Friday, January 31, 2020

Mari Kongsi-kongsi Makan Kek Shafie


"Kerajaan negeri akan membuat yang terbaik bagi 'menyediakan kek yang lebih besar' untuk orang-orang Sabah demi mempastikan kemakmuran dikongsi oleh rakyat", kata Shafie Apdal.

Terima kasih Datuk Seri Panglima.

1. Perkataan kek maksudnya makanan. Rezeki. Juga bermaksud peluang pekerjaan, yakni peluang untuk menjana pendapatan.

Tapi belum habis tu. Yang paling menarik ialah perkataan selepas itu. Bilangnya untuk dikongsi. Siapa yang tidak mau kalau ada yang mangasi. Jadi semua orang akan dapat saturang sikit.

2. Syukurlah ada kerajaan yang perihatin.

Boleh makan kek.

Nak ulas sikit.

3. Kek lebih besar, kalau dikongsi diantara bilangan penduduk yang sama, maksudnya setiap rakyat akan dapat bahagian yang lebih besar.

Kalau sekarang ini masak seratus kilo kek untuk seratus orang, saturang akan dapat satu kilo.

Warisan masak dua ratus kilo kek lagi untuk seratus orang, saturang akan dapat dua kilo.
Ini adalah manfaat.

4. Tapi kalau masak lima ratus kilo dan tambah lagi 600,000 orang penduduk?

Makan pasir dilo.

----
Visit my online archive

No comments: