Saturday, June 9, 2018

Anwar Ibrahim part 1 - Sedang Tanda Kawasan

Gelagat anjing jantan paling biasa nampak. Ia lari ke tiang lampu lalu angkat sebelah kaki, tembak. Lepas tu cium tayar kereta tak lama angkat kaki, tembak lagi. Kucing begitu juga. Gesel2 kat langsir dekat TV dan hidu sana sini. Tak lama lepas tu kejang 4 kaki, tembak!

1. Itu perbuatan 'tanda kawasan' bagi binatang wataniah (territorial animal). Maksudnya, "Ini kawasan aku, tak percaya ciumlah bau kencing nun. I was here!"

2. Sebaik diampunkan Anwar terus ke Istana Negara.  Malam tu PH anjurkan rapat umum untuk dia berucap.

3. Anwar memang besar karisma. Juga sang orator yg petah. Dia boleh membakar semangat pendengar dgn ucapannya yg berapi-api.

4. Besoknya kemudian Sang Orator tanpa buang masa  mengadap baju kuning demi baju kuning. Setakat ini sudah 7. Tidak cukup, beliau satu famili ke Kelantan mengadap bonda raja.

5. Langkah ini pasti mengundang tanda tanya besar kepada umum. Anwar adalah ahli politik. Yg patut dihadap serta merta ialah penyokong yg dia belum pernah jumpa sejak 2015. Bukan kuasa luar demokrasi yang menentukan hidup mati politiknya, tapi rakyat jelata.

6. Sang Orator kata PM tahu mengenai hal ini. Dia dalam usaha meyakinkan baju kuning bahawa kedudukan mereka tidak tergugat dalam kerajaan baru PH.

7. Kadir Jasin nampak tidak setuju. Apa yang nak diyakinkan, soal beliau. Baju kuning rasa tergugatkah, tengok macam elok-elok saja. Kerajaan bagi kemudahan tak kurang apa pun, YDP Agong dapat RM257 juta untuk setahun empat bulan.

8. Ya. Jelajah Sang Orator memang mengundang tanda tanya. Akan tetapi, tidak syak lagi dia sedang 'TANDA KAWASAN'.

Bersambung.

Tolong Share ya. Sharing is DARING :)

No comments: