Showing posts with label A. Kadir Jasin. Show all posts
Showing posts with label A. Kadir Jasin. Show all posts

Sunday, June 10, 2018

Anwar Ibrahim part 2 - Perancang Yang Buruk

Politik saban hari penuh dgn kata2 hebat dan manis. Boleh kencing manis dibuatnya. Juga sendat dgn maki hamun, kenyataan dua muka dan fitnah. Semua diucap untuk menggoncang emosi orang awam, bukan utk santapan akal yg waras.

10. Tengok saja Zahid Hamidi. Sebelum PRU 14 siap kutuk Tun M sebagai s/o  Iskandar Kutty. Dua hari lepas pula macam bagus saja melawat Tun M di Putrajaya.

9. Jadi Anwar sebaik keluar penjara perlu buat dua kerja. Pertama, mesti tanda kawasan. Kedua, mesti pastikan yg  orang tahu dia sibuk menanda kawasannya.

8. Dia umpama lipas kudung jalan sana sini, jumpa baju kuning demi baju kuning.

7. Tujuan wataniah (territorial aim) Sang Orator ialah utk bagi mesej jelas kepada Tun M bahawa, "Sekarang aku sudah bebas,  aku sedia jadi PM, aku tuntut janji, bila kau mau turun?".

6. Tetapi gerakannya terlalu agresif. Timbul ribut persepsi di kalangan penyokong PH. Timbul harapan di kalangan penyokong UMNO BN (UBN). Timbul syak wasangka baru rakyat terhadap pihak baju kuning.

5. Anwar dengan sokongan raja-raja melayu mahu menyokong mahu merampas kuasa, ramal Pak Pandir.

4. Anwar kelihatan seperti komisar (broker kuasa) komunis, kutuk Pak Kadir.

3. Anwar kelihatan sedang merancang sesuatu, rakyat menduga. PKR hendak bergabung dengan UMNO dan Pas, kata penyokong UBN.

2. PKR (49 kerusi) campur UMNO (54 kerusi) bersama Pas (18 kerusi). Itu sudah 121 kerusi. Kerajaan baru sebelum Julai 2018, kata tukang kopi dan penjual kangkung.

1. Begitu had Anwar. Karismatik. Sang orator petah berkata-kata. Penggegar emosi. Penggoncang negeri. Tapi dia juga adalah perancang yg buruk.

Bersambung.

Tolong Share ya. Sharing is DARING :)

Saturday, June 9, 2018

Anwar Ibrahim part 1 - Sedang Tanda Kawasan

Gelagat anjing jantan paling biasa nampak. Ia lari ke tiang lampu lalu angkat sebelah kaki, tembak. Lepas tu cium tayar kereta tak lama angkat kaki, tembak lagi. Kucing begitu juga. Gesel2 kat langsir dekat TV dan hidu sana sini. Tak lama lepas tu kejang 4 kaki, tembak!

1. Itu perbuatan 'tanda kawasan' bagi binatang wataniah (territorial animal). Maksudnya, "Ini kawasan aku, tak percaya ciumlah bau kencing nun. I was here!"

2. Sebaik diampunkan Anwar terus ke Istana Negara.  Malam tu PH anjurkan rapat umum untuk dia berucap.

3. Anwar memang besar karisma. Juga sang orator yg petah. Dia boleh membakar semangat pendengar dgn ucapannya yg berapi-api.

4. Besoknya kemudian Sang Orator tanpa buang masa  mengadap baju kuning demi baju kuning. Setakat ini sudah 7. Tidak cukup, beliau satu famili ke Kelantan mengadap bonda raja.

5. Langkah ini pasti mengundang tanda tanya besar kepada umum. Anwar adalah ahli politik. Yg patut dihadap serta merta ialah penyokong yg dia belum pernah jumpa sejak 2015. Bukan kuasa luar demokrasi yang menentukan hidup mati politiknya, tapi rakyat jelata.

6. Sang Orator kata PM tahu mengenai hal ini. Dia dalam usaha meyakinkan baju kuning bahawa kedudukan mereka tidak tergugat dalam kerajaan baru PH.

7. Kadir Jasin nampak tidak setuju. Apa yang nak diyakinkan, soal beliau. Baju kuning rasa tergugatkah, tengok macam elok-elok saja. Kerajaan bagi kemudahan tak kurang apa pun, YDP Agong dapat RM257 juta untuk setahun empat bulan.

8. Ya. Jelajah Sang Orator memang mengundang tanda tanya. Akan tetapi, tidak syak lagi dia sedang 'TANDA KAWASAN'.

Bersambung.

Tolong Share ya. Sharing is DARING :)

Thursday, June 7, 2018

A. Kadir Jasin Cumalah Seorang Leftenan

Satu entri di blog Dato' A. Kadir Jasin mengatakan kerajaan menanggung perbelanjaan YDP Agong sebanyak RM257 juta dalam 16 bulan terakhir sehingga April 2018. Berbelanja sebanyak RM16 juta sebulan.

8. Tidak sampai dua hari, sudah tiga laporan polis telah dibuat ke atas Kadir, seorang blogger dan wartawan veteran yang terkenal. Ketua Polis Negara juga mengatakan bahawa dia akan disiasat atas perkara ini.

7. Bagi pembaca yang tidak kenal siapa Kadir, dia ialah bekas ketua pengarang akhbar New Strait Times, seorang blogger aktif dan adalah jurucakap Majlis Penasihat Kerajaan (Council of Elders / Eminent Persons) sejak bulan lepas.

6. Kadir juga adalah salah seorang anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM).

5. Lebih dari itu, dia penyokong setia Tun Mahathir sejak dulu. Kalau diibaratkan Tun M adalah panglima, Kadir pula adalah leftenan. Dia secara konsisten mempertahankan Tun yang dilanyak habis-habisan oleh cybertrooper UMNO semasa Najib masih berkuasa.

4. Balik kepada cerita entri blognya, semua ini adalah cerita wayang tinggi. Data terpilih begini diperolehi dengan kebenaran peringkat tinggi Kementerian Kewangan, di bawah YB Lim Guan Eng. Tidak mustahil pula data begini diminta oleh Majlis Penasihat Negara, yang diketuai oleh Tun Daim.

3. Orang biasa kau aku, bukan asal selak penyata boleh nampak si anu si anu boleh belanja banyak mana, kan? Kalau boleh, aku pun mau juga tengok Rosmah belanja banyak mana dalam 16 bulan yang lepas.

2. Maksudnya? Maksudnya Kadir tidak bertindak bersendirian di sini. Sudah ku bilang, dia hanyalah leftenan, dan  melaksanakan apa yang dperintahkan oleh Sang Panglima.

1. Maksudnya? Bukti akal panjang Panglima yang aksinya sukar diduga, "Kadiaq, hang pi cuit sikit  baju kuning, sebab dah dua kali dok tangguh kerja aku"

(Kadir, kau cuit sikit tu baju kuning, sebab dua kali sudah kasi tangguh aku punya kerja)

Silakan share. Sharing is daring :)