Wednesday, June 6, 2018

Tun Dr Mahathir 2.0 part 2 - Sistem Separuh Demokrasi

12. Masa dulu regim pimpinan Tun M  begitu kuat.

13. Malaysia seperti yg kita tahu mengamalkan demokrasi raja berperlembagaan. Dalam kata lain, kita mengamalkan sistem separuh demokrasi.

14. Contohnya, walaupun mana-mana parti telah menang majoriti di dalam Pilihanraya Umum, pemimpin popular tidak pasti akan dipilih menjadi Menteri Besar. Itu bergantung kepada kuasa di luar demokrasi.

15. Jadi kerajaan mesti kuat baru sistem ini berjalan dengan jayanya.

16. Jika tidak, keseimbangan baru kuasa akan wujud di mana pihak baju kuning akan turun padang mencemar duli bagi mengisi lompang kuasa mengikut pertimbangan di luar lingkungan demokrasi.

17. Berlakulah tarik menarik di mana ahli politik mahu begini, pihak baju kuning mahu begitu. Itu lah namanya separuh demokrasi.

18. Baru masuk 4 minggu, sudah dua kali berlaku  insiden dengan pihak baju kuning. Pertama masa majlis angkat sumpah, kedua minggu ini semasa perlantikan Peguam Negara yg baru.

19. Tun M masih belum sempat duduk, tidak menang tangan menguruskan bahang selepas PRU.

20. Kalau hendak melihat bagaimana kemahiran sebenar Tun M menangani kuasa di luar demokrasi, kita perlu tunggu selepas dia settle down, seawalnya mungkin bulan Julai ke atas.

21. Pada pembaca yg masih ingat, aksinya pada tahun 1993 sehingga membawa kepada penubuhan Mahkamah Khas Raja-raja adalah suatu lagenda. Ia tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemimpin politik di negara ini sempai sekarang.

No comments: