Sunday, January 19, 2020

Kesian Dilo WARISAN!



1. Mari kita membawang. Sebab ibarat kalau keputusan 4D sudah keluar, naaa, paling senang buat ulasan.

2. Sebenarnya saya paling suka menulis dalam bahasa Inggeris. Tujuannya untuk menembirang walaupun Inggeris saya sendiri lintang pukang. Tapi rasanya pengunaan kata-kata adalah lebih singkat, disamping sesuai sangat untuk mengutuk.

3. Masalahnya kawan-kawan saya semua bukannya bertutur dalam bahasa Inggeris. Jadi buang masa ja kan. Miboros malazu sajalah.

4. Kesian dilo Warisan. Ditelan mati Bapak, diluah mati katak, hahaha...

5. Barisan rancang untuk laksanakan Pas Residen Sabah (PRS). Kemudian Warisan rancang Pas Sementara Sabah (PSS). Tukar sikit dari "Residen" ke "Sementara". Kana tiaw kaw2 terus di Kimanis.

6. Macamana Barisan buli sebat Warisan? Dulu Anifah menang 158 majoriti. Ni kali 2029 majoriti.

7. Orang Jaafar Ismail dulu yg 1,300 tatap sukung Barisan ni kali. Sebab ini orang-orang yang macam saya. Orang STAR, SAPP, Sabah for Sabahan.... Masa Barisan dorang membangkang, masa Warisan dorang tidak setuju. Rasanya kalau ada parti lain memerintah pun dorang akan tetap bgitu selama-lamanya.

8. Jadi matematiknya 2029 - (1,300 +158) ada baki 561 penyokong baru Barisan. Ramai jugak ni. Biasanya anak-anak muda luar kawasan. Isunya lebih mudah. Dorang inda suka PATI, PTPTN, peluang pekerjaan, apa-apa saja (ehem2, itu duit tambang sindri mau taw la busku)

9. Pokoknya isu PSS lebih unggul.

10. Jadi bagaimana Warisan menangani hal ini selepas ini. Rasanya diorang tidak tahu, Barisan tidak tahu. Shafie tidak tahu, Mahathir tidak tau, Najib tidak tahu, Rosmah apatahlagi. Kalau namanya politik tabur duit, jangan harap la ada bijak pandai boleh setel isu begini.

11. Que Sera Sera Warisan...

No comments: