Thursday, May 31, 2018

Saluran Paip UMNO dah putus!

1. Belum sampai sebulan bertugas sebagai parti pembangkang, UMNO sudah "memberhentikan penyaluran peruntukan elaun pentadbiran pejabat di peringkat bahagian di seluruh negara".

2. Sebelum ini pihak pengurusan Utusan Melayu, suratkhabar lawak UMNO menjangkakan masa depan kewangan yang suram bagi kakitangannya, seawal Hari Raya Aidilfitri.

4. Itu tandanya paip saluran sudah putus.

5. Kami di Sabah sudah pernah menyaksikan paip saluran yg sudah putus.

6. Dulu ibupejabat parti BERJAYA ialah bangunan dengan theater tercanggih di Asia Tenggara. Kos pembinaan adalah sekitar rm70 juta (lebih kurang RM213 juta pada 2018).

7. Lepas BERJAYA kalah, bangunan ini terlepas kepada Lembaga Letrik Sabah kerana hutang bil letrik berjuta.

8. Kita tengok berapa lama Bangunan UMNO yg gah di Kota Kinabalu ini boleh bertahan...

(Masih tag secara rawak, harap untag jika tidak berkenaan)

https://www.facebook.com/arimaubelang/posts/627234904290692

TABUNG HARAPAN MALAYSIA

TIDAK. Aku TIDAK akan menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia.

Selagi gerombolan penyangak yg bersalah itu masih bebas berkeliaran.

Abu ambil duit Ali kawan serumahnya sebanyak RM20. Dasar tak puasa, Abu kemudian pergi Bazaar Ramadhan beli nasi briyani kambing. Balik rumah melahap tinggal tapau lalu menyandar kekenyangan.
Kemudian datang si Akop, seorang lagi kawan serumah yg tak ada kaitan. Bukan duitnya yg hilang, bukan dia yg curi duit dan bukan pula dia yang x puasa. Tiba2 Akop terus timbul simpati, terus ganti duit Ali.

Akop, kau ganti duit tolong Ali yg hilang RM20, dan dalam masa yg sama TOLONG PERCUMA Abu beli nasi briyani.
2-in-1.

Mengganti wang negara yg hilang itu maksudnya mengganti wang yg disalahguna termasuk untuk membeli cincin, beg tangan, jam tangan, kapal layar mewah, kondominium segala bagai.
Banyak cantik.
Najib, baru cokelat kena makan dah bising.
Kasut cucu najib ikut kena sita dah masuk berita.
Sapa curi, dia patut ganti balik maaa...

(Post ini telah di tag sembarangan saja dgn harapan ada org baca. Kan itu tujuannya kan, utk org baca dan kecam .. Maaf kalau tak suka, harap untagged diri sendiri.)

https://www.facebook.com/arimaubelang/posts/627160600964789

Saturday, May 26, 2018

Pakaian Menteri Warisan Sabah

Menteri2 Sabah yg baru tolong jaga imej sikit ya. Muda, mudalah juga. Tapi pakailah pakaian rasmi semasa bertugas, apa lagi semasa melapor diri ke kementerian.  




Acai, sekarang kau adalah sebahagian dari kerajaan, bukan lagi aktivis parti. Boleh2 kah kerja dengan kemeja putih lepas, dgn seluar gelap body fit. Tiada org brief diakah pasal dress code? Mat Sabu yg sempoi pun tak berani pakai begini tau! 

Mohon terasa.

https://www.facebook.com/arimaubelang/posts/624719584542224

Amboi, Bijak Pandai Zaman Pakatan Harapan

Sejak kerajaan PH memerintah

1. Terlampau banyak cakap di media massa. Kedai kopi dengan media sosial itu tak kira lah, sebab sejak azali orang bual mana pandai berhenti kan.

2. Terlampau ramai orang jadi pandai dengan cadangan itu ini. Tengok cadangan yg kitar semula saja kebanyakannya. Saja, mau tunjuk pandai.

3. Najib tiba2 pandai ekonomi. Mengulas isu ekonomi beb! Bekas PM. Entah sesakit mana jiwanya. Rumahnya kena serbu polis, RM114 juta kena angkut dia tak ambil pot. Tapi yg dia komplen ialah pasal cokelatnya kena makan masa serbuan. Cuba cek di hospital bahagia tgok, waras lagi kah...

4. Rakyat tertanya-tanya, bilalah agaknya Najib nak kena reman? Bahan mencurigakan ada di rumah, tak kan nak dibiar begitu saja. Mamat ambik barang dari supermarket harga belas2 ringgit pun kena reman lah.

5. Di Sabah, selain dari isu saman menyaman dan bekukan sementara eksport balak, KM sibuk dengan urusan gajah mati. Gajah? YAB, orang-orang Warisanmu mula sudah kepanasan, bila ehem2 jawatan mau diatur? Dalam politik Sabah tiada sokong percuma tau. Saja hendak bagi ingat, sebelum bom jangka meletup.

6. Barang di FB dan WhatsApp, mula sudah merayap gambar2 orang-orang yg dulunya memang pengampu BN nombor satu, sekarang orang-orang yang sama berada di barisan hadapan mengampu Warisan.
7.Sempena bulan Ramadhan ni, sajalah mau bgtau apa yg aku nampak pasal pengampu. Babi pun kelihatan jauh lebih mulia dari orang2 begini. Sebab, babi boleh berhenti makan kalau sudah kenyang. Pengampu tidak. Dorang memiliki perut lubang hitam tanpa dasar. Boleh melahap sampai mati nda kenyang2.

(Babi ya, bukan khinzir. Ini adalah perkataan asli ciptaan leluhur malayo-polynesia. Terima seadanya. Perkataan ini tidak kesat, tanpa hinaan dan tentunya bagi orang Islam; tidak halal)

K bai

Sunday, May 13, 2018

Jeffrey Kitingan @ Gapari dan Bayang-bayangnya

Kenyataan paling tidak bertanggungjawab dan membuta tuli dari seorang yg mengaku konon menjadi juara memperjuangkan hak2 Sabah.

Bercakap dalam satu temubual dengan pasukan media partinya, Jeffrey Kitingan berkata pemandangan orang asing berarak dan berdemonstrasi di tengah ibu negeri selesai mengundi 9 Mei memberikannya "gambaran masa depan Sabah" jika dia memilih Warisan:

1. Selesai mengundi maksudnya pukul 5 petang ke atas, besar kemungkinan sebelah malam. Maksudnya suasana sekitar yang kelam dan diterangi oleh limpahan cahaya lampu jalan /kedai.

2. Dalam keadaan begitu bagaimana dia boleh bezakan antara orang cina, kadazan /dusun, murut, lundayeh, bisaya; semua mata sepet saja kebanyakannya. Macamana kita tahu itu adalah orang brunei, bajau, suluk, ubian, kagayan, rata2nya sawo matang. Tapi paling penting ialah;

2. Bagaimana Jeffrey tahu manusia2 yg berhimpun itu adalah orang asing?

Hafez Yamani Musa & Matbali Musah

For the people's sake, lets see what Sipitang and Lumadan freshie's Hafez and Matbali are made of. Hey, are you two just stand there and wait for further instruction from your boss?

Know that the ship is sinking.

Hint, abandon your ship in no time.

Don't overestimate your strength like Jeffrey. Jeffrey? Oh, you know who ...

UMNO BN Di Era Baru

Ditujukan kepada kawan2 penyokong UMNo/BN dengan ucapan, semoga tabah menghadapi masa yg mendatang.

ZAITON SAMEON (Menaruh Harapan):

"Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap
Di hati kecil ku menaruh harapan"















Lirik Penuh Lagu Menaruh Harapan – Zaiton Sameon

Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui
Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohonan rimbun
Bertemu dahan nan rapuh
Dapat ku berteduh
Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap
Di hati kecil ku menaruh harapan
Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu

(Ermm, kalau nda tahan, lompat saja... bukan nda biasa)

Friday, May 11, 2018

Professor Kangkung Setiap Kali PRU

Ahli2 akademik kangkung yang setiap musim PRU tampil berhujah tanpa menghormati nilai2 akademik.

Dengan gelaran berjela2 panjang Prof, Prof Madya Datuk, Dr., Hj., awak sentiasa memilih jalan mudah menolong mengekalkan sentimen masyarakat dengan hujah2 cetek, 'meramal' (secara subtle sebenarnya berkempen) pemerintah sekali lagi akan berkuasa. Lagi, lagi dan lagi sampai nak dengar pun loya tekak...

Setiap kali jugalah, kebodohan awak terserlah. Tapi peduli apa, berbaloi kebodohan ini digantikan dengan pangkat, kemasyhuran dan mungkin duit yg diterima.

Tetapi sekarang bagaimana?

Kebodohan tetap terserlah. Bezanya awak kini cuma duduk terperuk dengan rasa cemas dan mengharap tiada yg buruk bakal terjadi.

#HidupIbaratRoda