Showing posts with label Tabung Harapan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Tabung Harapan Malaysia. Show all posts

Saturday, June 2, 2018

Kutuk-Kutuk Tabung Harapan Malaysia

1. Makin heboh pasal Tabung Harapan Malaysia. Kelmarin dah kutip RM18 juta, tahniah rakyat Malaysia. Kalau kesiankan Najib, bolehlah pakai sedikit duit tabung ni untuk ganti balik cokelatnya yg kena makan masa serbuan polis tempohari.

2.Aku tidak persoalkan kemurnian tujuan kutipan derma. Sekarang kita berada di bulan Ramadhan. Ia adalah sesuatu yg amat patriotik. Ia simbol kesatuan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

3.Perkara ini pernah dibuat dulu.  Semasa Perang Dunia Kedua orang2 Cina di seberang laut telah mengutip derma lebih RM350 juta (lebih kurang RM4.9 bilion pada tahun 2018) untuk dihantar pulang membantu negara China. 1988 rakyat Korea telah mengutip derma emas bernilai RM2.1 bilion (lebih kurang RM4.5 bilion pada tahun 2018)  untuk memulihkan ekonomi negara mereka. 

4.Lagipun ini adalah perkara sukarela. Hendak dermakah tidak, tepuk dada tanya selera.

5. Tapi aku tetap TIDAK menderma.

6. Murnikah tidak, patriotikkah tidak itu perkara lain. Ini lebih kepada soal peribadi nilai yang aku percayai. Bagi aku orang yang bersalah dalam salahguna kuasa, salahguna wang, menyebabkan kecederaan ekonomi serta punca hutang negara berjumlah RM1 trilion itu patut dibawa ke muka pengadilan dengan segera. Lepas tu baru cerita derma keluar.

7. Kalau di Jepun, orang2 yg terlibat patut melakukan seppuku untuk menebus dosa dan mengembalikan maruah diri, keluarga dan keturunan mereka. Bunuh diri!

6. Yg paling kuat mengutuk pasal ialah orang-orang UMNO BN. KJ pun bertatih2 hendak ke depan. Orang Pas pun ada. Tak malu ke? Pemimpin awak dan rakan2 subahat awak yg menyebabkan kemusnahan. Awak tak ada ide pun bagaimana hendak membaiki kecederaan ekonomi negara. Sekarang pula, bila orang dah mula cari jalan keluar, awak mengutuk bagai nak rak.

#TabungHarapanMalaysia

Thursday, May 31, 2018

TABUNG HARAPAN MALAYSIA

TIDAK. Aku TIDAK akan menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia.

Selagi gerombolan penyangak yg bersalah itu masih bebas berkeliaran.

Abu ambil duit Ali kawan serumahnya sebanyak RM20. Dasar tak puasa, Abu kemudian pergi Bazaar Ramadhan beli nasi briyani kambing. Balik rumah melahap tinggal tapau lalu menyandar kekenyangan.
Kemudian datang si Akop, seorang lagi kawan serumah yg tak ada kaitan. Bukan duitnya yg hilang, bukan dia yg curi duit dan bukan pula dia yang x puasa. Tiba2 Akop terus timbul simpati, terus ganti duit Ali.

Akop, kau ganti duit tolong Ali yg hilang RM20, dan dalam masa yg sama TOLONG PERCUMA Abu beli nasi briyani.
2-in-1.

Mengganti wang negara yg hilang itu maksudnya mengganti wang yg disalahguna termasuk untuk membeli cincin, beg tangan, jam tangan, kapal layar mewah, kondominium segala bagai.
Banyak cantik.
Najib, baru cokelat kena makan dah bising.
Kasut cucu najib ikut kena sita dah masuk berita.
Sapa curi, dia patut ganti balik maaa...

(Post ini telah di tag sembarangan saja dgn harapan ada org baca. Kan itu tujuannya kan, utk org baca dan kecam .. Maaf kalau tak suka, harap untagged diri sendiri.)

https://www.facebook.com/arimaubelang/posts/627160600964789