Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan Negara.
Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan Negara.
Najib - Bapa Kejatuhan UMNO.
Selepas 21 bulan memerintah, PH sekarang berhadapan dengan tugas sukar untuk memulihkan kepercayaan masyarakat kepadanya, kata Lim Kit Siang.
Setuju. Tapi itu kesilapan PH paling besar juga.
1. Selepas 61 tahun, akar kerajaan lama sudah menjalar dan menyucuk semua peringkat jentera pemerintahan, dari yang paling tinggi sampai ke peringkat bawah.
2. Masa itu semua biru. Tak biru tak naik. Sementelaah dah naik pula takkanlah nak turun balik, susah-susah saja. Baiklah istiqomah dengan mengumpul harta untuk tujuh keturunan.
3. Apabila ambilalih dulu, PH tidak cukup cantas. Tunjuk baik konon. Itulah sebabnya PH mengulangi masalah yang sama dihadapi oleh kerajaan Habibie apabila mengambilalih dari Suharto dan Aquino semasa mengambilalih dari Marcos.
4. Witchhunt is the necessary evil. Apabila singa muda berjaya ambilalih kuasa, singa tua akan lari membuang diri. Langkah pertama singa muda lakukan ialah membunuh semua anak-anak singa tua yang masih kecil. Jadi harus mula dengan baka baru. Dulu baka biru, sekarang baka merah. Baka kapal pun boleh.
5. Patut masa itu buat witchhunt habis-habisan. Cantas habis. Masa Sukarno diturunkan, setengah juta orang lesap atas nama "Pembantaian PKI".
6. Sekarang kerajaan PH ibarat lipan. Kepala dah tukar, badan yang panjang masih jalan sendiri-sendiri. Kepala baru golek-golek, badan lama pula merayau tak tentu hala.
7. Nak kata apa lagi, PH tak boleh buat apa-apa pun. Paling senang nampak, Najib Bapa Kejatuhan UMNO. Dialah sumber masalah, dialah yang paling aktif di Facebook. Macam bagoos sedja.
---
No comments:
Post a Comment