Satu entri di blog Dato' A. Kadir Jasin mengatakan kerajaan menanggung perbelanjaan YDP Agong sebanyak RM257 juta dalam 16 bulan terakhir sehingga April 2018. Berbelanja sebanyak RM16 juta sebulan.
8. Tidak sampai dua hari, sudah tiga laporan polis telah dibuat ke atas Kadir, seorang blogger dan wartawan veteran yang terkenal. Ketua Polis Negara juga mengatakan bahawa dia akan disiasat atas perkara ini.
7. Bagi pembaca yang tidak kenal siapa Kadir, dia ialah bekas ketua pengarang akhbar New Strait Times, seorang blogger aktif dan adalah jurucakap Majlis Penasihat Kerajaan (Council of Elders / Eminent Persons) sejak bulan lepas.
6. Kadir juga adalah salah seorang anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM).
5. Lebih dari itu, dia penyokong setia Tun Mahathir sejak dulu. Kalau diibaratkan Tun M adalah panglima, Kadir pula adalah leftenan. Dia secara konsisten mempertahankan Tun yang dilanyak habis-habisan oleh cybertrooper UMNO semasa Najib masih berkuasa.
4. Balik kepada cerita entri blognya, semua ini adalah cerita wayang tinggi. Data terpilih begini diperolehi dengan kebenaran peringkat tinggi Kementerian Kewangan, di bawah YB Lim Guan Eng. Tidak mustahil pula data begini diminta oleh Majlis Penasihat Negara, yang diketuai oleh Tun Daim.
3. Orang biasa kau aku, bukan asal selak penyata boleh nampak si anu si anu boleh belanja banyak mana, kan? Kalau boleh, aku pun mau juga tengok Rosmah belanja banyak mana dalam 16 bulan yang lepas.
2. Maksudnya? Maksudnya Kadir tidak bertindak bersendirian di sini. Sudah ku bilang, dia hanyalah leftenan, dan melaksanakan apa yang dperintahkan oleh Sang Panglima.
1. Maksudnya? Bukti akal panjang Panglima yang aksinya sukar diduga, "Kadiaq, hang pi cuit sikit baju kuning, sebab dah dua kali dok tangguh kerja aku"
(Kadir, kau cuit sikit tu baju kuning, sebab dua kali sudah kasi tangguh aku punya kerja)
Silakan share. Sharing is daring :)
No comments:
Post a Comment