Showing posts with label Sipitang. Show all posts
Showing posts with label Sipitang. Show all posts

Thursday, January 23, 2020

Sipitang Ialah Kubu UMNO

"Sipitang Warisan bah, kamu bilang. Ha ha ha... tolong semak balik. Dr. Yusuf siapa, yang mengundi dia di Sipitang siapa."


Panjang ni, tapi baca sajalah.

1. SIPITANG ialah kawasan Usno, sebelum menjadi kawasan Umno. Umno dahulu, dan masih Umno. Istilahnya kawasan laggard. Sama macam Membakut, Bongawan, Kota Belud dan seangkatannya.
2. Kalau kita fokus ke Sindumin, dari tiga pilihanraya umum sebelum PRU -14, bahagi undi Barisan dan bukan Barisan jelas sangat.
Undi bukan Barisan
PRU 11 (2004) 3,405 undi,
PRU 12 (2008) 3,730 undi dan
PRU 13 (2013) 4,223 undi.
Median undi pembangkang adalah dalam lingkungan 3,730.
3. Inilah rupa undi bukan Barisan di Sindumin yang didominasi oleh Umno dari 2004.
4. Undi bukan Barisan meningkat pada kadar 400-500 setiap 5 tahun. Maksudnya ialah besar kemungkinan pengundi baru, orang-orang muda. Tapi Itu saja ulih pembangkang, kempen berabis sudah.
5. Datang PRU-14 (2018)
Undi bukan Barisan 6,646.
Undi bukan Barisan maksudnya Warisan, iaitu Dr. Yusof.
4,200 itu adalah memang datang dari pembangkang kental Sindumin.
500 mungkin tambahan pengundi baru.
(Tengok data tiga PRU lepas di atas)
Dr. Yusof ialah ahli politik veteran Umno. Sebelum dia menjadi Umno, dia adalah veteren Usno.
Pada PRU-14, undi Umno yang mengikut jejak langkah Dr. Yusof ialah 1,946.
Lebihan 1,946 undi yg memenangkan Warisan itu, ialah undi Umno yang setia dengan beliau.
6. Jadi macam yg saya cakap, Sipitang ialah kubu Umno. Kalau bukan dia yang bertanding hari tu, besar kemungkinan undi pembangkang ialah pada kadar 4,700.
Kalau dia ditukar dengan calon lain yang bukan Umno pada PRU 15, undi Warisan mungkin pada jumlah 5, 000 - 5,500.
Terima kasih kerana membuat ulasan ke atas posting saya.
---
Visit my online archive

Tuesday, January 21, 2020

Apa Rancangan Barisan Nasional (UMNO) Dengan PATI Sabah?

Jadi, Apa Rancangan Barisan Nasional dengan PATI?

Mau tanyalah sama Bung Mokhtar dan Zahid Hamidi. Tanya dengan Najib apabarang, dia ni siok main Facebook saja. Tanya dengan Mohamad Alamin apabarang, dia pun sedang tertanya-tanya apa kejadian lepas ni.

1. Timbalan Menteri Luar Indonesia, Mahendra Siregar dilaporkan menuduh bahawa penyelarasan yang lemah oleh pihak berkuasa Malaysia menyebabkan lima nelayan Indon diculik minggu lepas. Penyelarasan lemah. Ineffective coordination. Ada ESScom sudah. Di dalamnya ada tentera laut, ada polis marin, ada maritim. Tapi bilang Siregar, masalah penyelarasan.

2. Terus bikin panas saja ini Indon. Jaga rakyat pun tidak pandai, cakap sembarang lagi. Dia inda tau Sabah ada pesisiran pantai sepanjang 4,328 kilometer. Letak askar saturang satu kilometer pusing dari sana Tambisan sampai Kuala Mengalong, itu pun mau2 juga 4,328 orang tau.

3. Tapi bukan. Mahendra Siregar bukannya cakap sembarang ikut sedap mulut. Sanggup dorang berperang dengan China kalau pasal jaga pantai.

4. Dorang punya pantai laagi panjang. 81,000 kilometer panjang. Negara Indonesia hampir semuanya pulau sepulau2, tolak la kalimantan, Irian dan pulau Timor.

5. Kalau bilang pengalaman, Indonesia lebih berpengalaman jaga pantai yang begitu panjang, berganda-ganda panjang dari pantai Sabah. Lagipun Sabah bukannya pulau. Borneo pulau, tapi Sabah bukan. Di antara Kuala Mengalong di Sipitang dan Pulau Sibatik di Tawau, itu daratan yang mangantas dari Mendulong ke Nabawan, Tenom, Sook hinggalah ke Kalabakan di sebelah sana.

6. Jadi laut tidak boleh jaga, daratan pun belum tentu boleh jaga. Lanun boleh senang-senang menculik, PATI senang-senang datang dan pergi.

Jadi balik asal, Barisan sekarang apa rancangan? Kokok bukan main tu hari, sampai taduduk Warisan.
---
Visit my online archive

Monday, January 20, 2020

Habis Cerita Kimanis.

Ceria2 pagi Isnin. Move on. Tiada lagi saya cerita pasal Kimanis lepas ni.

1. Kimanis bukan penting. ATM pun tiada di Membakut.

2. Yang bertanding pun bukan penting. Mohammad bukan orang penting di Barisan, Karim pun bukan orang penting di Warisan.

3. Orang-orang di Kimanis lambat berubah, Warisan kenalah bersabar. Azis Jamman janganlah mendabik dada sangat. Sipitang, Membakut, Bongawan, Usukan ..., ini adalah kubu Usno di sebelah pantai barat dari awal merdeka. Bila orang Sabah pilih BERJAYA, dorang tetap Usno. Bila orang Sabah pilih PBS, mereka tetap dengan Usno. Bila Usno tukar ke Umno, naa... diorang ikut ka Umno. Bila orang Sabah pilih Warisan, dorang tetap Umno.

4. Sipitang Warisan bah, kamu bilang. Ha ha ha... tolong semak balik. Dr. Yusuf siapa, yang mengundi dia di Sipitang siapa.
---
Visit my online archive