Tuesday, June 5, 2018

Tommy Thomas, Dan Ayam Pun Bertelurlah

1. Tahniah kepada En. Tommy Thomas kerana perlantikan sebagai peguam negara yang baru.

2. Heboh sekampung bagai nak rak, macam ayam hendak bertelur.

3. Dia bukan Islam. Dia bukan melayu. Kerajaan PH menyokong liberalisme agama. Dia tidak mahir undang-undang jenayah. Dia tidak tahu undang-undang syariah. Dia peguam mendiang Chin Peng.
Dia Peguam Lim Guan Eng.

4. Satu yang orang segan nak sebut. Dia sebenarnya juga peguam Allahyarham Tn Guru Datuk Nik Aziz suatu ketika dulu.

5. Dia peguam yang bagus, sudah tentulah ramai orang mahukan perkhidmatannya.

6. Peguam negara sebelum ini, Apandi Ali Islam. Melayu. Dialah juga yang bersekongkol cuba menutup bangkai 1MDB dengan nyiru.

7. Tutup boleh yo! Tapi alamak bau tengiknya tular satu dunia sampai Najib tumbang. Lepas tumbang bolehlah Najib santai2 makan cokelat kegemarannya.


No comments: