Sejak kerajaan PH memerintah
1. Terlampau banyak cakap di media massa. Kedai kopi dengan media sosial itu tak kira lah, sebab sejak azali orang bual mana pandai berhenti kan.
2. Terlampau ramai orang jadi pandai dengan cadangan itu ini. Tengok cadangan yg kitar semula saja kebanyakannya. Saja, mau tunjuk pandai.
3. Najib tiba2 pandai ekonomi. Mengulas isu ekonomi beb! Bekas PM. Entah sesakit mana jiwanya. Rumahnya kena serbu polis, RM114 juta kena angkut dia tak ambil pot. Tapi yg dia komplen ialah pasal cokelatnya kena makan masa serbuan. Cuba cek di hospital bahagia tgok, waras lagi kah...
4. Rakyat tertanya-tanya, bilalah agaknya Najib nak kena reman? Bahan mencurigakan ada di rumah, tak kan nak dibiar begitu saja. Mamat ambik barang dari supermarket harga belas2 ringgit pun kena reman lah.
5. Di Sabah, selain dari isu saman menyaman dan bekukan sementara eksport balak, KM sibuk dengan urusan gajah mati. Gajah? YAB, orang-orang Warisanmu mula sudah kepanasan, bila ehem2 jawatan mau diatur? Dalam politik Sabah tiada sokong percuma tau. Saja hendak bagi ingat, sebelum bom jangka meletup.
6. Barang di FB dan WhatsApp, mula sudah merayap gambar2 orang-orang yg dulunya memang pengampu BN nombor satu, sekarang orang-orang yang sama berada di barisan hadapan mengampu Warisan.
7.Sempena bulan Ramadhan ni, sajalah mau bgtau apa yg aku nampak pasal pengampu. Babi pun kelihatan jauh lebih mulia dari orang2 begini. Sebab, babi boleh berhenti makan kalau sudah kenyang. Pengampu tidak. Dorang memiliki perut lubang hitam tanpa dasar. Boleh melahap sampai mati nda kenyang2.
(Babi ya, bukan khinzir. Ini adalah perkataan asli ciptaan leluhur malayo-polynesia. Terima seadanya. Perkataan ini tidak kesat, tanpa hinaan dan tentunya bagi orang Islam; tidak halal)
K bai
No comments:
Post a Comment