Thursday, January 23, 2020

Sipitang Ialah Kubu UMNO

"Sipitang Warisan bah, kamu bilang. Ha ha ha... tolong semak balik. Dr. Yusuf siapa, yang mengundi dia di Sipitang siapa."


Panjang ni, tapi baca sajalah.

1. SIPITANG ialah kawasan Usno, sebelum menjadi kawasan Umno. Umno dahulu, dan masih Umno. Istilahnya kawasan laggard. Sama macam Membakut, Bongawan, Kota Belud dan seangkatannya.
2. Kalau kita fokus ke Sindumin, dari tiga pilihanraya umum sebelum PRU -14, bahagi undi Barisan dan bukan Barisan jelas sangat.
Undi bukan Barisan
PRU 11 (2004) 3,405 undi,
PRU 12 (2008) 3,730 undi dan
PRU 13 (2013) 4,223 undi.
Median undi pembangkang adalah dalam lingkungan 3,730.
3. Inilah rupa undi bukan Barisan di Sindumin yang didominasi oleh Umno dari 2004.
4. Undi bukan Barisan meningkat pada kadar 400-500 setiap 5 tahun. Maksudnya ialah besar kemungkinan pengundi baru, orang-orang muda. Tapi Itu saja ulih pembangkang, kempen berabis sudah.
5. Datang PRU-14 (2018)
Undi bukan Barisan 6,646.
Undi bukan Barisan maksudnya Warisan, iaitu Dr. Yusof.
4,200 itu adalah memang datang dari pembangkang kental Sindumin.
500 mungkin tambahan pengundi baru.
(Tengok data tiga PRU lepas di atas)
Dr. Yusof ialah ahli politik veteran Umno. Sebelum dia menjadi Umno, dia adalah veteren Usno.
Pada PRU-14, undi Umno yang mengikut jejak langkah Dr. Yusof ialah 1,946.
Lebihan 1,946 undi yg memenangkan Warisan itu, ialah undi Umno yang setia dengan beliau.
6. Jadi macam yg saya cakap, Sipitang ialah kubu Umno. Kalau bukan dia yang bertanding hari tu, besar kemungkinan undi pembangkang ialah pada kadar 4,700.
Kalau dia ditukar dengan calon lain yang bukan Umno pada PRU 15, undi Warisan mungkin pada jumlah 5, 000 - 5,500.
Terima kasih kerana membuat ulasan ke atas posting saya.
---
Visit my online archive

No comments: