Showing posts with label PATI. Show all posts
Showing posts with label PATI. Show all posts

Thursday, January 23, 2020

MAS, Syarikat Penerbangan Terbodoh Di Dunia!

Tutup saja ini Kompani Penerbangan Paling Bodoh di Dunia.

1. MAS memerlukan RM21 billon untuk beroperasi sampai 2025 (MalayMail).

2. RM4.2 billion setahun.

3.Nanti keluarlah lagi skema kenyataan. Ini adalah syarikat pengangkutan kebangsaan dan kebanggaan negara.Ia mempunyai tanggungjawab sosial untuk Sabah dan Sarawak.

4. Hehh. Tutuplah ini kompani. Tutup. Tubal Airlines System bukan Malaysia Airlines System. Balik2 Sabah jadi kambing hitam. PATI punya masalah inda pandai setel2. Ini satu kompani rugi pun Sabah juga yang salah.

5. Bukan kebanggaan negara. Ini ialah kompani kemaluan negara. Tahun 1971, MSA pecah jadi Singapore International Airlines dan Malaysia International Airlines. SIA untung. MAS rugi.

6. AirAsia bermula dengan 3 kapal sekenhen yang dibeli dari MAS saja. AirAsia untung, MAS rugi.

7. Tanggungjawab sosial untuk Sabah?
Kalau betul kenapa tutup penerbangan ke Long Pasia dulu.

8. Lagipun kalau setakat KK-Lahad Datu, tanpa flight pun okay bah. Kamiorang punya PATI tidak pakai kapaltarabang pun macam lebih 600,000 orang juga sampai sini.

9. Apa la punya bangang Khazanah kalau bagi lagi RM21 billion. Kalau betul2 mau tanggungjawab sosial, tu RM21 bilion cukup bah utk bikin jalanraya yang baik dari Simpang Mangayau Ke Pontianak dan mangantas ke Tarakan pusing ke Nabawan. Dan panjang. Dan bertar. Lebih baik dari piara satu kompani yang tidak pandai untung-untung.

---
Visit my online archive

Wednesday, January 22, 2020

Madius Tangau bilang Hantar PATI ke Negara Ketiga

Madius bilang Hantar PATI ke Negara Ketiga.


1. Madius Tangau kata (MalaysiaKini) kalau negara asal tidak mahu menerima mereka, kemungkinan lain seperti menghantar pelarian ke negara ketiga mestilah diambilkira dan diteliti.

2. Kan, inilah si Madius. Sumbangan terbesarnya setakat ini menyebabkan Musa Aman tumbuh jambang satu muka. Ahmad Maslan in the making.

3. Kalau sebut negara ketiga. Tidak mungkin maksudnya ialah Vietnam, Laos, Kemboja atau Indonesia. Atau Brunei, Singapura atau China. Buat apa dorang susah2 mau ambil PATI yang, negara asal dorang sendiri pun tidak mahu.

4. Ini adalah pelarian ekonomi, bukan pelarian politik. Dorang datang sebab perbezaan ekonomi, di Sabah lebih baik dari tempat asal mereka.

5. Selain itu mudah untuk keluar masuk. Kalau bilang macam Korea Utara, asal dorang masuk tembak, keluar pun tembak, kompom dorang tidak datang.

6. Jadi negara ketiga tu maksudnya bukan macam yang kita sebut di atas tadi. Kira2 macam Australia, Amerika dan Kanada.

7. Ehh, siok tu. Daripada negara kita susah2 menaja PATI untuk jadi penduduk di negara maju, baiklah taja rakyat sendiri yang berminat untuk pindah ke sana.
8. Kau ni Madius, susah2 saja. Orang asal Sabah pun mau bah pindah sana kalau negara sendiri yang taja.

Saya pun mau.

---
Visit my online archive

Sunday, January 19, 2020

Kimanis: Checkmate Warisan!

Checkmate, Warisan!

1. Bau kekalahan Warisan hangat masih. Macam terpijak taik ayam, dari jauh pun masih tersengot2 hidu sana hidu sini. Nahh, taik ayam. Kompom.

2. Checkmate. Saya semak dengan Pakcik Google, bilangnya "Semak Pasangan". Boley lah, Semak pasangan.

3. Warisan dan pasangannya PSS. Ini ibaratnya macam Najib dan pasangannya, Rosmah. Apa saja yang Rosmah suruh buat, Najib kena. Malang sungguh.

