Monday, September 21, 2020

Bung Mokhtar Dah Insaf, Musa Aman Kembali

"Bung Pakiu kata UMNO dah insaf. Pakiu lah, kalau insaf maksudnya memang penyamunlah dulu."

1. Dah seminggu berkempen. Tinggal seminggu lagi. 7 hari. WarisanPlus terus mara, jauh meninggalkan Geng Umno di belakang. Jauhlah, jauh. 

 2 Geng Umno menyedari silap besar membiarkan Bung Pakiu memimpin. Mau tidak mau Musa Aman terpaksa dipanggil balik. Musa pula mau kembali bukan kerana duit, kalau itu dia dah ada banyak. Tak pun TYT, kurang-kurang ADUN dilantik. Kalau menanglah. 



 3. Muhyiddin pula terpaksa berkampung di Sabah. Jalan keliling dengan mock cheque juta-juta. Menakut-nakutkan bahawa Sabah akan papa kedana kalau undi Warisan. 

 4. Ada aku kesahh? Sama ada Warisan atau Geng Umno, Sabah tetap juga akan jadi negeri kedua termiskin. Kelantan dipegang oleh Pas sejak 1990, dah 30 tahun. Negeri termiskin di Malaysia. Sabah pula diperintah oleh BN dari merdeka, dah 57 tahun tak juga maju-maju. Tetap negeri kedua termiskin. Baik cerita pasal lain. 

 5. Bung Pakiu cakap UMNO dah insaf. Pakiu lah, kalau dah insaf maksudnya memang penyamunlah dulu. Kalau sama-sama penyamun insaf, bagus undi Shafie Apdal, dia insaf duluan macam sudah 4 tahun. 

 6. Umno kali ini kena bawak duit lebih sikit. Ramai budak-budak markas UMNO merungut cuma kena bayar RM20 semalam, sana Warisan kena bayar RM200. 

 Duit tambang aku di UMNO pun kena kebas dah 3 kali PRU. Kitaii.. 

 ---- 

 Visit my online archive 

No comments: