Monday, January 27, 2020

Penculikan Di Sabah Kenapa Balik-balik BOLOS?

Tambirang Kasang. Yang dikira ialah score tau, bukan cubaan.


1. Perairan di sebelah timur Sabah mengalami cubaan gangguan keselamatan begitu hebat.
2. Dari 2018 hingga sekarang pasukan keselamatan telah menggagalkan 40 cubaan menculik di perairan tujuh daerah Zon Keselamatan Sabah Timur (ESSZone) (Bernama).
3. Kalau main bola, kiraan menang atau kalah mana-mana pasukan bukan dari berapa banyak cubaan dibuat, tapi berapa kali gawang gol dibolosi.
4. Rakyat tidak peduli dengan berapa banyak kes yang gagal. Bagi isu keselamatan, satu kes yang bolos saja adalah mala petaka.
5. Kejadian 11 Sep 2001 di Amerika contohnya, adalah cubaan yang bolos. Kita tidak mau tau berapa banyak cubaan yang berjaya digagalkan di Amerika. Yang bolos itu adalah mala petaka dan jadi igauan ngeri satu dunia.
6. Balik ke Sabah. Dari 2016, 9 kes sudah bolos (Bernama).
Dari 2018 saja, empat kes sudah bolos;
16 Jan 2020 - Penculikan 5 nelayan (astroawani).
06 Dis 2018 - Penculikan 3 orang (Bernama).
11 Sep 2018 - Penculikan 2 orang (bharian).
18 Jun 2018 - Penculikan 11 orang (bernama).
Woii, tido ker sampai bolos balik2?
7. Apekehal nak kira cubaan yang tidak berjaya. Jawapan begitu cuma sesuai kalau dalam mesyuarat. Bila bos tanya, kita auta la dengan segala alasan. Tujuannya supaya punggung nda berasap, telinga pula nda panas.
8. Err,, mungkinkah Barisan boleh mengatasi masalah ini?
Sembang kemain kencang Isham kutuk Mat Sabu pasal penculikan...

---
Visit my online archive

No comments: