Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Monday, September 21, 2020

Shafie dan Filipina

"Orang ini memang mukanya lebih tebal dari kulit babi kalau pasal menembirang" 




WarisanPlus sekarang jauh mendahului Geng dotdot Nasional. 
 Agak-agak berapa jauh? Jauhlah. 

Sekarang sasarannya ialah majoriti dua pertiga. Begitulah jauhnya. 

 1. Pendekatan Dotdot Nasional setakat ini gagal. Menyedari hal ini, mereka mula menjalankan dua senjata terakhir. Senjata ampuh yang mereka biasa guna di semenanjung. 

 2. Pertama, mainkan sentimen bangsa. Mereka bermati-matian mengaitkan Shafie dengan Filipina, kerana keturunannya dan kerana bangsanya. 

 3. Bung Pakiu kata slogan "In God we trust" itu Filipina punya. Loyar buruk. Bung, Rukun Negara yang pertama bunyinya bukan "Kepercayaan Kepada Tuhan" kah? Tak bodoh, dungu. 

 4. Najib sang penyangak yang disabit bersalah (the convicted felon) kata masa BN memerintah, Filipina tidak berani membuat tuntutan kerana mereka hormat. Orang ini memang mukanya lebih tebal dari kulit babi kalau pasal menembirang. 

 5. Tuntutan ke atas Sabah paling rancak tahun 60an dan 70an. Masa Macapagal jadi presiden Filipina siapa memerintah Malaysia. Masa Marcos, sampai berlaku kejadian 'Jabidah massacre' tu siapa pulak memerintah, Warisankah? 

 6. Kalau pasal keturunan, Bapa Kemerdekaan Sabah Allahyarham Tun Mustapha tu apa pula bangsanya? Mustahil orang putih. 

 7. Agak-agaklah kalau mainkan sentimen bangsa. Sabah bukan semenanjung. Keturunan cina, suluk, orang putih, india, kadazan, pashtun dan bajau samah pun pernah jadi KM Sabah. Kalau bajau Semporna pulak yang jadi KM apa yang heran. Awak tak suka ada orang lain yang suka. Dotdot nasional akan gagal mengejar kempen WarisanPlus kalau terus pakai senjata ini. Jadi kalau gagal? 

 8. Ada senjata ampuh kedua dan terakhir boleh diguna. Kalau mahulah. Hambur duit. Malam sebelum mengundi pigi ketuk pintu dari rumah ke rumah. RM300 untuk simpan IC. Sejurus sebelum mengundi jamin akan dikembalikan. 

 Yang penting, bayar dulu duit tambangku mengundi arr... 

 Sudah tiga kali PRU orang UMNO ngap. Haha 

Monday, January 27, 2020

Penculikan Di Sabah Kenapa Balik-balik BOLOS?

Tambirang Kasang. Yang dikira ialah score tau, bukan cubaan.


1. Perairan di sebelah timur Sabah mengalami cubaan gangguan keselamatan begitu hebat.
2. Dari 2018 hingga sekarang pasukan keselamatan telah menggagalkan 40 cubaan menculik di perairan tujuh daerah Zon Keselamatan Sabah Timur (ESSZone) (Bernama).
3. Kalau main bola, kiraan menang atau kalah mana-mana pasukan bukan dari berapa banyak cubaan dibuat, tapi berapa kali gawang gol dibolosi.
4. Rakyat tidak peduli dengan berapa banyak kes yang gagal. Bagi isu keselamatan, satu kes yang bolos saja adalah mala petaka.
5. Kejadian 11 Sep 2001 di Amerika contohnya, adalah cubaan yang bolos. Kita tidak mau tau berapa banyak cubaan yang berjaya digagalkan di Amerika. Yang bolos itu adalah mala petaka dan jadi igauan ngeri satu dunia.
6. Balik ke Sabah. Dari 2016, 9 kes sudah bolos (Bernama).
Dari 2018 saja, empat kes sudah bolos;
16 Jan 2020 - Penculikan 5 nelayan (astroawani).
06 Dis 2018 - Penculikan 3 orang (Bernama).
11 Sep 2018 - Penculikan 2 orang (bharian).
18 Jun 2018 - Penculikan 11 orang (bernama).
Woii, tido ker sampai bolos balik2?
7. Apekehal nak kira cubaan yang tidak berjaya. Jawapan begitu cuma sesuai kalau dalam mesyuarat. Bila bos tanya, kita auta la dengan segala alasan. Tujuannya supaya punggung nda berasap, telinga pula nda panas.
8. Err,, mungkinkah Barisan boleh mengatasi masalah ini?
Sembang kemain kencang Isham kutuk Mat Sabu pasal penculikan...

---
Visit my online archive

Sunday, January 19, 2020

Barisan Nasional Menang PRK Kimanis

Sukurla manang. (Kalah RM10)

Dengan kemenangan ini selesailah masalah PATI, kita yakin dengan kemampuan BN dalam menyelesaikan masalah ini sejak merdeka.

Selalu orang cakap tingu Singapura, naa tingu Singapura, maju.

Ya bha, kita ikut Singapura apa salah.

Keluasan baru 725km, penduduk 5.6 juta orang. Congak la. Kepadatan penduduk 7,724 orang satu km persegi.

Paling bagus kita sambung bagi IC macam dolo2.

1994 kasi 1 juta IC, lepas ni kasi lagi kasi lagi 1 juta small matter.

Sabah luas maa...

Sabah keluasan 73,904km persegi. Jadi ikut la kepadatan Singapura 7,724 orang dalam sekilometer persegi. Naaa Sabah masi muat sampai 565 juta penduduk.

Setengah billion.
Harap maklum.

Sunday, May 13, 2018

Jeffrey Kitingan @ Gapari dan Bayang-bayangnya

Kenyataan paling tidak bertanggungjawab dan membuta tuli dari seorang yg mengaku konon menjadi juara memperjuangkan hak2 Sabah.

Bercakap dalam satu temubual dengan pasukan media partinya, Jeffrey Kitingan berkata pemandangan orang asing berarak dan berdemonstrasi di tengah ibu negeri selesai mengundi 9 Mei memberikannya "gambaran masa depan Sabah" jika dia memilih Warisan:

1. Selesai mengundi maksudnya pukul 5 petang ke atas, besar kemungkinan sebelah malam. Maksudnya suasana sekitar yang kelam dan diterangi oleh limpahan cahaya lampu jalan /kedai.

2. Dalam keadaan begitu bagaimana dia boleh bezakan antara orang cina, kadazan /dusun, murut, lundayeh, bisaya; semua mata sepet saja kebanyakannya. Macamana kita tahu itu adalah orang brunei, bajau, suluk, ubian, kagayan, rata2nya sawo matang. Tapi paling penting ialah;

2. Bagaimana Jeffrey tahu manusia2 yg berhimpun itu adalah orang asing?