Tun M tetap seorang diktator cuma pakai baju lain, kata Ku Li.
8. Dah namanya diktator, memanglah besar kuasa. Sampai sekarang ini pun Tun M satu2nya diktator yang memimpin bukan satu, tapi dua parti politik iaitu PPBM dan UMNO.
7. Ya, UMNO. Awak tidak salah baca. Jiwa dan raga Tun M ialah UMNO. Nombor ahlinya #00001, kena pecat pun dia tetap UMNO. Sebab tu masa kempen PRU-14 yg lepas pun dua tiga kali Tun M tersasul suruh orang sokong UMNO BN (UBN).
6. Ramai ahli UMNO masih menganggap Tun M sebagai pemimpin parti dan penghijrahannya ke PPBM cuma bersifat sementara. Bagi mereka, Tun M pernah digantung keahlian, pernah keluar parti, tapi akhirnya akan tetap kembali ke pangkuan UMNO.
5. Ada tiga kumpulan di dalam UMNO sekarang. Pertama, team C yg paling lemah. Kumpulan ini berkiblatkan Najib dan apabila dia mengundur diri, secara umumnya kumpulan ini bertuankan Zahid. Akan tetapi, nampaknya gerakan menjatuhkan Zahid sudah dimulai.
4. Kumpulan kedua yg lebih kuat kita namakan saja sebagai team B yg lebih muda dan profesional, berketuakan Khairi.
3. Kumpulan ketiga yg terbesar kita panggil team A iaitu majoriti senyap. Sekarang bergerak tanpa pemimpin yg jelas. Masih berharap Tun M kembali memimpin parti. Jika harapan ini tidak jadi kenyataan mereka lebih rela supaya Ku Li kembali memimpin UMNO.
2. Bagaimana dengan Tun Mahathir dan BN Sarawak?
BN Sarawak bukan dipimpin oleh Abang Jo. Dia proksi saja. Sebenarnya ia dipimpin oleh satu lagi orang tua, lebih dikenali sebagai dipanggil Tok Uban bini muda.
1. Banding dengan Anwar, Tok Uban 10 kali lagi mesra dengan Tun M. Mata tua Tok Uban tak kenal Anwar. Dia cuma kenal Anwar dari jauh, itu pun 20 tahun yg lepas.
Bosku, jangan sebarkan berita tidak benar, apa bukti?
Mentang2 aku ndak femes, kamurang ingat cincai mehh. Aku menulis di internet sama tahun dengan RPK sejak 1998 tau. Masa tu Rocky Bru, A. Kadir Jasin, Jeff Ooi, Musli Oli, Ismaily Bongsu belum kenal pun apa itu blog ha ha ha...
Bersambung.
Silakan share. Sharing is caring!
No comments:
Post a Comment