3. Barisan rancang buat PRS. Warisan rancang PSS. Warisan kena.

4. Kalau teruskan PSS, Warisan kena. Sebab isu ini pembangkang boleh jual punya, laku di pasaran. Tambah malang sebab ramai pemimpin2 utama Warisan dari sebelah Pantai Timur. Aziz Jamman cakap apa pun, cerita tak jalan punya.

5. Kalau tangguh PSS, Warisan kena. Rakyat Sabah ni macam2 ada. Yang menyokong Warisan dan bersaudara dengan PATI pun ramai. Itu bah, yang sejuta dapat IC dulu tu berapa ramai yg sekarang menyokong Warisan, rasanya ada saudara mara dorang yg sekarang dikelaskan sebagai PATI. Jadi kalau tangguh memang kena tiaw juga.

6. Ikutlah bah stail Barisan. Diam2 saja, bagi IC. Dulu boleh bagi satu juta IC, kenapa pula sekarang tidak berani. Macam yang saya tulis sebelum ini. Kalau ikut Singapura, Sabah masih boleh tampung sampai setengah bilion penduduk.

7. Jadi kono dapatlah satu juta rakyat baru yang sah. Kami macam biasa, akan terima saja. Tiada demonstrasi, tiada rusuhan dan tiada letup sana sini. Dulu tiada masalah pun. Tambah sejuta lagi pun apa juga masalahnya, kan?

8. Jadi Sabah bolehlah menyambung legasi menjadi "Simpanan Tetap Warisan" macam era Barisan dolo2.

8. Ehh, kejap ya. Betulkah kalau bagi IC lagi boleh selesai masalah PATI? Hari tu bagi IC satu juta orang, sekarang masih ada 600 ribu orang yang namanya PATI. Bagi lagi 600 ribu IC, nanti kalau datang lagi 600 ribu apa macam?

9. Jadi macam kata pakcik Google, semak pasangan, Warisan!

Barisan Nasional Menang PRK Kimanis

Sukurla manang. (Kalah RM10)

Dengan kemenangan ini selesailah masalah PATI, kita yakin dengan kemampuan BN dalam menyelesaikan masalah ini sejak merdeka.

Selalu orang cakap tingu Singapura, naa tingu Singapura, maju.

Ya bha, kita ikut Singapura apa salah.

Keluasan baru 725km, penduduk 5.6 juta orang. Congak la. Kepadatan penduduk 7,724 orang satu km persegi.

Paling bagus kita sambung bagi IC macam dolo2.

1994 kasi 1 juta IC, lepas ni kasi lagi kasi lagi 1 juta small matter.

Sabah luas maa...

Sabah keluasan 73,904km persegi. Jadi ikut la kepadatan Singapura 7,724 orang dalam sekilometer persegi. Naaa Sabah masi muat sampai 565 juta penduduk.

Setengah billion.
Harap maklum.

Sunday, May 13, 2018

Jeffrey Kitingan @ Gapari dan Bayang-bayangnya

Kenyataan paling tidak bertanggungjawab dan membuta tuli dari seorang yg mengaku konon menjadi juara memperjuangkan hak2 Sabah.

Bercakap dalam satu temubual dengan pasukan media partinya, Jeffrey Kitingan berkata pemandangan orang asing berarak dan berdemonstrasi di tengah ibu negeri selesai mengundi 9 Mei memberikannya "gambaran masa depan Sabah" jika dia memilih Warisan:

1. Selesai mengundi maksudnya pukul 5 petang ke atas, besar kemungkinan sebelah malam. Maksudnya suasana sekitar yang kelam dan diterangi oleh limpahan cahaya lampu jalan /kedai.

2. Dalam keadaan begitu bagaimana dia boleh bezakan antara orang cina, kadazan /dusun, murut, lundayeh, bisaya; semua mata sepet saja kebanyakannya. Macamana kita tahu itu adalah orang brunei, bajau, suluk, ubian, kagayan, rata2nya sawo matang. Tapi paling penting ialah;

2. Bagaimana Jeffrey tahu manusia2 yg berhimpun itu adalah orang asing?