Showing posts with label STAR Sabah. Show all posts
Showing posts with label STAR Sabah. Show all posts

Wednesday, January 22, 2020

STAR Sabah, UPKO & Pas: Kuasa Ketiga

Sumbangan Jeffrey Ialah Bikin Shafie Birak Kapur


Sumbangan Madius pula menumbuhkan Jambang Musa Aman

1. Dalam demokrasi kono. Kalau makin maju timbullah sistem dua parti. Di Amerika ada parti Republican, ada Demokrat. Di United Kingdom ada Convervative, ada Labour. Dua parti berkenaan ganti-gantilah, kadang memerintah, kadang membangkang. Malaysia juga dianggap bergerak ke arah dua parti. Barisan dan Pakatan. Gitu. Sekolah dewasa pasal demokrasi.

2. Ada idea yang lebih hebat. Bilangnya ialah wujud kuasa ketiga. The Third force. Apabila dua parti lebih kurang saja kuatnya, yang paling manang ialah kuasa ketiga. Sebab mana-mana yang disokongnya, itulah yang bakal memerintah.

3. Paling bahaya ini kuasa ketiga. Diorang tiada kesetiaan punya. Ibarat lelong, siapa bayar paling tinggi dialah yang punya. Kadang dia sokong sebelah sini, kadang dia sokong sana.

4. Belum faham lagi? Macam STAR Sabahlah. Dua kes sudah ni. Baru-baru ni dorang sokong Barisan. Sebelum tu macam yang kita nampak di PRU14, berabis lawan Barisan. Aii, tiba tiba Jeffrey bertepuk tampar dengan Musa Aman. Dia punya katawa lebarrr, sampai telinga. Terus Shafie malangap bah, macam ayam birak kapur.

5. Belum faham lagi? Macam UPKO bah. Belum habis lagi Musa punya kenduri aii, Madius tiba-tiba sama-sama Shafie. Tarus tabal Musa punya jambang ohh.

6. Belum faham lagi? Naa... untuk pelajaran seterusnya, skodeng lah tu perangai PAS. Selama ini berpakat dengan Barisan sampai dapat kono RM90 juta. Kemudian juta-juta lagi Barisan tolong bayar kos kes Hadi saman Clare di London. Nah, sekarang Hadi dan Dr. Mahathir sudah balik-balik jumpa.

7. Tidak tau lah apa yang dorang cerita. Mungkin mau cerita bagaimana mau daftar pertubuhan nanti kalau sudah sampai akhirat, kita tidak tahu. Tapi tidak syak lagi Pas adalah kuasa ketiga dalam pembikinan. The third force in the making.
---
Visit my online archive

Monday, January 20, 2020

STAR, SAPP, Geng Sabah for Sabahan Paling Kuat Melalak

Geng-geng pembangkang paling bising ialah dari STAR, SAPP, Sabah for Sabahan.

1. Ehh, sudah2 lah bilang kamurang menang dalam isu PSS.
2. Buka mata baik2.
3. Yang menang ialah Barisan, Itu pun bukan menang dalam ertikata yang betul. Bukan berjaya menawan satu lagi kawasan Warisan, tetapi cuma berjaya mempertahankan kawasan dorang sendiri.

4. Yang bikin malu, kamurang ikut TUI saja.

5. Kamurang punya orang PRU 14 tu hari ialah si Jaafar, dia dapat undi 1,300.

6. Kalau ikhlas berjuang, patut nikali kamu pun suruh Jafar ikut bertanding. Tengok berapa dia dapat. Kalau dia boleh dapat contoh 1,400 undi pun, bolehlah kamurang jaja naaa, tingu, kami berjaya dapat tambahan undi 100.

7. Walaupun tatap los deposit, boleh masih berbangga. Ini ayam orang punya, betting pun tidak, orang manang kamu ikut bersorak.

8. Ksian oh
---
Visit my online archive

Sunday, January 19, 2020

Kesian Dilo WARISAN!



1. Mari kita membawang. Sebab ibarat kalau keputusan 4D sudah keluar, naaa, paling senang buat ulasan.

2. Sebenarnya saya paling suka menulis dalam bahasa Inggeris. Tujuannya untuk menembirang walaupun Inggeris saya sendiri lintang pukang. Tapi rasanya pengunaan kata-kata adalah lebih singkat, disamping sesuai sangat untuk mengutuk.

3. Masalahnya kawan-kawan saya semua bukannya bertutur dalam bahasa Inggeris. Jadi buang masa ja kan. Miboros malazu sajalah.

4. Kesian dilo Warisan. Ditelan mati Bapak, diluah mati katak, hahaha...

5. Barisan rancang untuk laksanakan Pas Residen Sabah (PRS). Kemudian Warisan rancang Pas Sementara Sabah (PSS). Tukar sikit dari "Residen" ke "Sementara". Kana tiaw kaw2 terus di Kimanis.

6. Macamana Barisan buli sebat Warisan? Dulu Anifah menang 158 majoriti. Ni kali 2029 majoriti.

7. Orang Jaafar Ismail dulu yg 1,300 tatap sukung Barisan ni kali. Sebab ini orang-orang yang macam saya. Orang STAR, SAPP, Sabah for Sabahan.... Masa Barisan dorang membangkang, masa Warisan dorang tidak setuju. Rasanya kalau ada parti lain memerintah pun dorang akan tetap bgitu selama-lamanya.

8. Jadi matematiknya 2029 - (1,300 +158) ada baki 561 penyokong baru Barisan. Ramai jugak ni. Biasanya anak-anak muda luar kawasan. Isunya lebih mudah. Dorang inda suka PATI, PTPTN, peluang pekerjaan, apa-apa saja (ehem2, itu duit tambang sindri mau taw la busku)

9. Pokoknya isu PSS lebih unggul.

10. Jadi bagaimana Warisan menangani hal ini selepas ini. Rasanya diorang tidak tahu, Barisan tidak tahu. Shafie tidak tahu, Mahathir tidak tau, Najib tidak tahu, Rosmah apatahlagi. Kalau namanya politik tabur duit, jangan harap la ada bijak pandai boleh setel isu begini.

11. Que Sera Sera Warisan...