"Orang ini memang mukanya lebih tebal dari kulit babi kalau pasal menembirang"
WarisanPlus sekarang jauh mendahului Geng dotdot Nasional.
Agak-agak berapa jauh? Jauhlah.
Sekarang sasarannya ialah majoriti dua pertiga. Begitulah jauhnya.
1. Pendekatan Dotdot Nasional setakat ini gagal. Menyedari hal ini, mereka mula menjalankan dua senjata terakhir. Senjata ampuh yang mereka biasa guna di semenanjung.
2. Pertama, mainkan sentimen bangsa. Mereka bermati-matian mengaitkan Shafie dengan Filipina, kerana keturunannya dan kerana bangsanya.
3. Bung Pakiu kata slogan "In God we trust" itu Filipina punya. Loyar buruk. Bung, Rukun Negara yang pertama bunyinya bukan "Kepercayaan Kepada Tuhan" kah? Tak bodoh, dungu.
4. Najib sang penyangak yang disabit bersalah (the convicted felon) kata masa BN memerintah, Filipina tidak berani membuat tuntutan kerana mereka hormat.
Orang ini memang mukanya lebih tebal dari kulit babi kalau pasal menembirang.
5. Tuntutan ke atas Sabah paling rancak tahun 60an dan 70an. Masa Macapagal jadi presiden Filipina siapa memerintah Malaysia. Masa Marcos, sampai berlaku kejadian 'Jabidah massacre' tu siapa pulak memerintah, Warisankah?
6. Kalau pasal keturunan, Bapa Kemerdekaan Sabah Allahyarham Tun Mustapha tu apa pula bangsanya? Mustahil orang putih.
7. Agak-agaklah kalau mainkan sentimen bangsa.
Sabah bukan semenanjung. Keturunan cina, suluk, orang putih, india, kadazan, pashtun dan bajau samah pun pernah jadi KM Sabah. Kalau bajau Semporna pulak yang jadi KM apa yang heran. Awak tak suka ada orang lain yang suka.
Dotdot nasional akan gagal mengejar kempen WarisanPlus kalau terus pakai senjata ini. Jadi kalau gagal?
8. Ada senjata ampuh kedua dan terakhir boleh diguna. Kalau mahulah.
Hambur duit. Malam sebelum mengundi pigi ketuk pintu dari rumah ke rumah. RM300 untuk simpan IC. Sejurus sebelum mengundi jamin akan dikembalikan.
Yang penting, bayar dulu duit tambangku mengundi arr...
Sudah tiga kali PRU orang UMNO ngap. Haha
No comments:
Post a Comment