Sudah muat turun GIMP dari semalam? Kalau sudah bah, apa lagi. Ini kali lah kita kasi lintang pukang gambar.
PERCUMA belajar inda payah bayar :)
Kalau belum, sila muat turun dulu. Cari di Google menggunakan kata kunci 'GIMP' untuk versi rasmi. Ada satu lagi versi yang tidak perlu dipasang, terus boleh pakai. Cari di Google juga menggunakan kata kunci 'GIMP PortableApps'.
Bila sudah siap dipasang (instalasi), klik ikon GIMP di Desktop atau dari Menu Mula. Tunggu ia dilancarkan sampai habis. Memang akan lambat untuk dibuka kali pertama. Sabar...
Dah buka. Tutorial kita akan berpandukan gambar yang disertakan ini.
a) Lihat bahagian paling atas gambar.
GIMP akan dibuka dengan tiga tetingkap sekali gus.
Tetingkap kiri merupakan kotak peralatan (Toolbox). Di sini ada tersedia berbagai peralatan. Yang boleh nampak pembuat kekotak, pembuat bulatan, lasso, gunting dan sebagainya.
Tetingkap tengah merupakan ruang kerja kosong, sebab kita belum pun memulakan apa-apa kerja.
Tetingkap kanan merupakan kotak lapisan (Layers). Ini merupakah bahagian yang sangat penting bagi kerja pengeditan profesional. Dengan adanya kotak ini, kita boleh bekerja mengedit gambar pada lapisan-lapisan yang berbeza. Maksudnya, kita boleh mengabungkan banyak gambar sebagai lapisan yang berasingan yang kemudiannya akan digabungkan sebagai hasil kerja nanti.
b) Beralih kepada bahagian tengah gambar.
Kita mulakan kerja mengedit dengan membuat ruang kerja baru.
Dari menu tarik turun (pulldown menu), arahkan tetikus ke File, kemudian klik 'New ...'
Satu tetingkap kecil 'Create a New Image' akan terpapar. Ia akan meminta saiz ruang kerja yang anda mahukan dalam 'px' (pixel), bukan dalam inci atau cm. Nyatakan saiz yang anda perlu, dalam tutorial ini kita nyatakan Lebar (width) 3200 x Tinggi (Height) 2800 px. Kemudian tekan OK.
c) Bahagian bawah gambar.
Satu ruang kerja baru akan di bentuk.
Inilah tempat kerja (bengkel) kita untuk mengedit gambar.
Ruang kerja ini haruslah disimpan supaya boleh dicapai pada bila-bila masa yang diperlukan. Untuk menyimpan, klik menu tarik turun 'File', pilih 'save' atau 'save as...' dan taip nama fail yang diingini. Ruang kerja ini akan disimpan otomatik di dalam format .xcf.
Selamat mencuba :)