Siapa teras Warisan? Parti kena jaga penyokong teras tanpa kompromi.
1. Ini namanya lantak mati. Kalau tak terima, kami lari.
DAP tidak teragak-agak meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan jika tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), kata Nga Kor Ming.
2. Ini pula lantak azali. Kalau tak undi nanti dah mati kena siksa.
Haji Hadi bersetuju bahawa adalah haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud.
3. Cerita sini pendek saja. Maksudnya parti wajib menjaga penyokong terasnya. Core supporters. Tanpa teras, parti mati. Jadi pada masa-masa tertentu, kenalah lantak mati nak tunjuk bahawa kepentingan teras tetap dijaga.
4. Pas ada penyokong teras.
Itu kena jaga tanpa kompromi.
DAP ada penyokong teras.
Itu kena jaga tanpa kompromi.
UMNO ada penyokong teras.
Itu kena jaga tanpa kompromi.
5. Siapa teras Pas? Orang melayu pas.
Siapa teras DAP? Orang Cina.
Siapa teras UMNO? Orang melayu UMNO.
Nah, itu maksud teras.
6. Sambung ke Sabah pula.
Warisan ada penyokong teras.
Itu kena jaga tanpa kompromi.
Siapa teras Warisan?
Tanya jak. Jangan marah.
---
Visit my online archive
No comments:
Post a Comment