Tuesday, June 12, 2018

Projek Kereta Saja, Bukan Hendak Bantu Ekonomi Jepun

"Kerajaan menimbang untuk memulakan projek kereta nasional yang baru", kata Tun M di JEPUN.

"Malaysia ingin membantu ekonomi Amerika Syarikat termasuk membuat pelaburan lebih daripada AS$4 bilion ...", kata Najib di AMERIKA.

Lepas tu semua heboh ha ha ha...

11. Sebenarnya beginilah kenyataan strategik yg mesti dibuat setiap kali pemimpin melawat negara asing.

10. Bayangkan awak di rumah sendiri.

Tiba-tiba ada seorang pengemis datang meminta wang, awak tidak akan memandangnya sebagai sama taraf. Hujungnya bagi juga la, seringgit dua.

Tapi kalau tiba-tiba seorang datang mengatakan boleh membaiki paip tersumbat. Kebetulan masa itu pula memang paip awak tersumbat. Awak tentu memandangnya lebih baik, menyuruhnya membaiki dan kemudian memberinya barang RM50!

9. Pemimpin bertandang bersama maruah negaranya. Bagaimana miskin negara sekali pun, pemimpinnya tidak mahu kelihatan terang-terangan mengemis apabila meminta bantuan dan pelaburan dari negara tuanrumah.

8. Jepun sekarang terpaksa berpuas hati sebagai kuasa ekonomi nombor tiga di belakang Amerika dan China.

7. Kepentingan industri keretanya diasak oleh negara barat dan China, termasuk di Malaysia. Kepentingan Mitsubishi di dalam Proton telah diasak setelah Proton dibeli oleh Geely Motors.

6. Jadi, kenyataan Tun M adalah peluang yg sukar diabaikan begitu saja. Ia akan membeliakkan mata pelabur Jepun. Itu ialah 'ice-breaker' besar utk lebih senang menyucuk jarum yg seterusnya.

5. Err, tapi kenyataan Najib tu memang lebih-lebih sangat. Tak masuk akal.  Nak kata Malaysia hendak membantu Amerika, itu sama macam ular lidi hendak membantu naga. 4 billion saja boleh membantu ekonomi Amerika?  Setakat beli cincin dan rumah  boleh la.

4. Itulah bezanya Tun M dengan Najib.

3. Kenyataan strategik Tun M adalah dari input tempatan, Majlis Penasihat Ekonomi Kerajaan di bawah Tun Daim.

2. Najib pula, untuk buat kenyataan yg tak masuk akal begitu pun terpaksa bergantung kepada syarikat konsultan yg dibayar beratus juta.

1. Tun M 1, Najib 0.

Tolong share, tq
---
Visit my online archive

No comments: