Wednesday, January 22, 2020

Madius Tangau bilang Hantar PATI ke Negara Ketiga

Madius bilang Hantar PATI ke Negara Ketiga.


1. Madius Tangau kata (MalaysiaKini) kalau negara asal tidak mahu menerima mereka, kemungkinan lain seperti menghantar pelarian ke negara ketiga mestilah diambilkira dan diteliti.

2. Kan, inilah si Madius. Sumbangan terbesarnya setakat ini menyebabkan Musa Aman tumbuh jambang satu muka. Ahmad Maslan in the making.

3. Kalau sebut negara ketiga. Tidak mungkin maksudnya ialah Vietnam, Laos, Kemboja atau Indonesia. Atau Brunei, Singapura atau China. Buat apa dorang susah2 mau ambil PATI yang, negara asal dorang sendiri pun tidak mahu.

4. Ini adalah pelarian ekonomi, bukan pelarian politik. Dorang datang sebab perbezaan ekonomi, di Sabah lebih baik dari tempat asal mereka.

5. Selain itu mudah untuk keluar masuk. Kalau bilang macam Korea Utara, asal dorang masuk tembak, keluar pun tembak, kompom dorang tidak datang.

6. Jadi negara ketiga tu maksudnya bukan macam yang kita sebut di atas tadi. Kira2 macam Australia, Amerika dan Kanada.

7. Ehh, siok tu. Daripada negara kita susah2 menaja PATI untuk jadi penduduk di negara maju, baiklah taja rakyat sendiri yang berminat untuk pindah ke sana.
8. Kau ni Madius, susah2 saja. Orang asal Sabah pun mau bah pindah sana kalau negara sendiri yang taja.

Saya pun mau.

---
Visit my online archive

No comments: