Thursday, August 27, 2015

Mari Belajar Mengedit Gambar Dengan GIMP ~part 2

Sudah muat turun GIMP dari semalam? Kalau sudah bah, apa lagi. Ini kali lah kita kasi lintang pukang gambar. 

PERCUMA belajar inda payah bayar :)

Kalau belum, sila muat turun dulu. Cari di Google menggunakan kata kunci 'GIMP' untuk versi rasmi. Ada satu lagi versi yang tidak perlu dipasang, terus boleh pakai. Cari di Google juga menggunakan kata kunci 'GIMP PortableApps'. Bila sudah siap dipasang (instalasi), klik ikon GIMP di Desktop atau dari Menu Mula. Tunggu ia dilancarkan sampai habis. Memang akan lambat untuk dibuka kali pertama. Sabar... 

Dah buka. Tutorial kita akan berpandukan gambar yang disertakan ini. 


a) Lihat bahagian paling atas gambar. 

GIMP akan dibuka dengan tiga tetingkap sekali gus.

Tetingkap kiri merupakan kotak peralatan (Toolbox). Di sini ada tersedia berbagai peralatan. Yang boleh nampak pembuat kekotak, pembuat bulatan, lasso, gunting dan sebagainya. 

Tetingkap tengah merupakan ruang kerja kosong, sebab kita belum pun memulakan apa-apa kerja. 

Tetingkap kanan merupakan kotak lapisan (Layers). Ini merupakah bahagian yang sangat penting bagi kerja pengeditan profesional. Dengan adanya kotak ini, kita boleh bekerja mengedit gambar pada lapisan-lapisan yang berbeza. Maksudnya, kita boleh mengabungkan banyak gambar sebagai lapisan yang berasingan yang kemudiannya akan digabungkan sebagai hasil kerja nanti.

 b) Beralih kepada bahagian tengah gambar. 

Kita mulakan kerja mengedit dengan membuat ruang kerja baru. Dari menu tarik turun (pulldown menu), arahkan tetikus ke File, kemudian klik 'New ...' Satu tetingkap kecil 'Create a New Image' akan terpapar. Ia akan meminta saiz ruang kerja yang anda mahukan dalam 'px' (pixel), bukan dalam inci atau cm. Nyatakan saiz yang anda perlu, dalam tutorial ini kita nyatakan Lebar (width) 3200 x Tinggi (Height) 2800 px. Kemudian tekan OK.

c) Bahagian bawah gambar. 

Satu ruang kerja baru akan di bentuk. Inilah tempat kerja (bengkel) kita untuk mengedit gambar. Ruang kerja ini haruslah disimpan supaya boleh dicapai pada bila-bila masa yang diperlukan. Untuk menyimpan, klik menu tarik turun 'File', pilih 'save' atau 'save as...' dan taip nama fail yang diingini. Ruang kerja ini akan disimpan otomatik di dalam format .xcf. 

Selamat mencuba :)

Mari Belajar Mengedit Gambar dengan GIMP ~part 1

Hampir semua orang pernah mengedit gambar dari telefon bimbit. Itu yang paling mudah. Sentuh sana, sentuh sini nahh... siap. Luarbiasa cantik dan hensem. Muda dua puluh lima tahun smile emoticon

PERCUMA! FREE ! MARI BELAJAR MENGEDIT GAMBAR DENGAN GIMP ~001

Bukan itu saja lah.


Mengedit Gambar (Photo Editing) adalah kemahiran yang amat berguna untuk sentuhan, penambahbaikan, peningkatan kualiti, serta pemuliharaan gambar yang perlu untuk hampir kepada semua orang.

Jurugambar yang profesional biasanya menggunakan Adobe Photoshop.

Tapi saya hanya menggunakan GIMP dari dulu sampai sekarang sama ada untuk tujuan profesional dan suka-suka. Itu saja. Dulu pernahlah Photoshop dan memang mudah. Tetapi saya kemudian beralih kepada GIMP kerana banyak sebab. Di antaranya ialah kerana perisian ini adalah percuma dan sesuai dipasang di komputer yang tidak berkuasa tinggi. Kalau tidak percaya, cubalah pasang Photoshop di Netbook. Siap menanak nasi, Photoshopnya belum lagi habis diluncurkan. Dah habis keluar, netbook gantung pulak.

Jadi bagaimana mencari GIMP? Cari saja di Google menggunakan katakunci 'GIMP', muat turun, pasang dan terus gunakan. Lebih senang, link GIMP boleh di klik di SINI .

Berminat? Mari bersama-sama saya belajar ..., percuma saja bah.

Sedikit setiap hari.