Tuesday, June 5, 2018

Orang-orang UMNO Jangan Jadi Pondan

1. Bila dah kalah jangan sikit-sikit mengadu macam pondan.

2. "Umno mahu Putrajaya berhenti membalas dendam ke atas penyokong BN di dalam perkhidmatan awam. Mengikut Unit Komunikasi Umno, perbuatan demikian adalah zalim."

3. Umno diam sajalah. Terima kekalahan dengan reda. Sebab tu awak sepatutnya mesti berusaha mati-matian supaya jangan kalah sampai kiamat.

4.Macam di Sabah, sebelum PRU14 bersepah pegawai-pegawai kerajaan terutama cikgu-cikgi megah berselfie dengan pakaian Biru BN. Majlis sana sini lupa diri yang awak tu pegawai kerajaan, bukan pegawai UMNO. Cuba semak di dinding Facebook banyak masih gah terpampang.Malah kalau nak diangkut semua, bawa sepuluh lori pun belum cukup.

5. Ya lah, siapa sangka BN boleh kalah kan. Masalahnya dah kalah. Sekarang tinggal menyumpah dalam hati.

6. Sekarang apabila dah BN kalah, takkanlah pemuja-pemuja regim lama ini masih minta untuk disanjung, diraikan dengan bunga manggar dan direnjis bunga mawar. Agak-agak lah, cermin dulu muka.

7. Ni nak tanya. Dulu apabila Hitler dan fahaman Nazinya kalah, adakah orang-orangnya diraikan dan ikut serta di era baru Jerman? Tidak. Orang-orangnya kena buru macam bangsat di seluruh dunia sampai sekarang.

8. Apabila Jepun menyerah kalah di Borneo Utara, adakah saki-baki tentera jepun diraikan oleh penduduk tempatan? Tidak. Mereka diburu. Ada yang mati disumpit, ada pula yang disumbat ke dalam guni lalu dihumban ke dalam paya.

9. Itu sudah adat dunia. Namanya politik, tiada istilah menang-menang. Yang menang dapat semua. Semua. Kuasa, kegemilangan, keupayaan, gemerlapan dan kehormatan semua diambil oleh pemenang. Sejarah pun ditulis oleh yang menang. 

10. Yang kalah akan ditelan zaman.

No comments: