1. Aku harap Tun M 2.0 boleh mengulangi kegemilangan dan memacu negara ke arah yg lebih baik dari zaman Najib.
2. Terus terang, aku bukan peminat Tun M dari dulu. Stail pemerintahannya 1981-2003 memang kuku besi.
3. Tun M pun mengaku dia diktator. Cuma yg selalu dia cakap, dia satu-satunya diktator yg berhenti secara sukarela. Betul!
4. Dia memang menindas pembangkang, berlori-lori kena tangkap masa operasi lalang 1987.
5. Ketua Menteri Sabah digilir-gilirnya setiap 2 tahun setengah. Sampai sekarang Sabah ada paling ramai bekas Ketua Menteri.
6. Dia bagi kerakyatan kepada 1 juta penduduk baru Sabah dan mereka ini memang menjadi simpanan tetap BN sampai 9 Mei 2018.
7. Tapi aku tetap menghormatinya kerana akalnya panjang. Beliau memang sangat bijak. Dia adalah raksasa politik (political beast) sejati. Tegas dan kurang sekali menindas rakyat jelata.
8. Apapun baik buruk natijah politiknya sebelum ini, itu semua sudah lama berlalu.
9. Dalam politik, tempoh 20 tahun atau 15 tahun lepas adalah zaman purba. Itu ibarat zaman "Uda makan tembaga". Apa tidaknya, ramai orang-orang BN yg ku kenal dulunya papa kedana sudah menjadi kaya raya dalam tempoh itu. Buat rugi saja kalau aku masih memandang kebelakang.
10. Dia menseragamkan waktu Malaysia dan masih dipakai sampai sekarang. Harga petrol RM1.10 seliter, Diesel RM0.60 sen bertahun-tahun tak naik-naik. Biasiswa untuk melanjutkan pelajaran bersepah. Banyak lagi, tak kuasa aku nak sebut.
11. Paling penting, Tun M bijak menangani ketegangan. Dia tidak mengelak dari berdepan dengan masyarakat seperti mana Najib mengelak dalam kes 1MDB.
(Bersambung)
No comments:
Post a Comment