Politik saban hari penuh dgn kata2 hebat dan manis. Boleh kencing manis dibuatnya. Juga sendat dgn maki hamun, kenyataan dua muka dan fitnah. Semua diucap untuk menggoncang emosi orang awam, bukan utk santapan akal yg waras.
10. Tengok saja Zahid Hamidi. Sebelum PRU 14 siap kutuk Tun M sebagai s/o Iskandar Kutty. Dua hari lepas pula macam bagus saja melawat Tun M di Putrajaya.
9. Jadi Anwar sebaik keluar penjara perlu buat dua kerja. Pertama, mesti tanda kawasan. Kedua, mesti pastikan yg orang tahu dia sibuk menanda kawasannya.
8. Dia umpama lipas kudung jalan sana sini, jumpa baju kuning demi baju kuning.
7. Tujuan wataniah (territorial aim) Sang Orator ialah utk bagi mesej jelas kepada Tun M bahawa, "Sekarang aku sudah bebas, aku sedia jadi PM, aku tuntut janji, bila kau mau turun?".
6. Tetapi gerakannya terlalu agresif. Timbul ribut persepsi di kalangan penyokong PH. Timbul harapan di kalangan penyokong UMNO BN (UBN). Timbul syak wasangka baru rakyat terhadap pihak baju kuning.
5. Anwar dengan sokongan raja-raja melayu mahu menyokong mahu merampas kuasa, ramal Pak Pandir.
4. Anwar kelihatan seperti komisar (broker kuasa) komunis, kutuk Pak Kadir.
3. Anwar kelihatan sedang merancang sesuatu, rakyat menduga. PKR hendak bergabung dengan UMNO dan Pas, kata penyokong UBN.
2. PKR (49 kerusi) campur UMNO (54 kerusi) bersama Pas (18 kerusi). Itu sudah 121 kerusi. Kerajaan baru sebelum Julai 2018, kata tukang kopi dan penjual kangkung.
1. Begitu had Anwar. Karismatik. Sang orator petah berkata-kata. Penggegar emosi. Penggoncang negeri. Tapi dia juga adalah perancang yg buruk.
Bersambung.
Tolong Share ya. Sharing is DARING :)
No comments:
Post a Comment