Thursday, January 23, 2020

MAS, Syarikat Penerbangan Terbodoh Di Dunia!

Tutup saja ini Kompani Penerbangan Paling Bodoh di Dunia.

1. MAS memerlukan RM21 billon untuk beroperasi sampai 2025 (MalayMail).

2. RM4.2 billion setahun.

3.Nanti keluarlah lagi skema kenyataan. Ini adalah syarikat pengangkutan kebangsaan dan kebanggaan negara.Ia mempunyai tanggungjawab sosial untuk Sabah dan Sarawak.

4. Hehh. Tutuplah ini kompani. Tutup. Tubal Airlines System bukan Malaysia Airlines System. Balik2 Sabah jadi kambing hitam. PATI punya masalah inda pandai setel2. Ini satu kompani rugi pun Sabah juga yang salah.

5. Bukan kebanggaan negara. Ini ialah kompani kemaluan negara. Tahun 1971, MSA pecah jadi Singapore International Airlines dan Malaysia International Airlines. SIA untung. MAS rugi.

6. AirAsia bermula dengan 3 kapal sekenhen yang dibeli dari MAS saja. AirAsia untung, MAS rugi.

7. Tanggungjawab sosial untuk Sabah?
Kalau betul kenapa tutup penerbangan ke Long Pasia dulu.

8. Lagipun kalau setakat KK-Lahad Datu, tanpa flight pun okay bah. Kamiorang punya PATI tidak pakai kapaltarabang pun macam lebih 600,000 orang juga sampai sini.

9. Apa la punya bangang Khazanah kalau bagi lagi RM21 billion. Kalau betul2 mau tanggungjawab sosial, tu RM21 bilion cukup bah utk bikin jalanraya yang baik dari Simpang Mangayau Ke Pontianak dan mangantas ke Tarakan pusing ke Nabawan. Dan panjang. Dan bertar. Lebih baik dari piara satu kompani yang tidak pandai untung-untung.

---
Visit my online archive

No comments: