak malaise merosakkan negara ini, kemudian TUDING orang Cina. Tetapi lupa pula menyalahkan diri mereka sendiri.
(Skrol ke bawah untuk Bahasa Melayu)

1. They are in eternal blame game. To blame everyone's else for every discomforts or misfortunes that they encountered in life.

2. They blame Jews for everything. For them Jews are the wicked people and the source of evil, akin to the breeds of Satan.

The problem is that, Jews are hard to find in this country.

3. So in the absence of Jews, they pick on Chinese instead. For them Chinese equally ARE the wicked people and the source of evil, akin to the breeds of Satan.

4 They never grow tired preaching that we should pick up a fight with Chinese in every turn of events. Strangely, they use the infidel-owned social media for their 'noble' cause.

5. It doesn't actually just stopped there. They pray so God casts torment upon the Chinese people. If the torment is nowhere to be found, then they start blaming even GOD.

6. The truth is, Chinese aren't the one that caused heavy damage to our country since independence. That is for sure.

7. It is the malaise leaders, that are the "sons of the soil", did all of them.
They lead the country for so long and using this hatred to keep the power to themselves and, to keep the wealth among themselves.

Not only that.They begot the narrow- minded generation that measures piousness by the thickness of somebody's beard.

8. The wicked one definitely NOT the Chinese. It is the malaise.
----

Puak malaise merosakkan negara ini, kemudian TUDING orang Cina. Tetapi lupa pula menyalahkan diri mereka sendiri.

Ini adalah minda malaise majoriti rakyat Malaysia. Saya maksudkan rakyat Malaysia yang mungkin, malah termasuk diri saya sendiri.

1. Menuding jari selama-lamanya. Menyalahkan orang lain untuk setiap ketidakselesaan atau nasib malang yang mereka hadapi dalam kehidupan.

2. Mereka menyalahkan orang Yahudi untuk segala-galanya. Bagi mereka Yahudi adalah orang jahat dan sumber kejahatan, sama dengan keturunan Syaitan. Masalahnya ialah, orang Yahudi sukar untuk dijumpai di negara ini.

3. Jadi dengan ketiadaan orang Yahudi, mereka beralih kepada orang Cina. Bagi mereka Cina juga ADALAH orang jahat dan sumber kejahatan, sama seperti keturunan Syaitan.

4 Mereka tiada hentinya menghasut supaya kita berlawan dengan orang Cina dalam setiap peristiwa apa pun yang berlaku. Anehnya, mereka menggunakan media sosial yang dimiliki oleh orang kafir untuk tujuan 'mulia' ini.

 5. Belum cukup lagi setakat begitu. Mereka malah berdoa supaya Tuhan menghukum orang Cina. Sekiranya azab itu tidak juga sampai-sampai, mulalah dengan Tuhan, Tuhan sekali disalahkan pula. 

6. Sebenarnya, Cina bukanlah yang menyebabkan kerosakan berat di negara kita sejak merdeka. Itu pasti.

7. Perosaknya adalah pemimpin malaise, iaitu "bumiputera" yang melakukan semuanya. Mereka memimpin negara ini begitu lama dan menggunakan kebencian ini untuk menjaga kuasa untuk diri sendiri dan, untuk menjaga kekayaan sesama sendiri.

 Bukan itu sahaja. Mereka melahirkan generasi berpandangan sempit yang mengukur warak atau tidaknya seseorang melalui tebal tidaknya janggut masing-masing.

8. Penjahat-penjahat itu bukan orang Cina. Itu adalah puak malaise.

Mereka yang kini sedang berusaha keras untuk menendang DAP daripada segmen politik Malaysia.

Merekalah sebenarnya yang merupakan musuh sebenar kita.

Bukan orang Cina.

----
 Visit my online archive

Wednesday, February 26, 2020

UMNO and Pas are VERY, very upset


HIGH NOON IN PUTRAJAYA


UMNO and Pas are VERY, very upset. They throw Atuk out of the window.

So, what do we have today?
It is sideway movement that is, as my friend and I jokingly said yesterday.

So perhaps, there is a never ending negotiatioms among our political war lords with nearly everyone seems to be tight lipped over everything.

Its deafening silence the whole day but, lots of movements took place.

A few things to seems clear though.

1. It safe to say that DAP and Amanah is atuk's fixed deposit while they still courting with PKR. It is the block that stays, sink and swim with atuk as of the moment of writing. And how many of them? 42 + 11, a total of 53.

2. When atuk said he doesn't want to work with UMNO, actually he really meant it. So for any UMNO MPs who want to be with him, they need to do so as individuals, not as part of the party.

3. This stand of course upset UMNO and it's buddy, Pas. How upset they are? Enough to scream that they don't want atuk anymore and prefer fresh election instead. And just how many this block members are? They claimed to have 105 with them. But in reality just about 41+18, which is 59. BN and Pas. So yell as they like, but they aren't going anywhere, to be honest with.

4. PPBM is still trying to convince atuk to be with their way of doing thing. That is, to go along with UMNO and Pas.

5. Where is PKR? Still promoting The Idea. The same idea that Abam should be appointed as the next PM, no one else. They claimed to have 90 with them, including DAP and Amanah.

*Sigh*.

See you tomorrow.
----
 Visit my online archive

Friday, January 31, 2020

Mari Kongsi-kongsi Makan Kek Shafie


"Kerajaan negeri akan membuat yang terbaik bagi 'menyediakan kek yang lebih besar' untuk orang-orang Sabah demi mempastikan kemakmuran dikongsi oleh rakyat", kata Shafie Apdal.

Terima kasih Datuk Seri Panglima.

1. Perkataan kek maksudnya makanan. Rezeki. Juga bermaksud peluang pekerjaan, yakni peluang untuk menjana pendapatan.

Tapi belum habis tu. Yang paling menarik ialah perkataan selepas itu. Bilangnya untuk dikongsi. Siapa yang tidak mau kalau ada yang mangasi. Jadi semua orang akan dapat saturang sikit.

2. Syukurlah ada kerajaan yang perihatin.

Boleh makan kek.

Nak ulas sikit.

3. Kek lebih besar, kalau dikongsi diantara bilangan penduduk yang sama, maksudnya setiap rakyat akan dapat bahagian yang lebih besar.

Kalau sekarang ini masak seratus kilo kek untuk seratus orang, saturang akan dapat satu kilo.

Warisan masak dua ratus kilo kek lagi untuk seratus orang, saturang akan dapat dua kilo.
Ini adalah manfaat.

4. Tapi kalau masak lima ratus kilo dan tambah lagi 600,000 orang penduduk?

Makan pasir dilo.

----
Visit my online archive

Thursday, January 30, 2020

PH Selepas 21 BULAN Memerintah

Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan Negara.

Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan Negara.

Najib - Bapa Kejatuhan UMNO.



Selepas 21 bulan memerintah, PH sekarang berhadapan dengan tugas sukar untuk memulihkan kepercayaan masyarakat kepadanya, kata Lim Kit Siang.

Setuju. Tapi itu kesilapan PH paling besar juga.

1. Selepas 61 tahun, akar kerajaan lama sudah menjalar dan menyucuk semua peringkat jentera pemerintahan, dari yang paling tinggi sampai ke peringkat bawah.
2. Masa itu semua biru. Tak biru tak naik. Sementelaah dah naik pula takkanlah nak turun balik, susah-susah saja. Baiklah istiqomah dengan mengumpul harta untuk tujuh keturunan.
3. Apabila ambilalih dulu, PH tidak cukup cantas. Tunjuk baik konon. Itulah sebabnya PH mengulangi masalah yang sama dihadapi oleh kerajaan Habibie apabila mengambilalih dari Suharto dan Aquino semasa mengambilalih dari Marcos.
4. Witchhunt is the necessary evil. Apabila singa muda berjaya ambilalih kuasa, singa tua akan lari membuang diri. Langkah pertama singa muda lakukan ialah membunuh semua anak-anak singa tua yang masih kecil. Jadi harus mula dengan baka baru. Dulu baka biru, sekarang baka merah. Baka kapal pun boleh.
5. Patut masa itu buat witchhunt habis-habisan. Cantas habis. Masa Sukarno diturunkan, setengah juta orang lesap atas nama "Pembantaian PKI".
6. Sekarang kerajaan PH ibarat lipan. Kepala dah tukar, badan yang panjang masih jalan sendiri-sendiri. Kepala baru golek-golek, badan lama pula merayau tak tentu hala.
7. Nak kata apa lagi, PH tak boleh buat apa-apa pun. Paling senang nampak, Najib Bapa Kejatuhan UMNO. Dialah sumber masalah, dialah yang paling aktif di Facebook. Macam bagoos sedja.
---

Siapa teras Warisan? Parti kena jaga penyokong teras tanpa kompromi.

Siapa teras Warisan? Parti kena jaga penyokong teras tanpa kompromi.


1. Ini namanya lantak mati. Kalau tak terima, kami lari.

DAP tidak teragak-agak meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan jika tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), kata Nga Kor Ming.

2. Ini pula lantak azali. Kalau tak undi nanti dah mati kena siksa.

Haji Hadi bersetuju bahawa adalah haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud.

3. Cerita sini pendek saja. Maksudnya parti wajib menjaga penyokong terasnya. Core supporters. Tanpa teras, parti mati. Jadi pada masa-masa tertentu, kenalah lantak mati nak tunjuk bahawa kepentingan teras tetap dijaga.

4. Pas ada penyokong teras.
Itu kena jaga tanpa kompromi.

DAP ada penyokong teras.
Itu kena jaga tanpa kompromi.

UMNO ada penyokong teras.
Itu kena jaga tanpa kompromi.

5. Siapa teras Pas? Orang melayu pas.
Siapa teras DAP? Orang Cina.
Siapa teras UMNO? Orang melayu UMNO.

Nah, itu maksud teras.

6. Sambung ke Sabah pula.

Warisan ada penyokong teras.
Itu kena jaga tanpa kompromi.

Siapa teras Warisan?

Tanya jak. Jangan marah.

 ---
Visit my online archive

Wednesday, January 29, 2020

Coronavirus Bisnis Manyak Bagus

Coronavirus.
Bisnis tak bagus.
Bisnis manyak bagus.



Huru hara kita oleh penyakit bernama glamer ini.

Corona:
Poket gas yang jarang berlaku pada matahari dan bintang-bintang lain. 
Corona matahari biasanya kelihatan hanya semasa gerhana matahari penuh.

2. Bisnis tak bagus.
Bakal mempengaruhi industri pelancongan Malaysia dengan jangkaan kerugian berjuta-juta ringgit (NST).

3. Sini rugi, sana pula untung.

Setengah hari cari surgical mask. Semua farmasi habis stok. Tengok di Shopee, satu kotak mencecah RM40. Itupun dua minggu baru sampai.

Dari mana order? Oversea.
Mana? China.

China lagi. Sakit pun dari sana, nak cegah pun dari sana jugak.

Setengah hari juga cari hand sanitizer. Dettol habis stok. Dapat la jenama lain besar dua jari, harga RM19.
Habis stok ceritanya.

Kalau ada pun harganya dah naik berlipat ganda. Ingat orang sorok gula, tepung dan minyak masak saja. Mask dan sanitizer pun sama.

Sini rugi, sana pulak untung.
Bisnis manyak bagus.

P.S. Mentang2 aku tulis pasal coronavirus, mask dan sanitizer facebook cakap jual barang.Aku bukan jual barang, tapi jual tambirang.
---
Visit my online archive

Tuesday, January 28, 2020

Bapa tiga anak nekad terjun tingkat lima bangunan Kuhara, Tawau, akibat hutang.


1. Simpati untuk beliau, tambah-tambah lagi untuk anak-anak yang tiga orang tu.

2. Simpati kerana beliau tidak nampak apa-apa lagi jalan untuk keluar dari masalah, kecuali mati.

3. Simpati kerana anak-anak beliau tetap perlu terus makan, walaupun beliau memilih untuk mati.

4. Janganlah sembang kencang bilang kurang iman, inda ingat Tuhan bla bla bla...
Kena tinggal girlfren saja macam penyu sudah muka kamurang pun, manangis dua minggu. Itu belum kira posting balik2 minta ksian di Facebook.

5. Paling simpati juga kerana bila terjun, dia jatuh atas bumbung Proton Saga.

Tidak mati.

Sakit oh.

6. Tumpang simpati kepada pemilik Proton Saga berkenaan. Rosak teruk kereta baliau. Kompom khatam sumpah seranahnya.