Tuesday, January 21, 2020

Apa Rancangan Barisan Nasional (UMNO) Dengan PATI Sabah?

Jadi, Apa Rancangan Barisan Nasional dengan PATI?

Mau tanyalah sama Bung Mokhtar dan Zahid Hamidi. Tanya dengan Najib apabarang, dia ni siok main Facebook saja. Tanya dengan Mohamad Alamin apabarang, dia pun sedang tertanya-tanya apa kejadian lepas ni.

1. Timbalan Menteri Luar Indonesia, Mahendra Siregar dilaporkan menuduh bahawa penyelarasan yang lemah oleh pihak berkuasa Malaysia menyebabkan lima nelayan Indon diculik minggu lepas. Penyelarasan lemah. Ineffective coordination. Ada ESScom sudah. Di dalamnya ada tentera laut, ada polis marin, ada maritim. Tapi bilang Siregar, masalah penyelarasan.

2. Terus bikin panas saja ini Indon. Jaga rakyat pun tidak pandai, cakap sembarang lagi. Dia inda tau Sabah ada pesisiran pantai sepanjang 4,328 kilometer. Letak askar saturang satu kilometer pusing dari sana Tambisan sampai Kuala Mengalong, itu pun mau2 juga 4,328 orang tau.

3. Tapi bukan. Mahendra Siregar bukannya cakap sembarang ikut sedap mulut. Sanggup dorang berperang dengan China kalau pasal jaga pantai.

4. Dorang punya pantai laagi panjang. 81,000 kilometer panjang. Negara Indonesia hampir semuanya pulau sepulau2, tolak la kalimantan, Irian dan pulau Timor.

5. Kalau bilang pengalaman, Indonesia lebih berpengalaman jaga pantai yang begitu panjang, berganda-ganda panjang dari pantai Sabah. Lagipun Sabah bukannya pulau. Borneo pulau, tapi Sabah bukan. Di antara Kuala Mengalong di Sipitang dan Pulau Sibatik di Tawau, itu daratan yang mangantas dari Mendulong ke Nabawan, Tenom, Sook hinggalah ke Kalabakan di sebelah sana.

6. Jadi laut tidak boleh jaga, daratan pun belum tentu boleh jaga. Lanun boleh senang-senang menculik, PATI senang-senang datang dan pergi.

Jadi balik asal, Barisan sekarang apa rancangan? Kokok bukan main tu hari, sampai taduduk Warisan.
---
Visit my online archive

No comments: