Monday, September 21, 2020

Bung Mokhtar Dah Insaf, Musa Aman Kembali

"Bung Pakiu kata UMNO dah insaf. Pakiu lah, kalau insaf maksudnya memang penyamunlah dulu."

1. Dah seminggu berkempen. Tinggal seminggu lagi. 7 hari. WarisanPlus terus mara, jauh meninggalkan Geng Umno di belakang. Jauhlah, jauh. 

 2 Geng Umno menyedari silap besar membiarkan Bung Pakiu memimpin. Mau tidak mau Musa Aman terpaksa dipanggil balik. Musa pula mau kembali bukan kerana duit, kalau itu dia dah ada banyak. Tak pun TYT, kurang-kurang ADUN dilantik. Kalau menanglah. 



 3. Muhyiddin pula terpaksa berkampung di Sabah. Jalan keliling dengan mock cheque juta-juta. Menakut-nakutkan bahawa Sabah akan papa kedana kalau undi Warisan. 

 4. Ada aku kesahh? Sama ada Warisan atau Geng Umno, Sabah tetap juga akan jadi negeri kedua termiskin. Kelantan dipegang oleh Pas sejak 1990, dah 30 tahun. Negeri termiskin di Malaysia. Sabah pula diperintah oleh BN dari merdeka, dah 57 tahun tak juga maju-maju. Tetap negeri kedua termiskin. Baik cerita pasal lain. 

 5. Bung Pakiu cakap UMNO dah insaf. Pakiu lah, kalau dah insaf maksudnya memang penyamunlah dulu. Kalau sama-sama penyamun insaf, bagus undi Shafie Apdal, dia insaf duluan macam sudah 4 tahun. 

 6. Umno kali ini kena bawak duit lebih sikit. Ramai budak-budak markas UMNO merungut cuma kena bayar RM20 semalam, sana Warisan kena bayar RM200. 

 Duit tambang aku di UMNO pun kena kebas dah 3 kali PRU. Kitaii.. 

 ---- 

 Visit my online archive 

Shafie dan Filipina

"Orang ini memang mukanya lebih tebal dari kulit babi kalau pasal menembirang" 




WarisanPlus sekarang jauh mendahului Geng dotdot Nasional. 
 Agak-agak berapa jauh? Jauhlah. 

Sekarang sasarannya ialah majoriti dua pertiga. Begitulah jauhnya. 

 1. Pendekatan Dotdot Nasional setakat ini gagal. Menyedari hal ini, mereka mula menjalankan dua senjata terakhir. Senjata ampuh yang mereka biasa guna di semenanjung. 

 2. Pertama, mainkan sentimen bangsa. Mereka bermati-matian mengaitkan Shafie dengan Filipina, kerana keturunannya dan kerana bangsanya. 

 3. Bung Pakiu kata slogan "In God we trust" itu Filipina punya. Loyar buruk. Bung, Rukun Negara yang pertama bunyinya bukan "Kepercayaan Kepada Tuhan" kah? Tak bodoh, dungu. 

 4. Najib sang penyangak yang disabit bersalah (the convicted felon) kata masa BN memerintah, Filipina tidak berani membuat tuntutan kerana mereka hormat. Orang ini memang mukanya lebih tebal dari kulit babi kalau pasal menembirang. 

 5. Tuntutan ke atas Sabah paling rancak tahun 60an dan 70an. Masa Macapagal jadi presiden Filipina siapa memerintah Malaysia. Masa Marcos, sampai berlaku kejadian 'Jabidah massacre' tu siapa pulak memerintah, Warisankah? 

 6. Kalau pasal keturunan, Bapa Kemerdekaan Sabah Allahyarham Tun Mustapha tu apa pula bangsanya? Mustahil orang putih. 

 7. Agak-agaklah kalau mainkan sentimen bangsa. Sabah bukan semenanjung. Keturunan cina, suluk, orang putih, india, kadazan, pashtun dan bajau samah pun pernah jadi KM Sabah. Kalau bajau Semporna pulak yang jadi KM apa yang heran. Awak tak suka ada orang lain yang suka. Dotdot nasional akan gagal mengejar kempen WarisanPlus kalau terus pakai senjata ini. Jadi kalau gagal? 

 8. Ada senjata ampuh kedua dan terakhir boleh diguna. Kalau mahulah. Hambur duit. Malam sebelum mengundi pigi ketuk pintu dari rumah ke rumah. RM300 untuk simpan IC. Sejurus sebelum mengundi jamin akan dikembalikan. 

 Yang penting, bayar dulu duit tambangku mengundi arr... 

 Sudah tiga kali PRU orang UMNO ngap. Haha 

PRN Sabah 2020, Undi Perikatan Nasional Demi Pembangunah? Blahblahblah!

 "Yang paling berahi hendak membangun ialah kontraktor-kontraktor belaan Umno. Dah lebih dua tahun kebuluran"


Undilah Perikatan untuk pembangunan, kata Muhyiddin. 

Pembangunan apanya? 



 1. Kubu UMNO di Pitas dah berpuluh tahun pangkah timbangan biru. Dacing forever. Tapi nak masuk internet kena pula panjat pokok. Cadangan aku, pangkahlah kamu lagi sekali. Lepas itu, naik pokok lagi untuk 5 tahun yang akan datang. 

2. Hendak membangunkan Sabah, di semenanjung pun dok auta lagu tu laa. 

3. Kampung orang asli di Slim River, Perak baru dapat penjana elektrik tahun ini, 2020. Itupun pasal PN nak menang PRK. Sebelum tu kot kilatkan dacinglah untuk lampu. 

Dua hari lepas timbul berita. Penduduk Ladang UP di Kedah nak kena bubuh modem atas galah baru dapat internet. 

4. Aku rasa di Sabah sekarang yang paling berahi hendak membangun ialah kontraktor kontraktor belaan Umno. Dah lebih dua tahun kebuluran.

 5. Yang tak tahan lapar awal-awal dah lompat ke Warisan. Yang tak sanggup, lompat ke Bersatu. Dah lompat tak juga dapat-dapat. Lompat balik. Kesian, haha.